Dari blog matahati
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran."
Semalam sempat merayau di Dataran Beyazid. Pasar lambak yang menawarkan pelbagai barangan terpakai, lama, antik dan unik. Ada juga yang menjual barangan baru atau 'buka balut'. Konsepnya lebih kurang sama seperti Lorong Kulit di Penang, Lock Keng di Ipoh, Perak (dulu, sekarang berpindah ke kawasan lain), Sydney Market di Flemington, NSW, Balad atau Abdali di Jordan, Sungei Road di Singapura dan Hussein di Mesir.
Persoalannya ialah terdapat perniagaan seperti ini di mana-mana pun. Barangan yang dilambakkan adakalanya kita rasa macam tak logik boleh dijual atau ada orang yang mau membelinya.
Allah jadikan manusia ini walau pun berlainan bangsa, namun fitrah mereka hampir sama saja.
Hikmah adanya bangsa-bangsa itu ialah untuk saling kenal mengenal, berkerjasama dan berkasih sayang lalu bertambahlah keindahan hidup.
Ada beberapa sebab orang membeli sesuatu barang atau melanggan sesebuah perkhidmatan. Pertama kerana perlu, kedua untuk kemudahan, ketiga hobi atau kegemaran, kesukaan, hiburan atau kepuasan sendiri.
Begitu jugalah dengan orang yang mengunjungi pasar-pasar lambak, bundle, carboot sale, garage sale, uptown, lelongan barangan antik dan seumpamanya. Ada yang mencari barangan yang mereka memang perlukan, cuma mungkin tidak mampu untuk membeli yang baharu atas faktor over bugget atau terlalu mahal.
Selalunya harga barangan terpakai dengan barangan yang baharu perbezaannya agak besar, sekali pun kualitinya tidaklah berbeza jauh sangat. Bagi penggemar barangan berkualti yang tidak mementingkan status baharu atau terpakai, pasar lambak atau jualan barangan terpakai adalah pilihan yang sesuai dan lebih selesa berbelanja di situ kerana ada ruang untuk tawar menawar.
Sebab membeli kedua ialah untuk menyempurnakan atau melengkapkan kemudahan urusan seharian. Ada yang tidak kisah menggunakan barangan terpakai atau barangan murah asalkan tercapai maksud membeli dan menggunakan barangan tersebut..
Golongan ketiga adalah yang membeli bukan sebab perlu atau untuk kemudahan hidup mereka. Golongan ini mencari kepuasan atau sekadar memenuhi hobi atau kegemaran mereka. Kononnya untuk kepuasan diri. Lebih teruk daripada itu, membeli atau menjual hanyalah untuk bermegah-megah atau kerana cinta dunia dan kekayaan. Golongan ketiga ini adalah orang yang mengikut hawa nafsu. Sama ada dia mahu mengaku atau tidak, hakikatnya itulah nafsu.
Mereka merasakan wang atau duit atau kemampuan berbelanja adalah hak mereka. Mentang-mentang mereka ada rezeki lebih, maka terpulanglah, apa yang mereka nak buat pada duit mereka itu. Bukan menyusahkan orang lain pun. Bukan ambil duit mak bapak sape-sape pun. Itulah antara hujahnya mereka.
Semasa berlegar-legar di Dataran Beyazid, Istanbul, hati kecil tersentuh bila melihat beraneka ragam peniaga dan pelanggan. Istanbul sekarang sedang musim sejuk. Baju sejuk, selimut. stokin, sarung tangan, snowcap dan kasut memang menjadi keperluan.
Terutamanya yang berkerja di luar bangunan. Sedangkan kalau dalam bangunan yang sistem pemanasnya kurang sempurna, pun masih perlu memakai pakaian pelindung cuaca sejuk. Ada yang berniaga di Dataran Beyazid kerana desakan hidup. Itu sahaja jalan rezeki mereka. Menjual apa sahaja termasuk barangan yang mungkin sudah dibakul sampahkan. Tetapi mereka tidak ada pilihan.
Kelak di akhirat semuanya akan ditanya semula, dari mana kita dapat, ke mana, bagaimana dan untuk apa kita gunakan? Kalaulah semua yang kita miliki ini memang menjadi hak mutlak kita, kenapa pula Allah sibuk-sibuk mahu siasat bila kita balik semula ke kampung Akhirat nanti? Jawapanya ialah, semua yang kita miliki, bukan kita punya, tetapi Allah yang punya, cuma Allah bagi kita pinjam sahaja!

Rata-rata orang Turki rajin dan semangat berdikarinya sangat tinggi. Maruah mereka juga tinggi.
Mereka sanggup mengutip kotak dengan mengusung guni besar merata
lorong-lorang bahkan di jalan-jalan besar di Kota Istanbul yang sentiasa
sesak dengan manusia dan kenderaan.
Biasa terserempak orang buta berniaga di tepi jalan. Sekadar menjual tuala kecil, sapu tangan dan tuala mandi. Seorang yang berkerusi roda kemudian bangun menggunakan tongkat, menjaja air mineral di tepi jalan besar berhampir lampu isyarat.

