Sebaik maghrib tadi, habislah waktu Hari Tasyrik. Tidak ada lagi takbir raya ini sehinggalah Syawal akan datang. Tidak ada lagi ibadah korban untuk tahun ini. Tunggulah setahun lagi.
Hari raya Aidil Adha kali ini Pak Lang sambut dengan ingatan pada pengalaman mengerjakan haji tahun lepas. Itulah pengalaman pertama dan menarik. Sebelum ini semasa di Mesir di tahun 1992, Pak Lang hanya dapat mengerjakan umrah bersama aruah isteri dan anak. Kami menaiki feri penumpang yang sarat dengan jemaah haji dari Mesir di Pelabuhan Nuwaibak, Mesir menuju ke Jeddah, Arab Saudi. 3 hari 3 malam kami menempuh ombak besar melintasi laut Merah yang penuh sejarah. Bayangkan ketika turun memijak kaki di bumi Jeddah, badan masih terasa bergoyang bagai masih di dalam feri!!
Tahun ini Pak Lang agak sibuk dengan persiapan Majlis Pelupusan Bahan Menyalahi Fatwa di BCH. Jadi Pak Lang tidak sempat menyaksikan lintas langsung wuquf di Arafah tetapi kenangan setahun lalu tetap muncul di ingatan. Pak Lang coretkan di sini sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama anak cucu yang belum pernah ke tanah suci.
Haji adalah pendorong kembali mengingat sejarah pengorbanan dan perjuangan. Haji sebenarnya membawa hati menuju Tuhan. Semua yang ditempuhi sepanjang mengerjakan haji adalah proses khusus dari Tuhan untuk setiap individu merasainya - agar terasa dirinya adalah milik Tuhan dan tidak akan terlepas dari cengkaman kuasa TUhan. Ianya sepatutnya sangat menginsafkan.
Inilah yang Pak Lang lalui. Bermula dengan wuquf di Arafah berhampiran Masjid AnNamirah sangatlah menguji. Bayangkan untuk bergerak menuju masjid tersebut dari hentian kenderaan yang menghantar kami akan memakan masa lebih 2 jam. Jaraknya tidak sampai 1km tetapi lautan manusia menjadikan pergerakan terlalu sedikit. Manusia penuh sesak dengan teriakan membising di sana sini. Berhimpitan dan bersesak-sesak itu kadang kala menjadikan tubuh Pak Lang yang kecil ini terangkat tanpa dapat memijak tanah!!
Manusia dengan khemah masing-masing, memacaknya ikut suka hati. Jalanraya yang seluas lima lorong jadi sempit kerana di kiri kanannya penuh dengan khemah para hujjaj berwuquf. Waktu Zohor yang dinanti jadi sulit bilamana wudhu sudah terbatal. Maklumlah dalam kesesakan tadi, tersentuh ramai wanita ajnabi sudah tidak dapat dielakkan. Apatah lagi Pak Lang memang jenis tidak dapat bertahan lama dengan wudhu. Maka berjalan ke tandas awam juga memakan masa sedangkan menunggu deretan manusia di depan pintu tandas lebih memakan waktu. Di hadapan kita puluhan orang sedang menanti giliran. Ada 10 pintu tandas semuanya dan setiap depan pintu itu ada 20 ke 30 orang sedang berbaris menunggu!!
Solat Zuhur dan Asar Jamak Taqdim di tengah panas terik dalam pakaian ihram berlapikkan kain pelikat sebagai sejadah. Ianya ujian mengerjakan ibadah dalam suasana yang sesak, sampah dan debu serta hiruk pikuk manusia sekeliling. Suasana bising jadi semakin kurang dan senyap bila Imam mengangkat takbir. Untuk pengajaran apakah Tuhan perlakukannya kepada semua hujjaj? Tentunya ada proses Tuhan untuk semua yang bersusah payah datang mengerjakan haji terutama terhadap diri Pak Lang.Terima kasih pada Puan Ibu Hatijah yang memberi tugasan pada Pak Lang dalam musim haji tersebut.
Masjid AnNamirah terletak di sempadan tanah haram dan tanah halal. Bahagian tanah halal adalah kawasan Arafah manakala tanah haram hingga ke Mekah itu dimulai dari Lembah 'Uranah. Ianya mengingatkan tempat di mana Baginda Rasulullah saw mengerjakan Haji Widak dan menyampaikan khutbah terakhir Baginda SAW di situ.
Pak Lang dan orang-orang yang bersesak itu mengerjakan haji tanpa pakej tertentu - tanpa khidmat muassasah dan tentunya tanpa bayaran!! Jadi bayangkanlah kesulitan yang ditempuh berbanding yang disediakan khemah oleh muassasah. Apa pun musim haji tetaplah tempat Tuhan menguji hamba-hambaNya. Walau sampai ke Mekah dengan pakej VVIP sekalipun, ujian tetaplah datang tanpa di duga. Itulah pengalaman ramai yang merasainya.
