Social Icons

Rabu, 10 Februari 2016

Ajaibnya Doa Di Tanah Suci

KEAJAIBAN DI TANAH SUCI...

Sebenarnyer kisah ini terjadi pada diriku sendiri... Lihat keajaiban berdoa dan pembalasan jika kita mengeluh..

Setiba nya di mekah..ketika melakukan umrah pertama.. Ku lihat begitu ramai orang yang sedang bertawaf , sedang solat, sedang melakukan amalan walaupun jam menunjukkan jam 1 pagi.. Penuh lautan manusia.. Hari pertama aku dah kagum , lain rasanya lihat di tv dan datang sendiri.. Hatiku tenang..

Syukur Alhamdulillah Allah izinkan dan panggil aku sendiri... Aku lihat sendiri depan mata orang berebut2 mencium hajar aswad.. Peluk kaabah solat dalam keadaan orang sedang keliling melakukan tawaf... Keadaan pelbagai ragam manusia.. Dan aku lihat sendiri dalam kekalutan tu ramai muka2 yang tenang .. Masyaallah... 

Ustaz berpesan kepada jemaah.. Orang  Malaysia antara orang yang sgt bersopan di MEKAH, Jadi Janganlah Kita beribadah tapi menyakiti orang lain, bertolak dan merempuh atau berebut-rebut... Walaupun begitu, Ada tersirat di dalam  hati nak melihat sendiri keajaiban Allah swt.. 

Keesokkannya semasa makan-makan, ayah berpesan berdoalah jika mahukan apa-apa, ditanah suci ni makbul doa.. Yakin Allah bantu.. Dan ayah cerita keajaiban yang berlaku pada ayah.. Menitik air mataku.. Belum aku experience sendiri.. Dah menangis... Huh!!! .... 

Aku berazam nak cium hajar aswad.. Aku berazam nak buat semua yang rasulluah buat walaupun ia hanya sunnah bukan kewajiban.. Aku nekad nak menjadi yang terpilih... 

Keesokkan pagi selepas solat subuh aku tertidur lepas sarapan kepenatan.. X baik sebenarnyer tido kan lepas subuh.. Allah tak suker.. Tapi ustaz berpesan , jika ingin meredakan kemurkaan Allah bersedekah lah... Jika kita sedekah terus  hilang kemurkaan Allah.. Masyaallah... 

Jam 9 pagi aku menuju ke kaabah.. Berzikir , bersedekah dan berniat utk buat segala sunnah seperti rasulullah buat... Setibanya aku terus solat hajat dan solat dhuha semoga niat ku dipermudahkan.. Waktu tu keyakinan pada pertolongannya walaupun aku tahu lauatan manusia yang perlu kutempuh... 7 pusingan tawaf sunnat dah ku buat.. 

✅ SOLAT DI MAKAM IBRAHIM.. 

Antara tempat makbul doa, aku mula berdoa ya Allah izinkan aku solat di makam ibrahim dengan tenang... Setibanya ,  seolah2 diberi ruang utk solat ditengah tengah  2 orang yang sedang solat.. Masyaallah tidak sedikit pun aku di sentuh serta di tolak.. Aku solat dengan tenang dan menangis semahu-mahunya.. Berdoa semahu-mahunya... Dengan mudah allah terima doaku... Walaupun ramai sedia tahu.. Ia sukar solat dalam keadaan orang sedang tawaf... 

✅ MENDAKAP DADA MEMELUK KAABAH... 

Selepas aku bangun dari solat sunat, terus berdoa dalam hati, Ya Allah izikan aku mendakap kaabah mu seperti mana rasullullah dakap, waktu ni aku lihat ramai orang sedang menangis di kaabah, berpusu2 orang ingin menyentuh kaabah... 

Alhamdulillah aku diberi ruang setibanya sampai didepan kaabah.. Aku melekapkan muka ku.. Dan tangan ku ditepi muka .. Berhimpit himpit bersama orang lain.. Subhanallah keajaiban berlaku tetiber aku terperasan 2 orang lelaki yang tinggi di kiri dan kanan ku.. Lebih  tinggi dariku.. Tetiber tanganku boleh didepakan dibawah dada mereka..

Waktu ni aku menagis lagi semahunya.. Banyak nyer dosa aku tapi kau terima doaku... Aku mampu mendakap seperti rasullullah dakap... 

✅ SOLAT DAN BERDOA DI HIJIR ISMAIL 

Tempat makbul doa.. Setibanya di hijir ismail, aku lihat ramai yang menadah tangan dan ada yang solat di dalam tu, doaku Ya Allah mudahkan bagiku utk solat dengan tenang dan berdoa semahunya seperti mana kau kau izinkan orang- orang di dalam nya.. 

Aku lihat sendiri ramai yang merempuh utk masuk dan keluar... Tetiber ader 1 group yang sedang merempuh membawa aku elok jer kat tepi tu tanpa ku rempoh dan tanpa aku sakiti sesiapa.. 

Sekali lagi aku diberi ruang dan bantuan di belakang utk aku solat.. Alhamdulillah solatku juga tanpa ader sesiapa pun menolak atau melangkah kepala ku.. Aku berdoa semahunya menyesali banyak dosa dosa yang di lakukan... Waktu ini aku dibantu suamiku menjaga solatku.. Paling deras air mataku bila berada dalam hijir ismail.. 

