Ada satu kelompok profesional di Malaysia yang sudah melangkah ke depan dalam menambah-baik teknik pendidikan yang sedia ada. Mereka serius mengkaji hadith-hadith Nabi Saw. Mereka menggali rahsia psikologi yang sarat terdapat di dalam ungkapan kata -kata 'Sodiqul Masduk' (Orang bercakap benar lagi dibenarkan kata-katanya). Itulah kebesaran Nabi Muhammad Saw.
Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kelompok ini, sila KLIK DI SINI
Mari kita lihat sejauh mana usaha ini telah dapat mereka capai......Sila baca
TEKNIK NABI : BAGAIMANA IA BERMULA...
Pada tahun 2010, Tuan Mohd Yusry Yusopp, yang dikenali sebagai trainer dalam bidang usrah dan permainan Islami, merangkap Editor PTS Professional bahagian Pendidikan, memperolehi ilham menulis sebuah buku berkenaan Gaya Nabi Muhammad Mengajar. Idea itu diusulkan kepada Puan Ainon Mohd selaku pengerusi kumpulan PTS Media Group. Dari situ, idea semakin berkembang dan Puan Ainon Mohd mula melantik ahli-ahli tim penyelidik berjumlah 8 orang, bagi mengkaji secara lebih lanjut, berkenaan teknik pengajaran Nabi Muhammad.
Kajian dilakukan bermula pada Mei tahun 2010. Beberapa siri pertemuan di antara anggota tim penyelidik dibuat bertempat di syarikat PTS, Batu Caves, di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati, dan pertemuan pembinaan modul training, di Hotel Seri Malaysia, Genting, sepanjang tahun 2010 dan 2011.
Pertemuan dan perbincangan harian dan kajian turut dilakukan menerusi alam maya, di grup Facebook. Kumpulan penyelidik ini akhirnya menamakan diri mereka sebagai Tim Hadith Psikologi yang kemudian bertukar menjadi Tim Pengkaji Hadith Psikologi.
Pada 17 Disember 2011, kajian TPHP pertama kali diperkenalkan melalui Kursus Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad, yang dilaksanakan di Hotel De Palma Inn, Ampang. Kajian dibentangkan secara teori.
Selepas itu, bermulalah fasa eksperimen secara praktikal yang dijalankan oleh guru-guru terpilih seperti Puan Khairulaniza Khairuddin dan Ustazah Siti Khadijah sendiri. Eksperimen ini dilaksanakan di peringkat kelas dan sekolah masing-masing, bagi mengenalpasti dan memastikan teknik yang dikaji boleh diaplikasikan pada sasaran.
Bidang Kajian
Analisis teks hadith bagi mengeluarkan Prinsip, Teknik, Metod, Strategi, Skil, dan lain-lain.
Penasihat: Prof. Emeritus Abdullah Hassan Ph.D.
Ketua Projek: Puan Ainon Mohd.
Timbalan Ketua Projek: Puan Wan Mazwati Wan Yusoff Ph.D.
Tim Penyelidik:
Tn. Ahmad Saifuddin Yusof (BA Hons Quran Sunnah, MA Hadith UM)
Pn. Muna 'Izzah Fadzil
Pn. Rihan Hashim
Pn. Nor Hayati Mohd Redzwan
Tn. Asyraff Hafdzan Abdullah (BA Hons Usuluddin, Univ of Jordan)
Tn. Mohd. Yusry Yusopp
Objektif Penyelidikan
1. Menggali prinsip-prinsip, strategi-strategi, prosedur-prosedur, teknik-teknik dan tool-tool yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau melaksanakan proses pembangunan tenaga manusia.
2. Menggunakan penemuan-penemuan dalam penyelidikan ini bagi menghasilkan modul-modul latihan pembangunan sumber manusia dalam organisasi.
Modul-modul Terhasil
1. Modul Kaunseling Gaya Rasulullah
2. Modul Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad
3. Modul Mendorong Perubahan Tingkahlaku Anak-anak
4. Modul Komunikasi Cara Nabi Muhammad
SUMBER: BLOG USTAZAH SITI KHADIJAH
0 ulasan:
Catat Ulasan