Turki
dirempuh sekular selepas kejatuhan Ottoman. Rempuhan oleh Kamal
Ataturk. Begitu hebat dan dahsyat. Hingga ranaplah syiar Islam yang
sebelumnya begitu meriah dan indah. Islam dirobek-robek selama lebih 30
tahun.
Perginya Ataturk masih meninggalkan luka yang dalam. Bukan mudah untuk pulih seperti sedia kala. Kalau pun sembuh semula, namun parutnya tetap ada. Tahun 70'an Islam mula menyinar ditengah-tengah hutan sekular yang tebal. Cahayanya belum menembusi dasar bumi. Hanya berupaya menyelit-nyelit di celah-celah dedahan sekular yang masih rendang dan daunan yang berlapis-lapis.
Selepas 30 tahun kemudian, barulah Islam bernafas agak lega. Tapi belum mudah untuk Islam kembali meriah apatah lagi menjadi indah semula. Sejak Erdogan mengetuai kerajaan, gerakkan Islam yang dulunya mungkin menyusup dan merayap mula bangkit. Berjalan terhingsut-hingsut. Tapi ada juga yang sudah mampu berlari sekali pun tempang.
Gerakan Politik
Semula sedia maklum AKP adalah gerakkan politik berjiwa Islamik. Namun tidak menyebut Islam kerana sekatan perlembagaan. Hikmahnya sangat besar. Sebelum AKP telah muncul beberapa parti politik yang menonjolkan nama dan semangat Islam. Akhirnya mereka tewas dengan perlembagaan dan kuasa tentera. Memang Islam tidak pernah naik melalui politik.
Iktibar peristiwa lalu memberi pengajaran kepada AKP. Justeru AKP merangka sebuah parti yang mampu menonjolkan Islam melalui praktikal dan kemajuan material tanpa menyebut dan melaungkan suara Islam yang garang.
Pendekatan ini nampaknya lebih berhasil dan berjaya. Rakyat terpikat manakala pihak berkuasa pula sukar menelah walaupun tidak mahu mengalah. Tentera dan penganut sekular hangit di kalangan orang besar terasa tersepit dan kian perit.
AKP sekurang-kurangnya berjaya membangunkan Turki jauh lebih baik dari negara-negara serantaunya. Turki berjaya menyaingi Israel dari sudut pembangunan, ekonomi dan politk. Manakala Islam semakin mendapat tempat dan kembali subur. Undang-undang yang melarang pemakian tudung di sekilah dan pejabat kerajaan berjaya dipinda.
Bagi rakyat Turki, perkara ini sangatlah sinonim dengan perjuangan Islam yang mengangkat martabat wanitanya.

Gerakan Pengajian atau Perguruan
Gerakkan Islam berasaskan guru atau syeikh yang mengasaskan kaedah dan pendekatan pengajian atau aliran sesuatu pemikiran. Di Malaysia gerakkan seperti ini mirip pengajian yang dinisbahkan kepada pondok-pondok tertentu.
Pondok Limau Manis, di Terengganu, pondok Tok Kenali dan Maahad Muhammadi di Kelantan, Idrisiah di Perak, pomdok Penanti di Pulau Pinang dan beberapa pondok terkenal lain di Kedah dan lain-lain negeri lagi.
Di Turki ada Imam Hatip, Syiekh Syed Bursi dan beberapa tokoh ulama yang telah menyumbangkan ilmu, masa, tenaga dan perjuangan mereka untuk Islam di Turki. Pengaruh perjuangan ulama-ulama ini terkesan lagi sehingga hari ini.
Ramai tokoh yang datang kemudian menyambung kaedah atau aliran pengajian ulama-ulama tersebut. Pusat-pusat pengajian mereka ini terus berjalan dan sangat bersistem. Malah bangunan dan kemudahannya juga sangat berwibawa dan lengkap.
