Social Icons

Selasa, 9 Disember 2014

Kenapa Merokok?


Assalamualaikum,

Saya doakan anda kaya dan berjaya, diberi kemudahan hidup dan diberkati Allah. Bagi tahu orang di sebelah anda, "Anda Kaya Dan Berjaya, Dunia Dan Akhirat".

Saya Benci Rokok. Saya memang benci rokok. Bau rokok dah cukup buat saya rasa loya dan sesak nafas. Kalau saya jumpa orang yang hisap rokok, saya akan cuba jauhkan diri saya daripada mereka.

Bagi saya mudah, "Kalau kau nak mati, kau matilah sorang sorang. Aku tak nak mati lagi" Sentap beb... Orang lain sedap sedap hisap rokok, hembus kat orang lain, orang lain yang kena penyakit.

Bagi kes yang hisap rokok di tempat awam, memang 'celaka' orang yang berperangai macam ni. Maafla bahasa sangat kasar. Tapi, saya rasa itulah yang selayaknya buat mereka yang tidak berperikemanusiaan.

"Nak sakit, sakit sorang sorang. Jangan bagi orang lain sakit. Nanti kalau orang lain masuk hospital, bukan kau nak bayar pun"

Yang paling 'bodoh' adalah mereka yang hisap rokok depan anak anak. Menunjukkan contoh yang sangat tidak baik di depan anak anak mereka.

Nanti kalau anak hisap rokok, tahu pula nak marah. Diri sendiri merokok tak nak ingat pulak. Cuba bayangkan, ada suami yang tidak bertanggung jawab hisap rokok dalam kereta. Isteri yang tidak bersalah terpaksa menyedut asap rokok suami tu. Anak anak yang masih kecil, tak berdosa sedang 'belajar' dari ayahnya... 

"Suatu hari nanti aku pun boleh hisap rokok macam ni."

* Kepada sang ayah, esok kalau anak hisap rokok tolong jangan marah yer. Kalau diri sendiri tak boleh tunjuk contoh yang baik, tak usahlah nak marah marah orang lain pulak.

Ada member saya tonton video ini, terus sentap. Dia cakap mengerikan. Anda perlu dengar apa yang saya kongsikan ini.

Kisah Pekerja Saya Berhenti Merokok

Saya mempunyai 4 orang pekerja Bangladesh. Mereka semua hisap rokok. Kesian saya tengok mereka ni. Setiap hari habiskan duit untuk hisap rokok. Dah la mereka hisap rokok seludup, sangat sangat beracun sebab ia dibuat dengan kos yang sangat rendah. Bau sangat busuk.

Satu hari, saya cakap kepada mereka. "Siapa berhenti hisap rokok, saya bagi dia hadiah RM100" Dari 4 orang, hanya seorang yang nak sahut cabaran ini.

Pekerja pertama yang sahut cabaran. Tapi, ada harga yang beliau 'perlu bayar' kalau ingkar janji. Beliau janji dengan saya, kalau beliau hisap rokok balik lepas ni, beliau akan bayar denda RM200 kepada saya.

3 rakan beliau yang lain masih kuat 'iman' mereka. Nafsu merokok masih sukar untuk ditinggalkan. Namun, selepas 1 bulan pekerja pertama berhenti hisap rokok, 3 yang lain mula sentap. Setiap hari mereka habiskan duit untuk merokok. 

Dan yang lagi best, saya akan denda ketiga tiga mereka jika saya jumpa putung rokok di atas lantai. Kalau nak merokok, mesti buang putung rokok di dalam tong sampah. Sebatang putung rokok RM5 bagi setiap seorang.

Setelah berfikir fikir, akhirnya ketiga tiga mereka nak berhenti hisap rokok.
Saya hadiahkan mereka RM100 setiap seorang.

3 kotak rokok diserahkan kepada saya. Tanda 'taubat' nasuha daripada mereka.

Semua rokok ini dibakar.

Selamat tinggal rokok.

Kini selepas sebulan, Alhamdulillah keempat empat mereka sudah berhenti merokok. Syukur rasanya. Ya betul, saya kerugian RM400 tak pasal pasal untuk orang lain.

Tapi, saya faham 'value'. Apalah sangat RM400 jika nak dibandingkan dengan nikmat kesihatan yang bakal mereka kecapi dengan berhenti merokok.

Mudah mudahan, mereka akan hidup lebih sihat selepas ini. Semoga dengan kesihatan ini, mereka dapat bekerja lebih baik untuk menyara keluarga mereka.

Nasihat Kepada Mereka Yang Merokok

Buat anda yang masih merokok, "Cukup cukuplah.... Cukuplah anda menyeksa tubuh badan anda dengan rokok selama ini. Anda berhak untuk hidup lebih bahagia dan sihat dengan keluarga anda. Ingatlah, anak anda masih kecil. Mereka perlukan anda untuk menjadi wali semasa mereka kahwin nanti."

Kalau yang terasa nak berhenti merokok, nak kan TIPS MUDAH BERHENTI MEROKOK. Sila

Semoga Allah mudahkan urusan anda.
Wassalam

Master Maria Firdaus
"Motivating And Inspiring Others"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text