Usaha dakwah Rasulullah saw mengajak penduduk Mekah kepada aqidah dan ajaran Islam sudah maksima. Boleh dikatakan semua penduduk Mekah sudah di dekati dan diberi peluang mendengar seruan Baginda. Rasulullah saw dan para sahabat mendekati mereka dengan membacakan Al-Quran, berhujjah atau diperlihatkan mukjizat - bukti kebenaran Baginda saw sebagai seorang Rasul.
Seterusnya Rasulullah Saw mengalihkan tumpuan dakwahnya kepada kabilah-kabilah dari luar Mekah. Rasulullah berharap akan memperolehi penyokong-penyokong perjuangan dari luar Mekah. Maka, Rasulullah saw. mengambil keputusan untuk berdakwah di Taif kerana Taif paling berdekatan dengan Mekah. Jaraknya hanya 80km. Taif terletak di bahagian tenggara Mekah. Kabilah Tsaqif menghuni Taif sejak beberapa lama.
Baginda mengharapkan agar Bani Tsaqif dapat menerima seruan dakwah dan membantu Baginda kerana kedudukan Bani Tsaqif yang paling hampir dengan kota Mekah. Selain daripada itu, Baginda juga mempunyai hubungan keluarga sebelah ibu dengan mereka. Ini adalah kerana ibu kepada Hasyim bin Abdu Manaf iaitu ’Atikah berasal daripada keturunan Bani Salim yang juga keluarga kepada Bani Tsaqif.

Pada bulan Syawal tahun kesepuluh selepas kerasulan, Rasulullah
Saw berjalan ke Taif ditemani oleh Saidina Zaid bin Harithah. Mereka
berjalan menempuh panas terik matahari. Hawa panas padang pasir tidak
sedikit pun menggoyahkan semangat mereka. Keimanan adalah sebaik-baik
bekalan hati dan jiwa mereka pada saat itu.
Seawal mereka tiba di Taif, mereka telah bertemu
dengan tiga orang pemimpin Taif di gerbang masuk ke Kota Taif. Mereka ialah
anak-anak A’mru Bin U’mair iaitu Abdul Yalil, Masud dan Habib. Pada awalnya mereka
menyambut baik kedatangan Rasulullah Saw atas dasar Baginda adalah salah
seorang pemuka Mekah dari Bani Abdul Mutalib. Rasulullah Saw terus menyampaikan
Al Quran dan Islam kepada mereka bertiga. Sebaik sahaja Rasulullah Saw selesai bercakap,
salah seorang dari mereka telah bangun dan berkata: "Demi Allah, aku tidak
akan beriman kepada kamu sehingga terkoyak kelambu Ka’bah". Seterusnya saudaranya
yang kedua pula bangun dan berkata: "Apakah Allah tidak ada pilihan lain dari kamu untuk dilantik menjadi
Rasul". Sementara saudara yang ketiga pula berkata: "Demi Allah, aku
tidak akan bercakap lagi dengan kamu. Kalau kamu adalah seorang Nabi, amat
merbahaya bagiku sekiranya aku tidak beriman tetapi sekiranya kamu menipu
terhadap Allah sepatutnya aku tidak bercakap dengan kamu".
Demikianlah sambutan awal dari penduduk Taif. Para pemimpinnya dengan terus-terang menolak dakwah Rasulullah Saw bahkan mereka telah menghina Baginda. Namun Rasulullah Saw tetap sabar. Baginda tidak berputus asa sebaliknya baginda berkata kepada mereka: "Tidak mengapa kalau kamu semua tidak mahu mempercayai aku, tetapi biarkanlah aku menyampaikannya kepada orang lain". Dengan penuh sombong mereka berkata: "Kami tidak akan membenarkan kamu berdakwah kepada kami dan juga kepada orang lain".
Mereka terus meninggalkan Rasulullah Saw dan masuk kedalam kota Taif. Rupa-rupanya mereka terus mengumpulkan seluruh budak-budak nakal yang ada didalam kota lalu dibariskan mereka kepada dua barisan. Seterusnya mereka mengarahkan budak-budak nakal ini membaling Rasulullah Saw dengan batu bila Baginda memasuki kota Taif. Benar, sebaik saja Rasulullah Saw memasuki Kota Taif dan belum pun sempat bercakap dengan siapa, baginda telah dihujani dengan lontaran batu sehingga berdarah kaki baginda. Saidina Zaidlah yang melindungi Rasulullah Saw dengan jasadnya. Sebab itu dia lukanya lebih teruk dari Rasulullah Saw.

Kemudian,
Rasulullah SAW dan Zaid berhenti rehat di bawah sebatang pokok anggur
yang rendang. Pokok itu terletak bersebelahan kebun kepunyaan ‘Utbah dan
Syaibah, kedua-dunya ialah anak Rabi’ah yang merupakan seorang yang
memusuhi baginda. Pada ketika itu, kedua-dua mereka ada di kebun itu.
Melihatkan mereka berdua, Rasulullah berdoa;
اَلْلَّهُمَّ إِلَيْكَ أَشْكُوْ ضِعْفَ قُوَّتِيْ
وَقِلَّةَ حِيْلَتِيْ، وَهَوَانِيْ عَلَى النَّاسِ...
أَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ...
أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ...وَأَنْتَ رَبِّيْ..
إِلَى مَنْ تَكِلَنِيْ؟؟
إِلَى بَعِيْدِ يَتَجَهَّمُنِيْ...؟ أَمْ إِلَى عَدُوٍّ مَلَكْتَهُ أَمْرِيْ..؟
إِنْ لَمْ يِكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلَا أُبَالِيْ..
غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعَ لِيْ..
أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتِ
وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ أَنَّ اِنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ
أَوْ إِنْ يَنْزِلُ بِيْ سَخَطُكَ..
لَكَ حَتَّى تَرْضَىْ...
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِكَ..
Maksudnya:
“Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku,
kekurangan helahku,
kehinaanku di hadapan manusia,
wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas.
Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku,
kepada siapa
lagi yang hendak ku menyerah?
Apakah kepada orang yang jauh membenci
daku ?
atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku?
Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli,
namun afiat
dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu.
Dikaulah yang
menerangi kegelapan,
dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi
baik,
aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu,
atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya
hingga
tercapai keredhaanMu,
tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan.”
Mendengar rintihan Rasulullah
itu, Allah telah menghantar malaikat Jibril dan malaikat penjaga bukit-bukau
dan gunung-ganang. Kata Jibril: "Wahai Rasulullah, Allah telah mengutuskan
kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkupkan
Mekah diantara dua bukit dan mereka akan musnah". Jawab Rasulullah Saw: "Wahai
Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan
melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah". Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” Lalu Jibril berkata, “Telah benarlah mereka yang menamakan kamu sebagai berhati lembut dan penuh kasih sayang
Apabila
‘Utbah dan Syaibah melihatkan Rasulullah, mereka berasa kasihan. Lalu
mereka menghantar seorang hamba Nasrani bernama ‘Addas membawa sebekas
anggur kepada Rasulullah saw. “Pergilah
engkau membawa anggur anggur ini kepada mereka berdua di sana itu.”
Perintah ‘Utbah kepada hamba Nasrani itu yang bernama ‘Addas.
Baginda saw amat gembira kerana ada juga penduduk Taif yang mengasihani mereka. Baginda saw. mengucapkan terima kasih kepada ‘Addas. Ketika Baginda mahu memakan anggur itu, Baginda mengucapkan “Bismaillahir
Rahmaanir Rahim” lalu Baginda menyuapkan anggur itu ke mulut Baginda.
Apabila
‘Addas mendengarkan ucapan baginda itu, ‘Addas berasa hairan lalu
berkata: “Kalimah yang kau ucapkan itu tidak dituturkan oleh penduduk
negeri ini”. Lalu Rasullullah bertanya kepadanya: “Kamu datang dari negeri mana dan apa agama anutan kamu?”
Lalu ‘Addas menjawab: “Aku penganut agama Nasrani dan aku berasal dari negeri Ninawa (sebuah negeri di Iraq).” Baginda bertanya lagi: “Kau dari negeri seorang soleh bernama Yunus bin Mataa”. Lalu ‘Addas bertanya: “Apa yang kau tahu tentang Yunus bin Mataa?”
Rasulullah menjawab: “Dia itu saudaraku. Dia ialah seorang nabi dan aku juga seorang nabi!”. Lalu Rasulullah membaca ayat al-Quran surah Yunus yang menceritakan perihal Nabi Yunus. Mendengarkan
itu, ‘Addas berasa begitu takjub lalu mengucup kepala, tangan dan kaki
Rasulullah. Lalu ‘Addas memeluk Islam di situ juga. Kemudian Addas kembali mendapatkan tuannya Utbah dan Syaibah lalu Addas dimarahi kerana memuliakan Rasulullah saw.
Mereka berkata, “Celaka kau wahai Addas, kenapa kau mengucup kepala, tangan dan kaki lelaki itu?” Lalu ‘Addas menjawab, “Wahai
tuanku, tiada apa di dunia ini yang terlebih baik daripada apa yang aku
lakukan tadi kerana sesungguhnya lelaki itu telah mengkhabarkan
kepadaku perkara yang tidak diketahui manusia biasa kecuali oleh seorang
Nabi!”
Demikianlah kesusahan yang ditanggung Rasulullah saw. dalam melaksanakan perintah Allah swt. Baginda saw. sangat ingin menyelamatkan umatnya. Hebatnya jiwa seorang Nabi!!
Demikianlah kesusahan yang ditanggung Rasulullah saw. dalam melaksanakan perintah Allah swt. Baginda saw. sangat ingin menyelamatkan umatnya. Hebatnya jiwa seorang Nabi!!
subhanallah
BalasPadammalu rasanya kalu liat begitu keras dan gigihnya rasulullah saw, belum ada apa-apanya dari apa yg kita lakukan di saat sekarang ini,,,
Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi..
BalasPadammohon copy tuan.jzkk
BalasPadammenariknya kisah ini saya mohon kongsi dan akan backlink blog tuan
BalasPadamMasya Allah... terima kasih atas perkongsian cerita... sekarang saya di Taif dlm rencana umrah, cerita ini membantu menghayati usaha Rasulullah dlm menyebar Islam...
BalasPadam