Ini adalah kisah seorang anak kecil berusia 13 tahun yang boleh diteladani. Anak-anak dan remaja GISB yang dididik dengan jiwa perjuangan kena baca kisah-kisah sebegini untuk melihat dunia luar yang pelbagai ragam. Semoga ada banyak perkara yang dapat diambil iktibar!
Bacalah!! KLIK UNTUK SUMBER
Maghrib semalam
adalah kali ketiga aku bersolat di Surau di Hentian Bas Masai. Pakcik
yang aku cerita hari tu pun masih ada di situ. Tapi kali ini aku tidak
bercadang untuk menceritakan tentang pakcik tu. Ada insan lain yang
ingin aku ceritakan.
Aku sampai
di surau tu semalam mereka sudah pun solat di rakaat kedua berimamkan
pakcik yang aku ceritakan hari itu. Semalam ada seorang makmum cilik
yang berseorangan di saf kedua. Selesai ambil wudu’ aku pun berdiri di
sebelah dia dek kerana saf pertama telah pun penuh. Usai bersolat dia
menghulurkan tangan sambil tersenyum. Salam di sambut dengan senyuman.
Aku sukakan senyuman itu. Aku tertarik dengan budak kecil ini.
Aku nak
berdiri je dia mencapai raga di sebelah dia dan bertanya kat aku abang
nak beli kuih? Kan hati aku sudah tertarik. So aku pun cakap kat dia.
Boleh tapi kat luar ye. Tak elok dalam surau ni. Kat luar tu dia
menunjukkan kuih yang berbaki dalam bakul dia. Ada 5 ringgit lagi
katanya. Mengenangkan dalam dompet ada 2 keping not seringgit dan
sekeping not RM50 maka aku memilih untuk membeli 2 ringgit je. Kedekut2. Hehe.
Aku tanya
dia dah makan ke belum? Dia jawab dah makan dah petang tadi. Tapi memang
niat aku nak sangat ajak dia makan sama2. Nak borak lagi panjang.
Kerana apa? Kerana aku sudah tertarik untuk kenal dia lagi dekat. Lupa
nak cakap. Dia kata dia jual kuih untuk tolong emak dia. Kesian emak dia
katanya. Waaaa... Kesian....
Pada
mulanya dia menolak untuk menerima pelawaan aku. Tapi aku buat la ayat
pancing sikit. Nak burger tu tak? Abang beli kan. Nanti boleh abang
pecah duit ni beli kuih adik? Akhirnya dia setuju. Lepas tu aku pandang
kat sebelah sana pula ada gerai makan. Ke nak yang ini? Dia kata sini
mahal. Kesian abang nanti. Aku cakap takpe. Padahal situ murah je pun.
Nasi lemak RM1.50 je. Hehe. Maka kat sini la aku berpeluang tanya macam2
kat dia yang menambahkan lagi kekaguman aku kat budak ni.
Nama budak ni Zamani. Umurnya 13 tahun. Baru je masuk kat sekolah Maahad tahfiz kat area Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang. Abang
sulung kepada 4 adik beradik. Adiknya ada yang berumur 12 tahun dan
sudah tak dapat disekolahkan kerana tak cukup duit. Insyaallah nak
dimasukkan ke sekolah tahfiz tu juga nanti. Ada seorang yang dah darjah
dua kut. Yang ni bersekolah. Lagi sorang baru tak sampai setahun.
Ayahnya buat masa sekarang tak kerja sebab mata rosak sebab kena api
time welding. Insyaallah dah nak sembuh dan boleh kerja balik sebagai
welder. Emaknya pula tak bekerja dan duduk rumah. Buat kuih untuk dia
jual waktu petang selepas dia balik sekolah.
Bila
ditanya dah berapa lama jual kuih ni. Rupanya sudah lebih setahun dah
pun. Setiap hari memang dia akan berusaha habiskan kuih yang bernilai
RM30 tu. Kesian kat mak katanya. Tak nak mak susah. Aku tanya juga semua
duit ni bagi kat mak ke? Dia jawab ye. Takde upah pun. Nak tolong mak
katanya. Hebat nya budak ni. Masih terlalu kecil untuk mengerti tentang
tanggungjawab. Tapi dia dah sampai ke tahap tu. Kagum. Lagi satu.
Rupanya dia sudah pandai memasak. Kalau pagi2 mak dia tak sihat or
bangun lambat ke. Dia yang akan memasak sendiri untuk dijadikan bekal
pergi sekolah. Amacam gadis2 di luar sana? Tak tercabar ke?hehe
Tentang
agama pulak. Aku tanya sejak bila start pandai solat. 6 tahun jawabnya.
