Social Icons

Khamis, 2 Mei 2013

MENOPOUSE - Bagaimanakah Sepatutnya Muslimah Solehah Menghadapinya?

Kehidupan adalah satu perjalanan. Justeru ianya tidaklah statik bahkan perjalanan itu merupakan pertambahan, peningkatan dan perubahan. Setiap yang hidup mesti melalui proses ini. Tuhan yang maha tahu yang merupakan 'owner' alam ini telah menetapkan ini semua untuk ditempuhi oleh setiap yang bernyawa termasuk manusia. Semuanya menuju ke suatu destinasi yang sedia dimaklumi iaitu kematian. Kematian juga bermakna bermulanya kehidupan baru di alam yang kekal abadi.

Menopouse adalah gerbang kematian. Sepertilah juga usia atau uban di kepala menjadi isyarat mendekatnya masa seseorang akan kembali kepada Tuhan. Demikianlah susunan kejadian manusia yang disiapkan oleh Tuhan. Wanita muslimah yang solehah tentulah sudah bersedia menerima semua proses semula jadi ini. Cuma mungkin kelemahan iman atau keterikatan dengan dunia menjadikan sesetengah wanita payah untuk menerimanya secara tulus.

Apa yang penting, wanita muslimah dan solehah janganlah menjadi seperti kebanyakan wanita biasa yang lain. Jadilah wanita pilihan yang bilangannya pasti sedikit. Wanita yang di dalam kelompok yang ramai kena dijauhi. Wanita yang ramai adalah golongan yang tidak selamat. Ingatlah bahawa wanita ramai itu adalah penghuni neraka!!

Kembalilah kepada Tuhan! Dialah yang maha menciptakan sedemikian untuk wanita. Terimalah dengan keyakinan dan penuh bersangka baik dengan Tuhan. Dialah yang maha tahu keupayaan dan kelebihan serta kelemahan kaum wanita. Wanita atau lelaki adalah sama di sisi Tuhan. Ada sudut yang lelaki dilebihkan dari wanita, ada pula sudutnya wanita yang diutamakan dari lelaki. Persoalannya ialah bagaimana penilaian Tuhan terhadap diri kita. Adakah kita benar-benar berusaha menjadi hamba yang diredhaiNya?

Wanita menopouse perlu teruskan tugasnya sebagai isteri solehah. Isteri yang sangat membahagiakan suami itu adalah calon penghuni syurga. Semakin berusia sepatutnya para isteri semakin gigih mengejar jalan ke syurga. Semakin berumur sepatutnya semakin berkuranganlah dosa-dosa isteri terhadap suami.

Sebagai lelaki, Pak Lang ingatkan para wanita yang menopouse supaya lebih kreatif dalam melayan suami. Kenalah lakukannya dengan rela dan bersungguh-sungguh. Kenalah belajar dan mendalami kemahiran dalam memuaskan nafsu suami walaupun usia sudah meningkat. Apa yang penting suami terasa dirinya terus dilayan bagai raja oleh isterinya. Isteri yang malang nasibnya di akhirat ialah isteri yang rasa malu hendak melayan keinginan suami terutama dari sudut layanan seks. Tentunya kerana tidak faham.

Isteri yang malang ini tentulah berpunca dari hati yang lebih mengira soal apa orang kata bukannya bertanya apa Tuhan kata. Sepatutnya hati yang bersih suci itu akan selalu bertanya apa yang Tuhan katakan tentang layanan isteri kepada suami walaupun sudah menopouse? Jangan peduli apa orang kata kerana ini semua penentu ke syurga atau ke nerakanya seseorang isteri.

Janganlah tertpu dengan alasan sudah tua, ingin banyakkan ibadat sebagai bekalan di akhirat!! Itu adalah alasan nafsu yang mengelak dari melayan suami. Itu juga alasan kerana tidak faham apa itu ibadat. Sebenarnya melayan suami itulah sebesar-besar dan seagung-agung ibadat seseorang isteri. Pahalanya berganda-ganda. Menghiburkan suami adalah sebaik-baik amalan taqwa para isteri solehah.

Sedangkan wanita yang ramai itu bersikap celaka dengan suami masing-masing. Mereka gagal melayani suami semasa di dunia, maka api neraka tidak akan gagal membakar mereka di hari akhirat!! Apatah lagi jika sepanjang perkahwinan pun, suami tidak dipedulikan, tentulah selepas menopouse sikap tidak memperdulikan suami tambah berganda-ganda lagi.

Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan wanita Melayu terhadap suami masing-masing. Sikap mereka terhadap suami seolah-olah suami itu batang tunggul kayu. Suami tidak dipedulikan, tidak dihormati, tidak dirasakan perlu. Ada suami dengan tiada suami di sisi dianggap sama. Mungkin berpunca dari sikap suami itu sendiri, maka isteri menjadi liar dan sukar hendak diajak berunding.

Wanita solehah adalah wanita hebat. Mereka mampu melepasi ujian sikap suami dengan berlapang dada. Mereka mampu menjadikan suami sebagai pemimpin dan ketua rumah tangganya - walau selekeh mana sekalipun pada pandangan orang lain. Mereka menerima suami seadanya. Walau ada kelemahan tetapi tanggung jawab isteri kepada suami tetap dilaksanakan. Suami diberi layanan sehebat dan termampu yang mungkin. Selebihnya mereka akan sentiasa ampun dan maaf dari suami. Reda suami itulah yang diminta.

Mereka tahu bagaimana menyempurnakan keinginan seks suami sekalipun sudah lama menopousenya. Yang paling baik menghadiahkan suami dengan isteri yang lebih muda bertenaga untuk melayani keinginan suami yang tidak akan pernah merasa tua.

Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Ikatan perkahwinn yang sah adalah jalan syariat yang sangat menyelamatkan. Janganlah para isteri yang sudah tidak mampu melayani suami gagal mengusahakan suami berkahwin lagi. Berikan mereka peluang mendapat isteri yang mampu melayan keinginan seksual seorang lelaki yang tidak ada masa pencen itu.

Hal ini memang sangat digeruni para wanita menopouse. Takut sangat suami tidak tahan 'berpuasa lama' tanpa hidangan yang sepatutnya. Tentunya sudah lama siisteri maklumi tentang tabiat serta keghairahan seksual suaminya. Inilah yang mereka takut menghadapinya. Malanglah siisteri sanggup membiarkan suami menderita sebegitu. Lebih dahsyat isteri yang membiarkan suaminya mencari perempuan lacur bagi melampiaskan nafsu kelelakiannya!!!

Mohon maaf kepada para muslimah!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text