Sebenarnya ramai pengusaha industri kecil dan sederhana yang berminat menaja segala yang berkaitan Generasi Harapan. Mereka ingin jenama produk masing-masing muncul di media bersekali dengan liputan mengenai Generasi Harapan. Tentu berbaloi penajaan yang dibuat apabila jenama produk mereka juga dikenali dan terus dikenali dalam pasaran.
Sayangnya untuk pelancaran hari ini, hanya beberapa pihak sahaja yang sempat mengambil peluang ini. Antaranya ialah Jilbab Ilal Jannah AzreenAzmi. Syarikat pengeluar produk jilbab eksklusif yang telah dipaten ini begitu cepat menghidu peluang keemasan sebegini.
Pertemuan wakil Generasi Harapan dengan Puan Azreen Azmi dan suaminya di pejabat guaman mereka di Sri Hartamas berlangsung 2 malam lepas. Justeru pada petang ini, Fathiyah dan Mubarokah akan tampil dengan rekaan fesyen hebat dari Jilbab AzreenAzmi.
Untuk pengetahuan, Puan Azreen Azmi dan suaminya adalah peguam yang mempunyai firma guaman mereka sendiri di Sri Hartamas. Dengan 20 orang staf dan peguam di bawah firma mereka, mereka sudah mempunyai semua yang diinginkan. Cuma keinginan untuk memberi sesuatu yang lebih baik kepada para muslimah telah mendorong mereka suami isteri membangunkan produk Jilbab AzreenAzmi.
Merasa ada kelompongan dari segi penataan imej bertudung di kalangan muslimah, Jilbab Azreen Azmi mempunyai elemen penutupan aurat dan bentuk tubuh yang lebih sempurna. Asasnya ialah mengutamakan ciri sunnah seperti elemen ridak di bahu sebelah kanan dan menutup bahagian dada dan tubuh dengan rapi.
Tubuh wanita yang suci berupaya kelihatan tersimpan indah oleh Jilbab Azreen Azmi ini. Begitu juga dengan elemen kemas, menarik dan sopan yang terserlah pada setiap rekaannya. Semuanya menjadi daya penarik yang sangat luar biasa pengaruhnya.
Rekod jualan 4 bulan pertama yang berjaya mencecah RM150 ribu adalah bukti penerimaan masyarakat terhadap 'brand' AzreenAzmi.
Bersembang dengan mereka suami isteri ini menyingkap rahsia kenapa Allah bantu mereka sehingga semua urusan 'melahirkan' Jilbab Azreen Azmi ini dipermudahkanNya. Secara lanjutnya nantilah Pak Lang ceritakan di lain kali. Apapun mereka memang terasa berlaku bantuan Allah satu persatu. Apa rahsianya kita akan tulis nanti.
Antara yang boleh dinyatakan di sini ialah bantuan dari segi liputan media, promosi percuma yang berlaku kepada jenama ini menjadi-jadi. Di mana-mana kemunculan rekaan Azreen Azmi menjadi perhatian dek keanggunan pemakainya dan meriahnya promosi di laman sosial.
Bagi mereka yang ke Menara Kuala Lumpur hari ini, pastikan anda memerhatikan juga jilbab yang dipakai oleh Fathiyah dan Mubarokah nanti.
Puan Azreen Azmi
Promosi!!
Sila layari laman web dan instagram AZREENAZMI
0 ulasan:
Catat Ulasan