Jika wuquf sudah sangat berat dan bersesak-sesak, perjalanan ke Muzdalifah yang hanya 6 km jaraknya mengundang kepayahan yang tersendiri. Walaupun menaiki bas, pergerakannya sangat sedikit. Hanya beberapa inci setiap beberapa minit!! Hasilnya kami turun di Muzdalifah ketika hampir subuh. 7 jam untuk 6 km!!
Selepas subuh kami melihat manusia memutih di bukit sekitar Muzdalifah. Bukannya mereka mengutip batu tetapi mencari ruang di sebalik bongkah-bongkah batu untuk membuang air besar!! Bayangkan ribuan manusia dalam samar-samar subuh berkeadaan sedemikian! Itulah kelompok manusia yang datang dari negara Pakistan, India, Bangladesh atau Burma.
Sekalipun tandas disediakan mencukupi, mereka lebih selesa buang air besar dengan cara tradisional - sekurang-kurangnya itulah gaya mereka di negara masing-masing. Tidak tahulah bagaimana mereka menguruskan kesucian (thaharah). Tetapi setelah lama kita bergaul dengan mereka, tahulah kita betapa lemahnya amalan Islam yang dilakukan mereka. Hal-hal asas Fardu Ain atas apa mazhab sekalipun sangat minima. Lebih jahil dan keliru. Mereka hanya buat meniru-niru. Tidak ada kefahaman apatah lagi penghayatan... Apa yang mereka tahu, menangis melolong-lolong minta ampun dengan Tuhan!! Masya Allah!
Kami solat Subuh di celah-celah manusia ramai berlapikkan tikar kecil gulung dan kain pelikat. Alam luas dengan langit Muzdalifah yang terang membuatkan diri rasa kerdil di depan kebesaran Tuhan. Syeikh Mohd In'amullah yang mengimamkan solat. Gaya tenang dan bacaan tartilnya ketika menjadi imam melupakan kami dari hiruk pikuk manusia yang lain.
Sebaik selesai, kami berhenti untuk membeli roti dan teh panas. Kami bersarapan mengumpul tenaga berjalan kaki menuju Mina. Kami bercadang menyelesaikan Tahallul Awal iaitu melontarJamrah Al-Aqabah, bercukur / menggunting rambut dan bersegera balik ke Mekah untuk tawaf (Tahallul Thani). Maka selesailah Tahallul. Kami akan boleh membuka pakaian ihram dan melakukan mabit di mina serta melontar ketiga-tiga jumrah dengan pakaian biasa. Tentulah ianya lebih selesa. Tidak banyak pantang larang yang perlu diawasi.
Perjalanan dari Muzdalifah ke Mina itu rupanya lebih dahsyat. Bayangkan 3 juta jemaah haji sedang menuju tempat yang sama dan melalui jalan yang sama. Kesesakannya luar biasa dan dahsyat!! Terbayang Padang Mahsyar...nafsi nafsi dan setiap orang berhempas pulas untuk menapakkan kaki ke hadapan.
Kalau di Arafah, lapangan untuk berwuquf sangat luas dan lapang. Merata tempat boleh di duduki bahkan boleh berdiam diri dalam khemah yang berhawa dingin bagi yang mengambil pakej muassasah. Di Arafah - walaupun sudah sesak, belumlah sesulit mana tetapi berjalan kaki ke Mina sangat-sangat menguji. Dalam sesak itulah Pak Lamg terpisah dengan kawan-kawan dan vip yang kami ditugaskan membantunya. Apa boleh buat, Tuhanlah yang melakukannya untuk Pak Lang.
Lautan manusia dalam perjalanan menuju ke Mina
Jarak Muzdaifah dan Mina tidaklah jauh. Kita akan bersama lautan manusia yang berpakaian serupa dengan kita. Terkelip sedikit sahajapun, kita akan sukar mencari kawan-kawan yang sama-sama bergerak ke sana. Itulah bermulanya kami terpisah. Lalu Pak Lang menempuhnya sendirian. Di tengah lautan manusia yang berombak-ombak itulah Pak lang hanyut sunyi sendirian. Dengan mulut melafazkan takbir, hati berbicara dengan Tuhan pencipta atau berbisik kata dengan Rasulullah SAW, suasana terhimpit-himpit itu dapat dilalui dengan tenang.
Asakan manusia tidak terasa sedangkan kain ihram yang baru dipakai semalam sudah bertukar warna. Kain putih itu sudah basah dan comot dengan daki serta peluh bercampur debu. Hitam dan kelabu menggantikan warna asalnya. Panas mentari jam 9 pagi itu sudah mula menghangitkan peluh yang keluar bagai sedang mandi.
