Masya Allah!! Rumah Dan Bangunan Rosak Akibat Dilanda Puting Beliung Di Pendang, Kedah

Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.

Turut mengalami kerosakan, tiga rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.








KREDIT UNTUK SUMBER: PENPATAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Sepasang Remaja Di Malam Pertama Pengantin Baru 2013 (Sambungan)

90% Kes Rogol Bawah Umur Dilakukan Teman Lelaki

Khutbah Nikah: Pernikahan Adalah Bukti Takut Allah SWT