Pengaruh pengajian ini kembali subur dan dibanjiri semula oleh umat Islam yang telah lama dihanyut oleh arus sekular. Bah sekular bagaimana pun sempat juga melemas dan mengorbankan generasi sebelum ini. Mungkin pengajian ini terus hidup waktu itu.
Sebagai perahu kecil yang mereka tidak mampu untuk menentang ombak sekular yang begitu deras. Bagi mengelakkan sama-sama tenggelam, maka jumlah penumpangnya perlulah dikurangkan. Kelicikan dan kebijaksanaan nakhoda pengajian-pengajian ini waktu itu telah memanjangkan hayat halaqah-halaqah terbabit.
Gerakan Tariqat
Dikhabarkan bahawa Sultan Murad ll, ayahanda Sultan Mehmet ll adalah pengamal tariqat Naqsyabandi. Naqsyabandiah dipelopor oleh Syeikh Bahauddin rmh. Susur galur tariqat ini bersambung kepada Syaidina Abu Bakar AsSiddiq dan sudah tentu dari Baginda Rasulullah saw.
Tidak hairan kebanyakan kumpulan atau zawiyah tariqat Naqsyabandiah yang masih aktif di Turki sangat berbangga dengan lambang-lambang kerajaan Turki Uthmaniyah. Mereka merasakan roh empayar itu sangat bersandarkan jalinan roh melalui jalur ini.
Sultan-sultan emayar Uthmaniyah dipercayai adalah pengamal tariqat yang komited. Setiap yang bertariqat mesti ada mursyid. Hubungan murid dengan mursyid adalah hubungan rohani. Pengamal tariqat sangat yakin kekuatan rohaniah adalah asas kekuatan sebenar umat Islam. Baik untuk membina peribadi maupun sebuah masyarakat Islam. Bahkan tidak terkecuali untuk membina sebuah empayar.
Hati yang terhubung kuat dengan Allah dan Rasul, akan menghasilkan ibadah lahir dan ibadah batin lebat dan hebat. Terbangunlah rohaniah dan lahiriah bermula individu hingga dalam masyarakat Islam. Terjadilah kemajuan spiritual dan material yang ada roh.
Semua ini perlukan proses hati atau roh. Selepas Baginda Rasul, syeikh-syeikh tariqat yang muktabar adalah penyambung tugas pentimg ini. Di tangan mereka lahirnya pejuang-pejuang yang mampu mengorbankan seluruh hidupnya untuk Allah dan Rasul. Inilah rahsia tariqat.
Tetapi di Turki gerakkan tariqat kebanyakan hanya tinggal amalan wirid, suluk dan perhimpunan berkala. Ada zawiyah yang mempunyai pengikut dari berbagai negara. Zawiyah Syeikh Nazim contohnya.
Kami sempat tinggal beberapa hari di Darga (pusat aktiviti) utamanya terletak di sebuah pekan kecil Lefke, Cyprus. Pengalaman ini banyak iktibarnya. Sambutan maulid adalah upacara tahunan yang dianggap penting. Kebetulan sambutan pada tahun ini adalah yang terbesar berbanding sebelumnya.
Sebelum ke Cyprus kami telah pergi ke Darga Syeikh Nazim di Uskudar, Istanbul. Di Uskudar nampak lebih tersusun dan ada disiplin berbanding di Darga Utamanya di Cyprus. Kenapa terjadi begitu, wallahu'alam.
Beberapa lawatan dan pertemuan dengan golongan tariqat di Turki juga menggambarkan perkara yang hampir sama. Tinggal zikir, wirid, hadrah dan perhimpunan ibadah fadhail sahaja. Tidak lebih dari itu.
Ringkasnya, kebanyakan tariqat yang diwarisi sejak turun temurun telah hilang kekuatan aslinya. Kalau ibarat api, hanya tinggal baranya saja. Tidak mampu lagi untuk marak dan menyala. Begitu juga nasib tariqat-tariqat di Turki kecuali segelintir. Zawiyah Syeikh Mahmud Efendi contohnya berupaya membentuk masyarakat tersendiri.
Pengikut Syeikh Mahmud aktif menjalankan perniagaan dan perusahan masing-masing. Walaupun semuanya inisiatif individu, bukan olahan jemaah tetapi masih ada bau jemaah. Yang menariknya pakaian lelaki dan wanitanya boleh dikatakan selaras. Bahagian ini sudah memadai untuk dikirakan memiliki identiti tersendiri sekali gus mampu menjadi perisai kepada pengaruh arus perdana (mainstream).
Sedikit kelemahan yang agak ketara perlu dibaiki ialah hubungan yang kaku dengan masyarakat luar. Sikap jumud yang membetuk perawatakan murid-murid Syeikh Mahmud tidak sepatutnya membayangi ajaran tariqat atau zawiyah mereka.
Jumud atau beku untuk bergaul dengan masyarakat awam adalah kelemahan murid memahami dan menghayati peribadi dan minda guru. Setiap guru atau mursyid sangat inginkan murid-murid mempunyai watak yang berakhlak. Akhlak mulia ibarat bunga. Murid yang mempunyai bunga diri, sudah tentu orang suka, sekali pun bukan sesama jemaah.
Melayan mesra dengan orang lain terutamanya tetamu adalah akhlak mulia. Akhak Rasulullah. Sepatutnya setiap murid atau pengamal tariqat adalah orang yang paling berakhlak dengan manusia. Terutamnya kepada tetamu atau orang luar yang belum memahami apa itu tariqat.
Secara kasarnya gerakkan Islam di Turki terbahagi kepada tiga bentuk. Politik atau gerakan berasaskan isu semasa yang di pelopori oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Gerakan kedua ialah pengajian atau fahaman diasaskan dan dinisbahkan kepada ulama-ulama yang masyhur dan berpengaruh.
Ketiga gerakan sufi yang hampir semuanya telah malap atau sekadar bara api sahaja.
Kesimpulannya, di seluruh dunia juga begitu. Cuma bezanya Turki ialah;
1. Umum masyarakatnya berbudi pekerti atau akhlak mereka masih baik dalam banyak aspek. Pengaruh keturunan sebaik-baik Sultan dan tentera sebaik-baik tentera Empayar Uthmaniah tidak dapat dinafikan sangat terkesan membentuk watak umum masyarakat Turki sehingga ke hari ini.
2. Walau pun ramai yang sudah tidak bersembahyang dan menutup aurat, tapi kalau ditanya, mereka jujur mengaku tidak bersolat dan mengucapkan suara hati yang mengharapkan suatu hari nanti mereka akan bersolat.
3. Terlalu sedikit yang tertib terhadap solatnya. Di kalangan yang istiqomah dengan solat fardhu dan sunat juga sangat menyedihkan termasuk di zawiyah tariqat. Sukar untuk kita bertemu dengan tokoh yang sangat menitik beratkan dalam hal menjaga atau memelihara solat.
4. Terpisahnya gerakan Islam kepada tiga bentuk kasar itu rasanya adalah faktor kepimpinan. Turki ketandusan pemimpin yang mampu menyatukan semua bidang terpenting dalam Islam untuk disepadukan lalu dizahirkan dalam satu jemaah atau gerakan. Hakikat inilah yang terpkasa di akui oleh seluruh dunia Islam.
5. Tidak dapat tidak, kegersangan tokoh atau pemimpin yang mampu mengembalikan kebenaran atau seluruh ajaran Islam dipraktikkan semula seperti di zaman Empayar Uthmaniah menjadikan hampir semua gerakan Islam di Turki mempunyai harapan terhadap kedatangan Imam Mahdi.
6. Islam di Turki masih berhadapan cabaran semasa atau pengaruh budaya sekular yang masih menebal di kalangan tokoh korporat dan politik. Perjuangan ini makin sengit bila mana sekular terus dibantu oleh perancangan sulit Yahudi yang telah membina jaringan berselirat dalam pentadbiran negara, sosial dan ekonomi Turki. SUMBER; BLOG MATAHATI
0 ulasan:
Catat Ulasan