Dan tak tinggal pun solat tu. Tanya pula sejak bila pandai baca Al
Quran. Seawal darjah 2 sudah khatam dan sekarang dah 5 kali khatam!
Terfikir juga aku sape yang ajar semua tu. Ayah dia yang ajar jawabnya.
Aku mula membayangkan pekerti ayah dia. Moga berpeluang untuk berjumpa
satu masa nanti. Saje je aku tanya pernah puasa sunat tak? Aku
membayangkan budak usia macam dia memang puasa wajib je tahu. Rupanya
dia cakap ada jugak dia puasa sunat. Biasanya hari khamis. Tentang ayat
al quran yang dia dah hafaz pula dia kata setakat ni baru surah yassin
je. Baru je mula sekolah tahfiz tu. Cuba jawab kat aku. Macam mana
keadaan kanak2 di sekeliling korang? Secara jujurnya anak sedara aku
semuanya tewas.
Aku ada
juga bertanya tentang orang yang belajar kat sekolah tu. Ada la dia
cerita tentang budak2 yang belajar situ. Tapi aku tertarik bila dia
cakap ada yang dapat sambung ke Mekah. Dia pun nak sambung belajar kat
sana. Dia nak pergi ke Mekah. Tiba2 terpacul dari mulut dia “cita2 saya nak jadi ustaz”. Waaa...... Mana nak jumpa budak2 zaman sekarang yang begitu jelas cita2nya nak jadi seorang ustaz.
Dari sudut
akhlak budi pekerti pula memang aku boleh bagi A kat si Zamani ni.
Cakap sentiasa lemah lembut. Tak putus2 dia ucap “ Terima kasih bang”.
Banyak kali pulak tu ditambah dengan intonasi yang lembut dan sopan.
Adoi. Nak je aku jadikan adik angkat. Hehe. Dengan muka yang comel dan
sentiasa tersenyumnya. Wajah yang bersih berketayap putih. Terdetik nak
ambil gambar dia. Tapi apakan daya. Handphone gua murah je bro. Takde
kamera. So simpan je la hasrat tu.
Aku nak
sangat terus keep in touch dengan budak ni. So aku pun tanya la kut
ayahnya ada nombor telefon ke. Takde. Mak nye pun takde. Adoi. Camne la
nak jumpa lagi. Tapi dia memang setiap petang ada kat situ jual kuih
katanya. Kecuali hari ahad. Insyaallah boleh jumpa lagi lepas ni
katanya. Aku harap sangat boleh berjumpa lagi. Teringin untuk melawat
rumah dia. Teringin nak tengok dia membesar menjadi seorang Ustaz kelak.
Pertemuan
kami berakhir semalam dengan ucapan “terima kasih bang” dari Zamani. Aku
offer nak hantar dia ke rumah. Tapi dia menolak. Emak dia tak bagi
katanya. Lagipun mungkin dia ambil langkah berjaga2 kut. Mana la tahu
kut aku ni dari sindiket jual budak ke. Hehe. Tapi memang aku nak tau
sangat rumah dia kat mana. Ada la dia bagitahu arahnya. Jadi aku pun
pergi la pusing kat area yang di cakap tu. Aku rasa aku tahu dah area
rumahnya. Nama dah tahu. Area rumah tahu. Sekolah tahu. So peluang untuk
aku cari dia lagi lepas ni agak besar la kan? Moga2 la...
Keseluruhannya,
Aku sangat simpati dan kagum dengan Zamani ni. Sangat sukar untuk
berjumpa dengan budak macam ni dah zaman sekarang ni. Umur baru 13
tahun. Tapi dah berfikiran mengalahkan orang sebaya aku. Lagi satu.
Mungkin ayah dia tak mampu menyediakan PS2, handphone, baju cantik dan
macam2 lagi yang diinginkan oleh kanak2 sebaya Zamani. Tapi aku yakin
ayah dia telah berjaya menyediakan apa yang perlu untuk membentuk anak
yang mengikut acuan yang sepatutnya.
Akhirnya.
Cuba kita refleksi diri. Hitung diri kita balik. Dari segi pengorbanan
kepada keluarga. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi
pembacaan Al Quran. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi
budi pekerti. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi puasa
sunat. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi penjagaan
solat. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Kita ada segalanya untuk
melengkapkan diri kita itu. Tetapi kenapa orang yang tidak ada sperti
Zamani yang mampu lebih hebat dari kita? Jawapannya.... Kerana orang
yang ada ni SANGAT JARANG BERSYUKUR. Kita tidak memanfaatkan apa yang
kita ada dalam erti kata untuk menzahirkan kesyukuran...Moga kita lebih
bersyukur selepas ini.
Mari menyukat diri kita dengan meletakkan Zamani sebagai sukatan piawainya.
0 ulasan:
Catat Ulasan