Ekoran catatan saya mengutik maklumat jalanan di Kelantan berhubung dengan desas desus barisan Exco Kelantan akan dirombak dan termasuk TMB Mohd Amar Nik Abdullah akan diganti ia menjadi pertuturan hebat di Kelantan. Catatan bersifat "pertanyaan" itu juga dikutip oleh beberapa pemain media sosial.
Mohd Amar senyap.
Pihak MB Kelantan, Ahmad Yaakob juga ada menjawab catatan berkenaan dengan menafikan desas desus itu dan memberi peringatan jangan percaya kepada laporan dari tangan orang fasik. Baik juga kalau Ahmad Yaakob bersuara sendiri untuk memuktamadkan desas desus berkenaan. Kalau orang lain yang tidak "fakih" mengenai politik dan jahil pula dengan perkembangan dalaman, untuk menjawab ia tidak pantas.
Orang tidak begitu yakin dengan jawaban oleh orang yang tidak ada autoriti dalam politik. Ahmad seharusnya tampil menjelas sendiri desas desus itu bagi mengelakkan "fitnah" itu melebar.
Ada beberapa perkara yang dinafikan dalam catatan berkenaan termasuk tempoh pembentukan barisan Exco oleh Ahmad Yaakob yang saya sebut 48 jam. Sebenarnya tempoh itu tersilap, bukan 48 jam tetapi dalam tempoh kurang 24 jam. Sebaik selepas PRU-13 dan Pas menang besar, kerajaan Kelantan dibentuk dalam masa 19 jam.
Hussein Ahmad
Gara-gara terlalu cepat pembentukan kerajaan Kelantan itu timbul berbagai spekulasi termasuk ianya dirancang demikian rupa. Sampai Tokguru Nik Aziz Nik Mat sendiri dikatakan "diculik" dibawa ke hospital dan tidak menghadiri majlis angkat sumpah MB dan Exco. Keberadaan Nik Aziz di hospital pada saat majlis angkat sumpah itu berlangsung ditafsirkan sebagai satu perancangan disengajakan.
[Sebelum ini dilaporkan satu pertemuan enam biji mata melibatkan Tokguru Nik Aziz, Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah berlaku. Dalam perbincangan itu Nik Aziz meminta Ahmad mengambil alih jawatan MB. Persoalan timbul kenapa pertemuan itu berlaku enam biji mata dan bukan lapan. Sepatutnya ia berlaku lapan biji mata sebab seorang lagi yang menjadi Timbalan Pesurujaya 2 tidak dipanggil. Kenapa? Kecacatan ini dibaca kemudian dirawikan sebagai pertukaran MB itu dirancang].
Ariffin Said
Mengenai proses majlis angkat sumpah itu, biarpun ada penafian dan penjelasan daripada Nik Aziz mengenai perkara itu, tetapi ia tidak boleh mengambuskan pesepsi buruk itu kerana kejadian itu sedikit anih dimana seorang MB harus berada sama dalam majlis itu sebagai menyaksiakn MB baru angkat sumpah.
Ketidak wajar ini menjadikan pembentukan kerajaan secara kilat itu dilihat sebagai merampas (kidnap) kemenangan Pas di Kelantan oleh pihak tertentu yang bernafsu untuk menjadi penguasa dan berada di belakang Ahmad Yaakob. Ahmad Yaakob juga mulanya cuba hendak dilangkahi tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana Ahmad terlalu "besar" dan pula menjadi kepercayaan Al Sultan Kelantan.
Penafian yang dibuat berhubung catatan saya mengenai desas desus itu tidak muktamad. Catatan itu dan berita mengenai desas desus itu akan terus beralun. Mungkin buat masa kini "rohok" dan tidak wajar untuk MB membuat susunan baru Exco Kelantan. Tetapi kedudukan Mohd Amar sebagai MB sedang meruncing. Ada pihak yang sudah tidak berkenan dengan Mohd Amar.
