Hairan sungguh dengan puak penagih dadah. Mereka termasuk manusia aneh, pelik dan 'ajaib'. Mereka sudah berubah menjadi binatang. Manusianya hanya pada tubuh badan tetapi hakikat dirinya adalah haiwan. Cuma mereka adalah 'binatang' yang tidak boleh disembelih. Sebaliknya mereka sedang 'menyembelih' diri mereka sendiri.
Penagih dadah ini, jika dibiarkan begitu sahaja, mereka akan mati beragan. Malangnya sebelum mati, mereka akan bermaharajalela dengan muncuri, merompak, membunuh, menyamun dan sebagainya demi menukarkannya dengan dadah. Inilah yang menyusahkan masyarakat dan negara. Dadah merosakkan individu dan merosakkan masyarakat.
Kuasa dadah rupanya sangat dahsyat. Dengan pelbagai jenama, dadah muncul menjadi industri haram yang berupaya menjalankan urusniaganya di seluruh pelusuk dunia. Ketulan dadah berjaya diseludup melalui kontena di dalam kapal-kapal, ruang kargo di dalam kapal terbang, di dalam kotak-kotak penghantaran cepat dan sebagainya.
Semua pemeriksaan pihak keselamatan berjaya dilepasi satu persatu. Itu semua tidak termasuk penggunaan 'kaldai dadah' - manusia yang diperdayakan membawa beg-beg berisi dadah melepasi pemeriksaan ketat di lapangan terbang seluruh dunia.
Untuk
membawa dadah ke luar negara, cara popular mereka ialah memasukkan
dadah yang sudah dibalut kemas ke dalam lubang najis (dubur). Kaedah
lain pun tersangat banyak dan kreatif. Sebahagian besar, dapat menipu
dan memperdayakan pihak berkuasa. Yang kena tahan memang ramai tetapi
yang terlepas pun ramai. Kalau kena tangkap, nasiblah tapi kalau lepas,
tentulah banyak ganjarannya!
Bisnes dadah berupaya mengkayakan seseorang sekelip mata. Berani buat berani tanggung. Jika terlepas dari ditahan pihak berkuasa, sudah pasti mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Walaupun setiap bisnes ada pasang surutnya tetapi bisnes dadah tidak pernah tidak ada permintaan.
Pembeli dan pembekalnya ada di mana-mana. Mudah pula mencarinya. Di beberapa negara, polis atau pihak berkuasa pun sudah berjaya dibeli oleh mafia dadah. Pengaruh dadah yang menjanjikan kekayaan luar biasa menjadikan ramai yang sanggup hidup senang lenang di atas kesengsaraan orang lain. Ramai yang sanggup mengambil risiko demi mendapat untung luar biasa.
Jangan tidak tahu bahawa di sebalik rangkaian pengedaran dadah terancang ini semua adalah yahudi - musuh utama umat Islam. Mereka merencana, mengeluarkan dan memastikan kehancuran umat manusia terutama remaja muslim melalui dadah adalah satu kerja jahat yahudi yang berterusan.
'Pakar-pakar' penyelidikan dadah mereka sentiasa 'advance' dalam mengeluarkan produk dadah sintetik. Ini adalah dadah dunia moden yang berupaya mengubah manusia menjadi binatang sekelip mata - dengan berbagai hasil tindakan - kesan dadah tersebut - yang diluar jangkauan manusia biasa.
Semua negara mengharamkan pengedaran dadah dengan dua hukuman mandatori samada penjara seumur hidup atau hukuman mati. Ancaman hukuman sebegini, tidak berupaya mengendurkan kerja-kerja jahat mereka. Kuasa dadah itu benar-benar menguasai dunia masa kini. Tidak ada negara yang bebas dari dadah. Semakin kaya dan berkuasa, gejala dadah akan mengiringi pencapaian mereka. Bangunan hebat mencakar langit, manusia rosak menjadi menjadi haiwan lantaran dadah.
Kuasa dadah menghilangkan kewarasan akal sihat. Mereka sudah tidak pedulikan nasib diri. Merosakkan diri dengan dadah adalah aktiviti rutin. Dengan setia mereka akan menyucuk tubuh dengan jarum. Sedar dan insaf hanya datang ketika dadah sudah masuk ke dalam saluran dadah. Ketika 'high' - merasa di awang-awangan itulah mereka - yang masih beriman - akan rasa bersalah.
Kemudian apabila kesan dadah sudah habis, ketagihan pun datang semula, mereka akan jadi binatang yang sanggup buat apa saja demi mendapatkan dadah yang diinginkannya.
Kuasa dadah mendorong penagihnya sanggup bertindak apa saja. Bila kita kurung penagih dadah, mereka masih berupaya mendapatkan bekalan dadah. Dari mana mereka mendapatkannya sukar untuk difikirkan tetapi itulah kuasa ketagihan dadah. Ianya mampu mengubah seseorang bodoh menjadi cerdik dan pintar.
Sebab itu bila seseorang penagih dadah dikurung di dalam penjara besi, kuasa dadah mampu membuatkan dia masih dapat bekalan dadah. Kalau setakat kurungan biasa, mudah sangat mereka lepaskan diri. Di dalam penjara pun mereka mampu mempengaruhi warden penjara untuk menjadi pembekal dadah untuk mereka. Hebatnya kuasa dadah dalam mempengaruhi manusia lain.
Jadi ambillah ini sebagai iktibar. Kalau penagih dadah boleh menjadi manusia kreatif dan punyai 'kekuatan jiwa', bagaimanakah pula dengan kita yang berjanji untuk menyerah hidup mati kepada Allah dan rasul?