Kemdian aku menyentuh yamani sambil berdoa Ya Allah berikan lah kebaikan didunia dan kebaikkan di akhirat.. 

✅ MENCIUM HAJAR ASWAD... 

Seterusnya aku meneruskan hajat utama utk aku mencium hajar aswad. Bagiku ini lah yang paling ku geruni.. Mana tidaknya walaupun aku sedikit berisi tapi tidak gagah pekasa seperti yang lainnya, mereka yang tinggi2 yang gagah perkasa berebut2 bagaimana pula dengan aku.. ?

Dalam hatiku berdoa, ya Allah aku tahu sukar bagi semua orang utk mencium hajat aswadmu, tapi kau mudahkan lah bagiku.. Berdoa dan terus berdoa.. 

Setibanya disitu aku disapa , ibu naik ibu.. Waktu ni memng suami ku tidak kelihatan dah.. Aku melangkah naik kemudian aku lihat beberap oranh jatuh.. Diatas aku lihat ramai berebut2 di bawah.. Yang dah jatuh cuber utk naik kembali.. 

Masyaalah giliran ku tidak sampai 5 minit.. Dalam hati berzikir tenang sambil melihat ramai nyer manusia ingin mencium.. Tetiber aku bersebelahan dengan hajar aswad dan aku menunduk.. Kemudian kepalaku ditolak untuk cium hajar aswad yang rupanya hanya sebesar telapak tangan... Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakbar... 

Aku ke tepi kemudian sujud syukur.. Terusan aku menagis.. Ku lihat dari jauh bagaimana sukarnya mereka..Ya Allah kalau tanpa izinmu aku tak mampu mencium hajar aswad. Tenang setenangnya hati ini.. Aku mendoakan kebahagian orang2 yang membantu ku .. 

Sambil menunggu azan.. Aku cuba mmbca Alquran.. Tapi tidak mampu.. Aku hanya menangis seperti anak kecil.. Tak tahu kenapa perlu nagis.. Tapi hatiku tahu tiada tuhan melainkan Allah.. Ajaibnya berdoa disana. Allah makbulkan.... 

✅ KEAJAIBAN DI RAUDAH..

Ustazah berpesan solatlah dan berdoalah diraudah dimana carpet hijau , insyaalah ALLAH MAKBULKAN apatah lagi jika berdoa di saf pertama... Tapi tak perlu berebut.. Mana mana carpet hijau boleh.. 

Setibanya aku di raudah.. Doaku yg pertama bila Pijak carpet hijau "ya Allah mudahkan bagiku dan adikku utk solat dan doa di saf pertama dengan tenang... Alhamdulillah masyaallah allah berikan kami berdoa dan solat dengan sebaiknya di saf pertama.. Dan ustazah dah pesan awl2.. Kita mungkin akan di halau " halas-halas " bila dipolis perempuan nampak kita memberi Slm tapi waktu tu kami solat 2 kali dan berdoa semahunya dengan tenang... 

Kenapa saya sebut dengan tenang sebb kita akan selalu nampak bagaimana orang melangkah-langkah, orang bertolak tolak tanpa fikir orang sedang solat.. Double saf pun ader... Sampai kan sujud di punggung orang lain... 

Syukur Alhamdulillah, keajabain yang berlaku ini buat aku rasa kerdil.. Diri ni rasa hina , kecil di hadapan Allah.. Dia maha kaya , maha berkuasa... Dier yang mengizinkan semua perkara perkara baik yang sepatutnya perlu kita syukuri sebanyak banyak nya.. Bagaimana sukar pun sesuatu jika ia kata mudah , mudah lah bagi kita... 

Mcm kehidupan kita sekarang ini.. Kita rasa semua perkara susah. Nak berniaga susah, nak kejer susah, nak bahagia susah, nak kaya susah, nak solat susah, nak berumah tangga susah... Tapi kita luper Allah maha kaya dan berkuasa utk mudahkan segalanya. Kita hambanya selalu kurang yakin dan sombong utk berdoa... 

Kisah ini buat pedoman buat aku.. Pengajaran buat sesiapa sahaja.. Pergilah nikmati keseronokkan beribadah di mekah..berniatlah nak kesana, kumpul duit utk ke sana... 

Ustaz gtahu orang yg miskipun kalo dier berniat dan kumpulkan duit utk kesana insyaalah Allah permudahkan , dan orang yang pernah kesana Allah jauhkan dia dari kemiskinan dan kefakiran.. 

Walaupun kaya mcm mana orang mampu ke london dan seluruh negara di dunia ini tapi jika Allah tidak izinkan maka tidak akan jejakkan kaki nya di tanah haram ini, syurga dunia.. Masya Allah.. Terus aku berniat nak g setiap tahun .. 

P/s : Aku juga manusia yang khilaf yang bukan maksum.. Aku juga telah terima pembalasan disana.. Insyaalah akan ku ceritakan buat pengajaran... Pebalasan cash .. Huhu mungkin dalam artikle seterusnya... 

SEMOGA KISAH INI MEMBERI INSPIRASI UTK SESIAPA YANG INGIN MENJEJAKI RUMAH ALLAH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text