Yang sangat teruji ialah pada lelehan peluh warga Afrika yang bercampur dengan peluh kita. Maklumlah rapatnya satu sama lain menjadikan tubuh kita dengan tubuh orang lain bercampur peluh. Ianya tambah melekitkan. Pak Lang merelakannya Tuhan yang maha mengetahui ingin membuang ego yang wujud bersarang di dalam diri selama ini. Ianya proses yang Tuhan paksakan. Kalau ikutkan hati sangatlah ingin mengelak dari menempuh situasi sebegini.
Berada sesak di tengah berjuta manusia, diri kita sebenarnya terproses untuk rasa kerdil dan hina. Tidak ada apa yang dapat dibanggakan. Tuhan boleh lakukan kita terjatuh dan dipijak-pijak orang. Tidak ada orang yang sanggup ambil risiko untuk tunduk dan mengangkat kita kerana mereka akan turut dipijak. Lalu kematianlah yang mudah terjadi.
Arus manusia terarah menuju Jamratul Aqabah. Lencongan jalannya menjadi jauh yang tujuannya mengelak kesesakan berganda bila sampai tempat melontar. Harapan Pak Lang untuk bertemu semula dengan kawan-kawan yang terpisah sudah tidak ada. Apa pun, Pak Lang mesti menempuhnya 'seorang diri'.
Selesai melontar, Pak Lang mengambil keputusan segera bergerak ke Mekah. Maksudnya dengan berjalan kaki!! Wang yang disimpan pada Syeikh In'am menjadikan beg bimbit Pak Lang hanya tempat simpan dompet, telipon bimbit dan Blackberry. Itupun kedua-duanya sudah kehabisan bateri. Kad ATM pula tentu tidak ada ertinya di situ. Walaupun tidak ada wang, Pak Lang 'ada cara' untuk naik kenderaan ke Mekah tapi Pak Lang memilih untuk merasa berjalan kaki seperti orang lain. Sebenarnya naik kenderaan pun taklah secepat mana. Jalan sesak dan jem menjadikan lebih banyak masa untuk tidur dalam kenderaan atau menjadi bahan jemuran mentari yang terik jika terpaksa duduk di atas bumbung bas atau van.
Pengalaman berjalan kaki rupanya menarik. Tidaklah terasa jauhnya walaupun jarak yang ditapaki antara Muzdalifah ke Mina 7km dan Mina ke Mekah 7km. Kesemuanya lebih kurang 14km. Pak Lang sampai ke Mekah sudah hampir Zohor. Lapar dahaga ujian Tuhan yang lumrah tapi sesampai di Mekah sudah ada mesin ATM yang dapat digunakan. Sebaik selesai Zohor, Pak Lang menyelesaikan tawaf yang tentunya masih dalam keadaan berjalan kaki. Rasanya hari itu Pak Lang sudah berjalan kaki lebih dari 18km.
Demikianlah coretan Pak Lang ketika mengerjakan haji tahun lepas. Penghayatan rasa perlukan pengawalan diri menempuh pelbagai kesusahan dan kesulitan. Tanpa anugerah Tuhan, seseorang yang mengerjakan haji, hanya pergi melancong dan berjalan-jalan makan angin. Sepatutnya ibadah haji memberi kesan pada hati dan peribadi. Sepatutnya ibadah haji menjadi titik tolak berlakunya perubahan diri. Ibadah yang dilakukan, baca Quran dan zikir yang dibaca dengan lebih rasa khusyuknya sepanjang mengerjakan haji (ketika wuquf dan mabit) sepatutnya menjadi pendorong untuk kekalkan rasa ingatkan Tuhan selepas balik dari Mekah.
Pak Lang sangat merasakan ibadah haji adalah proses Tuhan mengasak hati dengan pelbagai cabaran. Ianya ibadah yang memerlukan kekuatan atau keupayaan fizikal. Dalam keadaan penat, letih lesu dan tidak bermaya, hati perlu digantungkan kepada Tuhan. Banyak yang Pak Lang pelajari dan insafi. Sungguhlah haji itu boleh menjadi titik tolak perubahan hati kita terhadap hidup dan kematian. Hati menjadi pendorong ingatan kuat kepada huruhara Akhirat dan Mahsyar.
Pak Lang balik ke kediaman bertemu Puan Ibu Hatijah dengan satu keazaman ingin terus bersama beliau menjayakan hasrat menggemilangkan sistem hidup Islam, mencintai Allah dan Rasul. Semoga Tuhan rezekikan Pak Lang melepasi cabaran-cabaran seterusnya terutama ketika GISB HOLDING akan bergelanggang kerjasama bersama JAKIM dan JAIS serta pihak kerajaan.

0 ulasan:
Catat Ulasan