Seorang
tua yang berserban dan bertongkat, menjual tasbih dan lain-lain
barangan dengan menggantungkan semuanya jualannya di dada beliau sambil
merayau-rayau di perhentian bas. Hampir belum pernah terjumpa orang
Turki yang meminta sedekah semata-mata. Peminta sedekah yang mengejar
dan melobi sepanjang kita berjalan kebanyakannya mereka yang datang dari
Syria. Iye atau tidak, kurang pasti.
Yang pasti mereka memang orang luar, bukan orang Turki. Sambil memerhatikan gelagat penjual dan pembeli di Dataran Beyazid, terkenang bagaimana susahnya kehidupan sesetengah orang. Mungkin mereka telah berusaha sungguh-sungguh. Tapi itulah takdir untuk mereka.

Pada
suatu hari yang lain, kami pernah merayau di Canyon. Sebuah pusat
membeli belah golongan elit di Levent, Istanbul. Tidak ramai pengunjung. Agak sunyi, rata-rata pengunjungnya wanita atau berpasangan yang bergaya, moden dan kaum kebanyakannya mendedahkan aurat.
Meninjau harga barangan yang ditawarkan, memang cukup luar biasa. Ternyata barang berjenama, berkualti dan mewah biasanya bukan lagi bertujuan untuk memenuhi keperluan atau kemudahan hidup, tetapi semata-mata hobi atau kepuasan.
Apa yang puas? Bukankah nafsu? Iye, nafsulah yang puas! Buktinya, semua barangan mahal, berjenama, eksklusif, mewah dan terhad itu hanya untuk berbangga-bangga, menunjuk-nunjuk, sombong dan akhirnya adalah pembaziran.
Tidak salah menggunakan barangan berjenama, mahal dan berkualiti jika untuk tujuan mewibawakan Islam, mengajak manusia kepada Tuhan dan sebagai strategi dalam perjuangan kebenaran. Selain dari tujuan itu, jika sekadar untuk kepentingan diri atau memenuhi kehendak peribadi, itu semua adalah pembaziran yang sangat dibenci Allah.
Menjadi kemurkaan Allah bila tujuannya untuk berbangga-bangga atau menunjuk-nunjuk kekayaan atau kemampuan kita berbanding orang lain. Di sinilah Allah menyeru supaya kita bertaqwa kepadaNya. Rupanya ada rahsia besar.
Orang bertaqwa, dia cukup dengan Tuhan. Hatinya cukup bahagia bila dapat bersama Tuhan. Bersama Allah, hati menjadi tenang. Begitulah seterusnya.

Mana
mungkin orang yang bangga diri boleh bersama Allah? Sebab, orang yang
hatinya hidup bersama Allah, rasa takut setakut-takutnya kepada Allah
tidak lekang dari hati mereka. Sementara perasaan rindu serindu-rindu
kepada Rasulullah penuh dalam jiwa mereka. Bolehkah orang seperti ini
hidup dalam kemewahan?
Sedangkan pada masa yang sama terdapat saudara muslim yang menderita kelaparan, kesejukan dan kesusahan akibat bencana alam atau peperangan. Maka cukuplah kalau kita sedar betapa hidup kita hakikatnya bukan kita punya, tetapi adalah amanah yang Allah pikulkan kepada kita.
Sedangkan pada masa yang sama terdapat saudara muslim yang menderita kelaparan, kesejukan dan kesusahan akibat bencana alam atau peperangan. Maka cukuplah kalau kita sedar betapa hidup kita hakikatnya bukan kita punya, tetapi adalah amanah yang Allah pikulkan kepada kita.
Kelak di akhirat semuanya akan ditanya semula, dari mana kita dapat, ke mana, bagaimana dan untuk apa kita gunakan? Kalaulah semua yang kita miliki ini memang menjadi hak mutlak kita, kenapa pula Allah sibuk-sibuk mahu siasat bila kita balik semula ke kampung Akhirat nanti? Jawapanya ialah, semua yang kita miliki, bukan kita punya, tetapi Allah yang punya, cuma Allah bagi kita pinjam sahaja!
Pinjam
bersyarat! Bersamanya ada hak-hak orang lain! Nanti di Akhirat kita
akan ditanya apakah kita menepati syarat-syaratnya atau tidak? Kalau
kita pinjam ikut syarat, ok lah. Mungkin boleh dapat hadiah, syurga.
Tapi kalau kita pinjam, lepas tu kita buat macam hak kita, tak ingat Tuan Punya yang sebenar-benarnya, syarat-syarat pinjam lagilah kita buat tak tau, tunggu sajalah hukumannya. Jadi rahsia barangan murah ialah, cukuplah kita membeli barangan murah atau terpakai jika dengan itu dapat menyelesaikan keperluan dan kemudahan hidup peribadi dan keluarga kita.
Tetapi sekiranya memang perlu menggunakan barangan berjenama, mahal, eksklusif dan mewa untuk tujuan mewibawakan Allah, Rasul dan Islam, silakanlah. Tidak salah malah boleh dapat pahala lagi.

Bagi tujuan untuk kepuasan, itu semua nafsu.
Orang yang membeli atau menggunakan barangan berjenama atau mahal
semata-mata untuk kepuasan dirinya, realitinya hidup mereka tidak
bahagia pun. Ramai di kalangan mereka itu menderita kerana jiwanya kosong.
Bila berseorangan, semua barangan berjenama, mahal dan berprestij tidak mampu menghiburkan hati apa lagilah hendak membahagiakan jiwanya. Dunia ini hanyalah tipudaya. Ramai yang tertipu dengannya dan ramai juga manusia yang sanggup menipu kerananya.

0 ulasan:
Catat Ulasan