DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!!
Pada jam 2 petang hari ini (Sabtu)
9 November 2013M bersamaan 5 Muharram 1435H.
Untuk Menonton Persembahan Menarik
Kumpulan Generasi Harapan
di Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya
(PENTAS UTAMA - PIIACuF2013).
Pada jam 2 petang hari ini (Sabtu)
9 November 2013M bersamaan 5 Muharram 1435H.
Untuk Menonton Persembahan Menarik
Kumpulan Generasi Harapan
di Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya
(PENTAS UTAMA - PIIACuF2013).
- Lokasi utama Festival ini di hadapan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi).
Ada pemandangan tasik yang cantik dari masjid tersebut.
Sila datang bersama keluarga dan kawan rakan. Ada lebih 300 tempat duduk
berbumbung di hadapan pentas. Pastikan anda datang awal kerana hari ini
dijangka pengunjung festival ini akan lebih ramai berganda
daripada hari biasa.
Dua hari lepas, Pak Lang mengunjungi PIIACuF2013 di Putrajaya. Hasrat hati memang ingin mengunjungi festival yang dikatakan berprestej itu lantaran promosi yang dijalankan dengan tema 'Dari Andalusia Ke Putrajaya'. Tajuknya menarik tetapi bagaimana ianya diterjemahkan untuk difahami pengunjung merupakan hal yang perlu dibincangkan.
Apa pun kunjungan Pak Lang dan anak-anak pelajar cukup berbaloi kerana berpeluang menyaksikan persembahan 'live' Kumpulan Generasi Harapan (KGH). Masa yang diuntukkan selama satu jam dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak remaja lelaki perempuan berusia belasan tahun dari satu bapa dan empat ibu itu. Lagu-lagu, tarian dan sketsa bercerita yang dipersembahkan berjaya meremangkan bulu roma para penonton. Ada yang menangis terkesan dengan apa yang dipersembahkan mereka.
Pak Lang suka memerhatikan gelagat penonton sepanjang KGH membuat persembahan. Rata-rata penonton sangat teruja dengan persembahan yang lain dari yang lain itu. Mereka tidak menyangka adanya kumpulan nasyid seperti KGH. Terpinga-pinga mereka bila diberitahu KGH sudah wujud sejak lama dan mereka adalah kesinambungan kumpulan MAWADDAH yang pernah muncul satu waktu dahulu.
Persembahan KGH dalam bentuk rancak dan gila-gila remaja lebih diminati mereka. Mereka spontan bertepuk tangan sebaik KGH selesai mempersembahkan bentuk irama rancak, rap dan ala rockers. Mereka jadi agak tidak fokus jika lagu bernada lembut dan relaks yang dipersembahkan. Jika lagu rancak, jari jemari mereka akan ikut serta mengetuk-ngetuk apa yang ada mengikut irama yang didengar. kaki mereka kelihatan seirama bergerak dengan musik yang mengiringi lagu. Para pemilik dan petugas booth akan menjenguk-jenguk dari tempat masing-masing untuk cuba ikut serta menghayati persembahan KGH.
Jelas pada wajah meeka rasa puas dan terharu. Mereka mengatakan inilah kumpulan yang akan mampu 'top' di persada lagu ketuhanan di negara kita sekarang. Mereka berkata, kumpulan nasyid yang sedia ada sudah statik. Mereka sudah tidak mampu pergi jauh. Pendekatan kreatif KGH sebegitu rupa dilihat mampu menerobos ke hati masyarakat moden dan berupaya menarik sokongan atau minat para remaja. Vokal semua ahli KGH mantap-mantap belaka, kata mereka.
Menariknya ialah pada kelainan KGH dari yang lain. KGH membawa lagu berkonsep rock, rap, k-pop, gangnam style? dan sebagainya. Tetapi, ini semua dibawa dengan rasa hati yang sangat serius ingin mempersembahkannya sebagai ibadah di sisi Tuhan. Fokus mereka ialah bagaimana Tuhan menilai mereka bukannya bagaimana penonton menilai mereka.
Jadi apabila hati dibina dengan niat sebegitu suci, kesannya pastilah ada pada para penonton. Itulah yang berlaku bila penonton rasa terharu dengan lagu mereka - walaupun ada elemen rock atau rap yang sedemikian. Bahkan penonton sendiri mengakui, mereka tidak jadi lalai dengan persembahan sedemikian bahkan menontonnya boleh membawa keinsafan.
Pada kita, yang penting, mereka terharu dan bersyukur kerana akhirnya mereka bertemu dengan satu kumpulan nasyid yang sangat serius mengutamakan Allah dan Rasul dalam kehidupan dan persembahan mereka. Ini semua akan mampu menjadikan KGH sebagai alternatif hiburan masa kini.
Justeru selagi ada peluang, kunjungilah di mana jua - apabila KGH akan mengadakan persembahan berdekatan dengan tempat ada. Anda pasti akan menghargai setiap detik masa yang dilalui sepanjang menonton persembahan mereka.
Pada jam 2petang hari ini, Sabtu 9 Nov, kita berpeluang menonton persembahan menarik Kumpulan Generasi Harapan di Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACuF2013). Persembahan mereka di pentas utama pada petang nanti merupakan platfom terbaik memperkenalkan konsep persembahan islami yang tersendiri.
Elemen 'gila-gila remaja' tapi penuh dengan nilai kesopanan adalah suatu yang sangat menarik perhatian masyarakat umum terutama para remaja. Justeru hanya Kumpulan Generasi Harapan sahaja yang berani melakukan konsep persembahan sebegini kerana ianya tidak mudah. Penonton akan cepat jemu dan sensitif dengan pembawaan yang menghampiri lagu rap, rancak dan laungan bernada tinggi seperti rockers jika tidak dilakukan dengan rasa hati yang tulus untuk Allah dan Rasul.
Tanpa rasa hati sebegini, seseorang atau sekumpulan artis nasyid yang cuba membawa konsep sebegini akan mudah ditolak penonton. Jangan tiru-tiru kerana KGH melakukannya dari hati dan jiwa raga sepenuh hati mempersembahkannya untuk kita. Hargailah ini semua dan jadilah orang-orang awal memahami mesej yang mereka sampaikan. Datanglah beramai-ramai menyaksikan persembahan Generasi Harapan yang semakin mantap dan mendapat tempat di hati masyarakat.
Pak Lang yakin, KGH sedang menapak laju ke persada agung nasyid Islami yang ditunggu-tunggu masyarakat Islam masa kini. Jika Dato' Pengarah JAIS sudah memberi respon positif, tentulah ada yang tersirat tentang laluan KGH ke persada perdana tidak lama lagi. Nantilah masanya akan tiba - fenomena Generasi Harapan akan melanda dunia hiburan negara kita tidak lama lagi. Allahu Akbar!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan