Social Icons

Jumaat, 9 Januari 2015

Apakah Ungkapan Paling Utama Di Dunia Dan Akhirat?


Kalimah Syahadah


Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah 'La illaha ilallah Muhammad Rasulullah' dengan ikhlas maka wajib syurga baginya. Ditanya oleh para sahabat, 'Bagaimanakah ikhlasnya Ya Rasulullah?'

'Ikhlasnya ialah kalimah tersebut dapat menbentengi dirinya dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah subhanahua ta'ala.'

Hari ini manusia Islam yang pernah mengucapkan kalimah tersebut semakin ramai tidak dapat membentengi diri mereka dari perkara yang diharamkan oleh Allah ta'ala. Sebagai contoh kita boleh dengar dari percakapan mulut mereka sendiri yang menyatakan bahawa kereta serta rumah yang mereka duduki atau gunakan maseh berhutang dengan bank.

Kalau sudah namanya berhutang dengan bank sudah pasti pula terlibat dengan kadar faedah yang bank kenakan keatas mereka dan kadar faedah inilah yang dinamakan riba'. Sedangkan Allah ta'ala dan Rasul Nya telah mengharamkan riba'. Lalu makin ramai manusia mengamalkan riba'. Jikalau perintah Rasul dan perintah Allah ta'ala sendiri boleh diharungi maka kepada siapakah lagi tempat hendak bernaung di negeri akhirat. Bukankah perbuatan ini seolah-olah memerangi Rasul dan Allah ta'ala?

Perkara lain yang dapat kita lihat dengan mata sendiri ialah solat dan aurat. 

Dengann mudah kita dapat melihat ramai sekali manusia Islam yang melanggar arahan solat dan arahan menutup aurat. Dalam masjid sendiri masih ada wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, apatah lagi ditepi-tepi jalan akan kelihatan ramai wanita yang berjalan kaki atau berniaga barang makanan secara kecil-kecilan atau sederhana sedang mendedahkan lengan mereka walaupun rambut mereka bertutup dengan tudung yang berbagai warna dan gaya.

Pada hari juma'at jika dikira jumlah penduduk sesuatu kawasan dengan jumlah kedatangan jema'ah untuk menunaikan solat juma'at masih belum dapat membanggakan. Namun begitu Allah ta'ala masih Mengasihi hamba-hamba Nya. Di berikan Nya rezeki untuk setiap mereka walaupun mereka mengingkari perintah Nya.

Jadi tugas menentukan solat dan aurat dijaga dengan sempurna sebenarnya terletak atas bahu lelaki, sama ada lelaki itu bergelar abang, adek, pakcik, atok atau suami. Mereka inilah yang mesti memerhati wanita-wanita dalam tanggungan mereka agar sentiasa patuh pada solat dan menutup aurat dengan sempurna. Jikalau seorang perempuan itu sudah tiada suami maka tanggungannya kembali semula kepada walinya. Dan jikalau walinya itu abang kandung sendiri sudah pasti abang itu yang memikul segala-galanya. Begitu juga jikalau wanita itu tiada abang dan hanya mempunyai seorang adek lelaki yang sudah baligh maka adek lelaki itulah yang harus menjaga solat dan auratnya.

Jika seseorang wanita itu langsung tidak ada saudara lelaki dan bapa maka bapa saudaranya pula yang memikul tanggung-jawab tersebut, ini sesuai dengan siapakah yang akan menjkadi walinya ketika dia mahu menikah semula dengan lelaki lain. Dan apabila dia menikah semula dengan seorang lelaki maka lelaki yang bergelar suami itulah yang akan memikul masalah solat dan auratnya.

Untuk memastikan bahu yang memikul itu memikul dengan betul maka alim ulamak yang berada dalam sesuatu halakah itulah pula yang akan memastikan perkara itu dapat dilaksanakan. Jikalau alaim ulamak cuma duduk dalam dinding kemashurannya dan hanya orang tertentu sahaja yang datang atau berada disekelilingnya maka kita akan melihat fitnah yang serupa seperti fitnah komunis yang melanda Kirzigstan akan melanda negeri serta negara kita dimana anak-anak hafis, anak-anak alim ulamak sendiri yang akan membunuh bapa-bapa mereka. Akhirnya agama akan hilang.

Untuk memelihara agama ini daripada hilang maka haruslah orang-orang yang berada dibalik tembok atau pagar maktab atau sekolah tahfiz, dibalik pagar atau tembok masjid keluar menemui orang awam dan ajak mereka datang ke masjid. Barulah agama tersebar dengan kehendak Allah s.w.t. kerana Allah ta'ala begitu gembira jika alim ulamak sama-sama membuat kerja yang mengharapkan gajinya dari Allah ta'ala.

La haula wala quwwata illa billah..

KREDIT SUMBER; BLOG TOK WAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text