Kalau dadah menjadi sumber motivasi kepada penagih dan pengedar dadah, apakah sumber motivasi untuk kita orang beriman? Kalau kesan dadah boleh menjadikan seseorang sedemikian kuat 'jiwa-juangnya', kesan apakah yang kita perlukan yang mampu mengatasi kesan yang boleh dicetuskan dadah?
Sebenarnya kemahuan dan keimanan yang kuat itu mampu mencetuskan kesan yang lebih luar biasa. Ianya akan lebih besar kesannya berbanding dadah. Tambahan lagi kesan iman ini sangat selamat dan menyelamatkan berbanding kesan dadah yang rosak dan merosakkan.
Iman yang kuat - berpunca dari rasa takut Tuhan sebenarnya mampu menjadi pendorong yang lebih hebat. Tetapi ianya bukanlah mudah. Rasa yang dimaksudkan ini ialah rasa yang wujud di dalam hati. Rasa sebegini mesti diusahakan sehingga ia sangat mempengaruhi diri. Pembenihan rasa ini sebenarnya hanya dapat berlaku di dalam sembahyang.
Sembahyang yang khusyuk itu ialah sembahyang yang mempunyai rasa takut Allah dan rindu Nabi; Takutkan Allah dan rindukan Nabi menjadi suatu yang wujud bersangatan di dalam hati apabila ianya dihayati sepenuh jiwa. Rasa takut dan cemas dengan Allah itu wujud dengan pelbagai elemen yang mendorong makin ingat Tuhan, makin rasa takut.
Kematian dan neraka adalah antara perkara yang mampu mencemaskan dan membimbangkan hati. Jika semuanya dibina, diingati sepenuh jiwaraga, rasa cemas akan makin membekas. Ianya akan begitu mendorong membaiki diri dan berhati-hati takut berbuat dosa. Jika bayangan mati dan neraka dapat dikekalkan dalam ingatan hati, pastilah akan ada perubahan dalam diri kita.
Begitulah juga dengan rasa rindukan Nabi SAW. Rasa sayangkan Baginda Nabi SAW itu akan mendorong seseorang sanggup berkorban apa saja. Sikap mengutamakan orang lain sangat bermakna di sisi Tuhan apatah lagi jika sanggup berkorban untuk semulia-mulia makhluk ciptaan Tuhan. Bukankah Nabi Muhammad SAW itu kekasih Allah.
Bayangkan kalau setiap hati sangat merindui Baginda SAW. Mereka akan sanggup mati demi membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW. Inilah sejarah yang terjadi di kalangan sahabat dan salafusoleh. Kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW menjadi pendorong untuk mereka berkorban, berjuang dan berjihad.
Ianya menjadikan para sahabat mampu mentaati semua perintah dan arahan Baginda SAW. Rasa inilah yang mendesak-desak mereka berbuat apa saja. Mereka sanggup diarahkan untuk ke mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Pengorbanan dengan melepaskan segala kepentingan diri dan keluarga menjadi bukti unggulnya rasa luar biasa ini yang mereka miliki.
Sejarah mereka menjadi kayu ukur sejauh mana proses yang perlu kita tempuh bagi mendapatkan rasa takut Allah dan cinta Nabi. Tahap rasa takut dan rasa cinta itu bukanlah sembarangan. Ianya adalah rasa yang kemuncak dan tertinggi.
Tahapnya sampai dikatakan seperti 'orang gila'. Inilah harapan dan cita-cita kita. Hanya perasaan 'gila' sebegini sahaja yang akan mampu menandingi keupayaan yang dicetuskan dari gila ketagihan dadah. Takut Allah dan cinta Nabi itu membahagiakan sedangkan ketagih dadah itu menjijikkan.
Jika yahudi menggunakan dadah merosakkan remaja kita, kita tidak ada pilihan melainkan melakukan proses tarbiyah dan didikan rohani bagi mencetuskan sehebat-hebatnya rasa takut Allah dan rindu Nabi ini. Ini bukanlah teori atau ungkapan di awangan. Kami sedang berusaha merealisasikannya di kalangan remaja GISB dahulu.
Melalui berselawat, sembahyang yang khusyuk dan proses didikan jiwa, seseorang boleh dicetuskan cahaya rasa takut Allah dan rindu Nabi dalam kehidupan sehariannya. Jika kita lakukan ini semua sepenuh hati kita - dengan menggembeling seluruh tenaga, upaya dan segala-galanya, takkanlah Tuhan akan mensia-siakan kita. Kita hanya mampu berusaha tetapi dalam usaha kita, lakukanlah semaksima mungkin kerana janji kejayaan dari Tuhan adalah untuk sesiapa yang bersungguh-sungguh.
Sesungguhnya rasa takut Allah dan cinta Nabi ini adalah perasaan yang indah anugerah Allah. Hanya Allah, sumber mendapatkan anugerah itu. Beruntunglah sesiapa yang dipilih Allah bagi menerimanya di zaman ini kerana ianya adalah apa yang Tuhan lakukan kepada Baginda, para sahabat serta salafusoleh.
Inlah jalan kebenaran dalam memperjuangkan apa jua cita-cita perjuangan dan dalam menangani apa jua masalah. Inilah juga satu-satunya penyelesai masalah sosial di kalangan remaja kita terutama gejala dadah. Janganlah terpengaruh dengan teori dan kaedah yang lain kerana semuanya sudah terbukti gagal dan gagal. Semoga Allah rezekikan kita semua mendapatkan rasa yang amat berharga ini!
Ya Allah tolonglah kami!!
0 ulasan:
Catat Ulasan