Paparan berikut merupakan maklumat ynag lebih jelas bagi sesiapa yang tertanya-tanya tentang penyebaran gambar seorang yang dikatakan Sahabat Nabi saw. Sila klik untuk dapatkan paparan asal pada Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala -(Tatikh:11.5.13 )
Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA
Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menghormati mayat. Apatah lagi jika mayat tersebut adalah orang yang mempunyai kedudukan dalam bidang ilmu atau medan jihad. Sebagaimana kedudukannya yang mulia dan dihormati sewaktu dia hidup begitu juga apabila ia telah meninggal dunia kedudukannya tetap sama. Perlu dijaga kehormatan dan kedudukan mulianya.
Di atas pelbagai sebab, sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam proses menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur. Hukumnya harus jika bertujuan untuk menyelamatkan mayat tersebut dari bahaya dan hukumnya haram jika tujuannya untuk menghinakan mayat tersebut.
Terkini pada 27 April 2013, kubur sahabat Nabi SAW bernama Hujr ibn ‘Adi @ ‘Udai al-Kindi RA telah digali dan jasadnya dikeluarkan oleh sekumpulan penentang Rejim Asad di Syria. Makamnya dirobohkan dan jasadnya telah dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui. Mereka mendakwa makam tersebut sebelum ini telah menjadi pusat pemujaan kelompok Syiah.
Sebaliknya, ada juga yang mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh tentera Rejim Asad sendiri untuk mencari benda berharga yang disimpan di makam tesebut. Kemudian jasadnya telah dipindahkan ke tempat kelompok Syiah.
Dikatakan jasad Hujr ibn ‘Adi RA itu masih utuh walaupun sudah berlalu sekitar 1400 tahun. Lalu tersebar kini di internet imej jasad yang didakwa milik Hujr ibn ‘Adi RA. Ada yang percaya dan ada yang tidak serta mendakwa itu hanyalah jasad salah seorang rakyat Syria yang terkorban.
Laporan Laman Islamindonesia.co.id (dengan suntingan)
Jika dilihat dari keterangan sejarah ada disebutkan Hujr meninggal dalam kondisi terpenggal kepalanya. Itu seperti disebutkan dalam sebuah karya klasik Ibnu Hajar berjudul Al Isabah Fi Tamyiz As Sahabah. Dikisahkan Hujr bin ‘Adi yang merupakan seorang sahabat yang kritis terhadap pemerintahan Muawiyah serta pernah turut serta dalam Perang Qadisiyah, tewas dibunuh atas perintah Khalifah Muawiyah pada 51 H.
Konon sebelum dipenggal lehernya, Hujr meminta para algojo untuk membiarkan dirinya berwudhu’ dan solat dua rakaat terlebih dahulu. Usai bersolat, para algojo lantas menggiringnya ke sebuah kawasan di pinggiran kota Dimasyq. Di sana sudah disiapkan sebuah kuburan yang menganga dan kain kafan untuk jasadnya. “Engkau telah berkata bahwa engkau tidak gentar?” kata salah seorang algojonya setengah mengejek.
Alih-alih menjadi marah dan panik, Hujr dengan tenang menjawabnya dengan kalimat, “Aku tidak akan gentar walaupun telah kulihat kubur yang telah tergali, kafan yang telah terbentang, dan pedang yang telah terhunus!“ Kemudian seorang algojo maju ke hadapannya dan berkata, “Hulurkan lehermu!” Ia menjawab, “Aku tidak akan membantu pembunuhan terhadap diriku.” Maka secepat kilat, algojo itu memenggal lehernya.
Mengacu kepada kisah di atas, penampakan foto jasad Hujr ibn ‘Udai ini bisa jadi hanya hoax semata-mata alias berita dusta. Kerana jika itu benar jasad beliau, tentunya keadaannya harus terpisah antara badan dengan lehernya. Kecuali ada dua kemungkinan cerita sejarah itu hanya karangan atau telah terjadi suatu keajaiban. Wallahu a'lam.
http://islamindonesia.co.id/index.php/feature/tahukah-anda/1169-inikah-jasad-sahabat-nabi-itu
Hujr ibn ‘Adi RA juga dikenali sebagai Hujr al-Khair. Beliau memeluk Islam ketika masih muda. Beliau dan saudaranya, Hani bin ‘Adi berkunjung ke Madinah bertemu Nabi SAW di penghujung hayat baginda SAW. Beliau seorang yang soleh, zuhud dan warak serta pejuang yang berani. Al-Hakim dalam al-Mustadrak 3/468 menulis: “Dia adalah rahib para sahabat Muhammad SAW”. Di dalam peperangan Siffin, beliau bersama Khalifah ‘Ali bin Abi Talib RA sebagai salah seorang ketua tentera. Beliau dibunuh pada tahun 51 H dan dikebumikan di ‘Azra’, Dimasyq.
Makam Hujr sebelum dirobohkan.
Kelompok Syiah menjadikan pembunuhan Hujr ibn ‘Adi RA sebagai satu rekod hitam buat Khalifah Mu‘awiyah RA. Namun, ulama Ahlus Sunnah tidak membenarkan fail pertelingkahan di kalangan para sahabat RA ini dibuka kerana ia akan hanya membuka pintu fitnah kepada umat Islam. Mereka menetapkan bahawa setiap para sahabat yang terlibat dalam pertelingkahan tersebut adalah di atas ijtihad mereka dan segala urusan mengenai mereka selanjutnya perlu diserahkan kepada Allah SWT. Ini lebih selamat bagi agama setiap muslim di dunia dan di akhirat kelak.

0 ulasan:
Catat Ulasan