Social Icons

Rabu, 16 Julai 2014

Mall Of The World DUBAI: Pusat Membeli Belah Terbesar Di Dunia

Bagi sesiapa yang pernah sampai ke Dubai (Emerates Arab Bersatu), pasti akan teruja dengan pemandangan yang ada di sana. Di tengah-tengah padang pasir berdebu (jika di lihat dari atas pesawat), kita akan mendarat di sebuah bandaraya canggih dan moden. Kita akan terasa berada di negara barat atau eropah. 

Cuma yang membezakannya ialah banyaknya masjid yang besar-besar dan hebat rekabentuknya. Selain itu, penduduk yang berbangsa arab dengan pakaian tradisi mereka menjadi pertanda kita bukan di negara barat. 

Bandaraya Dubai merupakan sebuah kota metropolitan yang sangat cepat berkembang. Bangunan pencakar langit seperti Buruj Khalifa dan Buruj Arab menjadi mercu tanda yang menjadi tarikan pengunjung dari seluruh dunia. Selain itu, Dubai adalah pusat membeli belah yang terkenal. Jika kita melihat di Malaysia penuh dengan pusat membeli belah, ianya tidaklah dapat mengalahkan Dubai.

Sepertimana termaklum, Malaysia merupakan negara yang gilakan pusat membeli belah. Sememangnya tiga daripada 15 pusat membeli belah terbesar dunia terletak di negara kita. One Utama ialah pusat membeli belah ke 5 terbesar, Midvalley Megamall ke 9 dan Sunway Pyramid yang ke 11 terbesar. Tetapi kesemua mall ini tidak akan dapat mengalahkan Mall of The World yang akan dibuka di Dubai kelak.

Dengan keluasan lantai melebihi 8 juta kaki persegi ianya lebih besar dari Kota Terlarang di Beijing. Ia akan menempatkan pusat membeli belah, taman tema tertutup terbesar dunia, hotel dan ruang pejabat. Keseluruhan pusat membeli belah akan dilengkapi sistem kawalan suhu bagi memastikan pembeli belah akan selesa sepanjang tahun. 


Di dalam Mall of The World akan dibina kawasan bertema khas yang menyerupai Oxford Street London untuk membeli belah. Kawasan hiburan menyerupai Broadway New York dan kawasan taman santai seperti di Barcelona. Pak Arab tak perlu lagi ke negara khuffar ini dan menyalurkan duit ke Zionis untuk menikmati the same vibe





Laporan asal SkyscraperCity

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text