Ketidak hadiran Mohd Amar pada sidang DUN lepas menjadi tanda tanya. Tidak sepatutnya beliau sebagai TMB tidak menghadiri sidang DUN apa lagi ia membincang soal perbelanjaan negeri Kelantan untuk tahun depan. Khabarnya semasa sidang Dewan bersidang beliau berada di Makkah. Selaku timbalan MB, Mohd Amar harus menjadi pembantu MB sepanjang masa.
Yang ke Makkah hari itu bukan sahaja Mohd Amar, tetapi sekurang-kurang empat orang Adun menunaikan fardu Haji baru-baru ini. Yang berjumpa dengan saya Adun Temamgan Mohd Fadzli Hassan, (berjumpa ketika bersai, beliau bersama isterinya. [Entah yang tua atau yang muda walahualam]).
Selain itu Adun Bukit Bunga Adnan Kecik, dan seorang lagi Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad.
Setahun saya Adhan sempat menghadiri sidang Dun Kelantan. Ertinya beliau sudah membuat jadual memendekkan kerja Haji untuk membolehkan hadir sidang Dun bagi merealisasikan tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat. Dari segi komitmen ternyata Adhan lebih komited sebagai walik rakyat. Kenapa Mohd Amar tidak berbuat perkara yang sama.
Apakah tindakan Mohd Amar itu disengajakan kerana tidak mahu hadir sidang Dewan disebabkan ada perkembangan negatif di sekitar dirinya, atau bagaimana? Mungkin ada orang hampir dengan Mohd Amar boleh menjelaskan perkara ini. Tidak cukup kalau hanya mengatakan ketidakhadiran itu sudah dimaklumkan kepada Speaker dan Speaker memberi tahu dia bercuti.
Ini menjadi persoalan. Sehubungan itu ada desas desus mengatakan beberapa nama disebut-sebut untuk mengambil alih tempat Mohd Amar sebagai TMB. Desas desus ini agak berat bunyinya. Daripada beberapa nama itu ada dua nama yang sangat popular. Salah seorang anggota Exco yang ada kini dan seorang lagi Adun yang diluar barisan Exco.
Mungkin Ahmad Yaakob tidak menyedari atau mengetahui langsung perkara ini (desas desus) kerana beliau tidak diberi maklum. Tetapi maklumat yang sampai kepada saya, ada desas desus begini.
Mungkin sekali lagi berita ini dianggap dari orang fasik yang tidak boleh dipercayai. Toh, yang tidak percaya, boleh terus kekal dengan keadaan itu, tetrapi yang memahami dunia politik dan aliran haba dalam politik desas desus ini, menarik.
Sebagai rekod dua orang bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan dinasihatkan diberhenti dan MB (ketika itu Mohammad Yaacob, nama juga hampir sama), mencari calon baru apabila kedua bekas TMB itu tidak disenangi. Dua bekas TMB Kelantan itu ialah Ariffin Said dan Hussein Ahmad. Mungkin budak-budak baru makan putik politik lupa akan hal ini.
Apa pun harap ada pihak tertentu boleh menafikan mengenai keadaan Mohd Amar kini yang dikatakan tidak "sejelingah" dahulu. Mohd Amar kini dilihat banyak diam daripada bercakap atau pun mengumumkan projek-projek mega di Kelantan. Kenapa?
Sementara maklumat dari Kota Darulnaim, menyebut Mohd Amar ada masalah dengan pihak tertentu. Masalah itu katanya menjadi Mohd Amar dingin sedikit kini. Pemimpin dalaman dan orang di Kota Darul Naim sudah mengetahui akan masalah ini.
Apa didepani Mohd Amar meninggalkan masalah kepada Ahmad Yaakob. Jadi untuk selesaikan perkara ini elok kalau Ahmad Yaakob siasat duduk perkara kemudian kalau perlu mengambil tindakan menggantikan Mohd Amat dengan Adun lain, lakukan. Atau kalau masih dapat diubati, ubatilah agar ia tidak melarat dan menyebabkan keadaan makin rumit. Dan kalau apa yang dikutip di jalanan ini tidak benar, Ahmad Yaakob perlu bersuara, katakan TIDAK. Khalaf. [wm.kl.12:20 pm 04/12/14]
KREDIT SUMBER; MSO
0 ulasan:
Catat Ulasan