Social Icons

Jumaat, 15 November 2013

Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Majlis Penjenamaan Semula YKPPM Di Menara Kuala Lumpur


Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah yang pada setiap saat melakukan kebajikan dan perkhidmatan kepada hamba-hambaMu tanpa letih dan jemu. Yang membuatkan hamba-hamba di Bumi hidup dalam keadaan saling memerlukan satu sama lain. Pemimpin dipandu bagaimana untuk melayani para pengikut. Para pengikut pula sanggup berkorban apa sahaja buat pemimpin mereka. Orang-orang kaya dibuatkan Allah begitu memerlukan golongan susah untuk menjadi pekerja-pekerja pelaksana kepada kekayaannya!

Dan Allah memberi perkhidmatan kepada hamba-hamba yang pandai itu dengan menciptakan orang lemah atau bodoh untuk membolehkan si pandai melakukan perkhidmatan ilmu dan kepandaiannya di atas muka bumi. Wahai Tuhan, jadikanlah YKPPM ini mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami. Iaitu melakukan kebajikan dan perkhidmatan perubatan kepada hamba-hambaMu di mana, kebajikan itu menyelesaikan masalah kemiskinan dan kesusahan! Manakala perkhidmatan dan perubatan menyelesaikan segala penyakit terutama penyakit-penyakit hati manusia yang zalim kepadaMu ya Allah.

Motto bagi YKPPM ialah: "Gembirakanlah hamba Allah, nascaya Allah akan gembirakan kita". Allah maha membuat kebajikan. Allah maha melaksanakan perkhidmatan. Jadilah hamba-hamba Allah yang suka melakukan kebajikan dan perkhidmatan!

Allah SWT berfirman : Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Saling ingat-mengingat tentang kebenaran dan saling ingat-mengingat tentang kesabaran!

Ya Allah, melalui YKPPM jadikanlah di bumi Mu ini manusia saling berlumba untuk membuat kebajikan dan perkhidmatan kepada sesama manusia! Sebab mereka tahu bahawa Tuhan yang menjaga mereka itu menawarkan ganjaran yang besar atau mempromosi 'sakan': bahawa siapa-siapa yang mahukan Allah menyelesaikan segala masalah mereka maka mereka selesaikanlah terlebih dahulu segala masalah hamba-hamba Allah.

Gembirakanlah manusia nescaya Allah akan gembirakan kita!! Jangan salahkan musuh! Salahkanlah diri kerana dosa-dosa kepada Allah! Maka bila dosa-dosa ditebus, Allah akan kalahkan musuh-musuh! Ya Allah, indahnya bumi kalau manusia saling berebut anugerah Allah lantas sesama mereka saling berkhidmat dan berbuat kebaikan!

Untuk itu Ya Allah jadikan kami yang menggerakkan YKPPM ini orang-orang yang terlalu cintakanMu hingga cinta dunia tercabut dari hati kami. Biar dunia hanya di tangan bukan dihati kami, sehingga dengan itu dapatlah hendaknya kami meniru sunnah Nabi kami yang terlalu laju membuat kebajikan dan perkhidmatan bagaikan angin kencang! Sanggup berhutang untuk melepaskan hutang orang! Maka akhirnya Allah yang maha berkhidmat itu pun telah membalasi Baginda Nabi dan para sahabat!  Allah telah serahkan kepada mereka ¾ dunia untuk diislamkan! Maka jadilah Baginda dan orang-orang Baginda Nabi saw. itu sekaya-kaya manusia - dunia dan akhirat.

Amin Ya Allah! 


Puan Ibu Hatijah Aam
YANG DIPERTUA 
YAYASAN KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN PERUBATAN MALAYSIA (YKPPM) 
DI MENARA KUALA LUMPUR
BERTARIKH: 30 OKTOBER 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text