Social Icons

Jumaat, 27 Februari 2015

Mengubat Dan Memulihkan Pesakit Was-Was

Penyakit Was-Was - Bagaimana Mengubatinya? 
Pada Januari 2013, Pak Lang paparkan di dalam blog suaramuhajirin313 ini tulisan atas tajuk "Penyakit Was-Was - Bagaimana Mengubatinya?". ianya sekadar mahu memberi penjelasan kepada mereka yang ter'aniaya' dengan was-was. 

Rupa-rupanya ramai yang membaca tajuk itu. Sememangnya bila kita google 'was-was' - blog suaramuhajirin313 dengan tajuk di atas - antara yang akan muncul di muka pertama.

Barulah Pak Lang tahu ramai sangat insan malang di luar sana yang terperangkap dengan penyakit yang tidak mudah pulih ini. 

Pak Lang menerima telefon dan whatsapp dari ramai pembaca bertanyakan kaedah merawat atau melawan was-was. Ada yang baru nak kena, ada yang sudah kronik. Ada yang bertanya bagi pihak adik atau saudara mara, ada yang bertanya hal diri sendiri. 

Pak Lang sangat bersimpati dengan mereka. Pak Lang berjanji akan buatkan satu modul rawatan khas untuk pembaca blog Pak Lang yang mengadu dengan Pak Lang.

Jika berminat sila tempah tempat anda untuk program rawatan nanti..Sila hubungi Pak Lang di talian; 019-6226183 (tel &Whatsapp). 


Sebenarnya kita semua akui, Syaitan adalah musuh utama manusia. Kita sedia maklum, dicubanya dengan 1001 cara mengajak, menarik, memujuk dan mendorong manusia mengikut jalannya ke neraka. Tidak dapat cara menghalang, dia akan mendorong-dorong hingga jadi keterlaluan dalam beragama. Salah satu cara Syaitan merosak-hancur manusia ialah penyakit was-was

Penyakit ini disematkan di hati hamba Allah untuk menimbulkan keraguan. Ragu-ragu, tidak puas hati dan was-was adalah metod syaitan yang dengan mudah menguasai (baca menunggang) seseorang muslim / muslimah yang lemah. Mereka akan dipaksa mengulang-ulang pekerjaan dan ibadahnya. 

Ada yang mandi mengangkat hadas besar sampai 3-4 jam di bilik air. Ada yang mengulang-ulang gerakan wudhu kerana merasa ada bahagian yang masih belum di basahi air wudhu. lalu di ulang-ulang, diulang-ulang, diulang-ulang tanpa henti. Habis basah lencun seluruh pakaian ketika berwudhu'. Itulah kegembiraan Syaitan. Mereka ketawa dengan simuslim / muslimah yang sudah menjadi kuda tunggangan mereka.  

Image result for wudhu dan air

Ada pula yang berwudhu berkali-kali kerana merasa ada angin yang keluar dari dubur. Sentiasa begitu hatta ketika solat - hati dan fikiran lebih membimbangi kentut atau tidak. 

Ada yang buang air kecil sahaja pun berjam-jam kerana merasa tidak tuntas. Ada yang sentiasa menukar-ganti seluar kerana merasa ada saki baki kencing yang menitis. Ada pula yang mengulang-ulang takbiratul ihram kerana merasa belum 'masuk' niat. Ada yang membaca Al-Fatehah berulang-ulang dengan susah kerana merasa tidak benar-benar ikut tajwid dan makhraj hurufnya. 

Yang lebih dahsyat sampai ada yang menjerit-jerit: "Saya tidak mentalak isteri saya!!", kerana diwas-waskan Syaitan untuk menyangka telah melontarkan kalimat cerai.

Demikianlah was-was yang tidak sudah-sudah. Khusyuk dalam solat yang wajib tidak dapat berlaku kerna seluruh anergi jiwa dan akal sudah tertumpu pada hal yang diwas-waskan Syaitan. Dahsyat dan menggerunkan pada kesudahan hidup mereka yang sebegini. 

Sebenarnya apa tujuan Syaitan melakukan ini semua?

Tentunya untuk membawa mangsanya itu bersamanya ke neraka. Akibat neraka adalah seburuk-buruk hasil usaha semasa di dunia. Kita tahu betapa sangat perlu mengelak dari di humban ke neraka tetapi ramai yang kecundang dengan dosa, maksiat dan kejahatan. 

Penyakit was-was ini bukan untuk orang yang mahu buat maksiat tetapi untuk orang yang sangat-sangat-sangat-sangat mahu berbuat kebaikan dengan cara terbaik-terbaik-terbaik.. Akhirnya penyakit was-was inilah yang akan menjerumuskan mangsanya ke neraka. (Wal'iya zubillah)

Syaitan menekan pesakit was-was sehingga mereka terperangkap dalam keinginan hendak lakukan ibadah dengan sempurna. Bebanan kepayahan was-was itu akan mendatangkan rasa berat yang amat sangat, rasa sukar hendak melepasi dan rasa payah dalam melakukan ibadah. 

Tidaklah mustahil, mereka akan berdebar-debar kencang ketika mahu melakukannya kerana mereka tahu mereka tak akan mudah melepasi 'kesempurnaan' yang di 'imej'kan oleh Syaitan itu. 

Ya!! Kesempurnaan yang sangat mahu disempurnakan itu adalah apa yang Syaitan mahukan - bukan yang Alah mahukan. Allah mahu hati yang takutkanNya dengan sebenar-benar takut. Allah mahu rasa taqwa di dalam hati kita. Pesakit was-was tertipu dengan perasaan sebenar yang sepatutnya ada dalam hati mereka. Mereka tidak akan selamat dengan membawa hati yang was-was. 

Sebenarnya memberatkan diri dengan perkara-perkara was-was Syaitan ini adalah haram dan berdosa. Ianya takalluf nafsi (membebani diri) yang dilarang. Saiyidina Abu Hurairah ra menyebutkan bahawa Nabi saw. bersabda, 

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ 
“Sesungguhnya agama itu mudah, tidaklah seseorang memberat-beratkan dirinya dalam beragama kecuali dia akan terkalahkan (oleh urusan agama yang diberatkannya itu).” (Riwayat Al-Bukhari dan An-Nasai). 

Dan benarlah apa yang disabdakan Baginda saw. Setiap orang yang membebani dirinya dalam beramal yang was-was, akan berakhir dengan rasa bosan, jemu, takut, malas bahkan membenci amal ibadah. 

Untuk para pesakit was-was, tunggu paparan berikutnya! Pak Lang akan maklumkan program rawatan Intensif untuk semua yang bermasalah was-was. ianya untuk pembaca blog suaramuhajirin313 sahaja dan mereka akan dirawat oleh Pak Lang sendiri. Insya Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text