Social Icons

Khamis, 9 Oktober 2014

Bom Di B/Bintang: Kaji Semula Pusat Hiburan Jadi Pusat Maksiat..

Posted by Ibnu Hasyim

ANAK panah menunjukkan arah suspek membaling dua butir bom tangan ke arah pemandu Toyota Vellfire di hadapan sebuah pusat hiburan di Sun Complex, Bukit Bintang semalam


Ibnu Hasyim KUALA LUMPUR – Kerajaan diseru kaji semula kegiatan pusat hiburan yang lari dari matlamat hiburan asal untuk ketenangan bertukar menjadi pusat maksiat atau sarang yang melahirkan pelbagai kegiatan jenayah.

Demikian dinyatakan editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim di sini sebentar tadi. 

Kenyataan ini dibuat berikutan seorang joki kereta lelaki maut selepas terkena letupan sebutir bom tangan yang disasarkan pada salah seorang pengunjung pusat hiburan Cherry Blossom di bangunan Sun Complex, Bukit Bintang di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 4.25 pagi itu, mangsa, Tiong Kwang Yie, 36, yang berasal di Sibu, Sarawak maut pada pukul 10.20 pagi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Seramai 12 pengunjung pusat hiburan tersebut turut tercedera terkena letupan berkenaan terdiri daripada empat wanita dan lapan lelaki.

Enam daripadanya merupakan warga tempatan, empat warga China, seorang warga Singapura dan seorang lagi merupakan rakyat Thailand.

Dalam pada itu, Unit Pemusnah Bom berjaya memusnahkan satu lagi bom yang ditemui di lokasi kejadian letupan di Jalan Bukit Bintang, pagi Khamis.

Mangsa kejadian letupan bom yang enggan mendedahkan identitinya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di HKL petang Khamis.

"Sudah terkenal sekarang kebanyakan kegiatan-kegiatan jenayah datang dari pusat-pusat hiburan seperti pembunuhan, pelacuran, GRO asing, penyeludupan, dadah, kegiatan gangster dan kesalahan-kesalahan yang menghina kesucian agama-agama di negara ini." Kata Dr Hj Mohd Hasyim.

"Pihak bertanggung jawab perlu tangani segera, cari dan selesaikan punca masalah. Contohnya, kalau kawasan kotor banyak burung gagak, tak perlu tembak gagak, bersihkan kawasan itu, gagak akan tiada dengan sendirinya.

"Bersih dan betulkan matlamat pusat hiburan dari hal-hal bermaksiat dan jenayah.. Supaya jadi tempat hiburan yang sebenarnya demi keselesaan rakyat. Begitu sepatutnya.." Jelas Hj Mohd lagi. (IH)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text