Allah maha ajaib - mencipta 1001 keajabian yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia!!
JAMILIAH (kiri) mencium Raudhatu, 14. Di belakang mereka adalah ayah budak perempuan ini, Septi. Mereka dipertemukan pada 7 Ogos, selepas 10 tahun Raudhatu, dihanyut tsunami, pada 2004 (Foto kecil, Raudhatu ketika berusia 4 tahun). FOTO Reuters Banda Acheh: Satu pasangan di Indonesia yang dipertemukan semula dengan anak perempuan mereka selepas dihanyutkan tsunami yang melanda wilayah itu 10 tahun lalu, semalam. Pertemuan itu membuahkan harapan pasangan itu yang turut berharap dapat menemui anak lelaki mereka yang turut hilang dalam bencana itu.
Raudhatul Jannah yang berusia empat tahun ketika hilang berpaut pada kepingan kayu bersama abangnya, Arif Pratama, 7, ketika dibadai arus Tsunami yang memusnahkan kediaman mereka pada 2004.
Ibu mangsa, Jamaliah dan suaminya, Septi Rangkuti yang terselamat dalam bencana itu menyatakan mereka sudah berputus asa dalam mencari anak mereka dan tidak menyangka yang mereka masih hidup.
Namun, Jun lalu, abang Jamaliah bertemu dengan seorang kanak-kanak dilihat mirip Raudhatul dan mendapati dia adalah anak saudaranya yang hilang. Raudhatul memberitahu, dia diselamatkan seorang nelayan dan dijaga keluarga angkat selepas kejadian itu.
Ibu bapanya yang sudah berpindah ke Sumatera Utara datang semula ke Acheh untuk menemui anak kandung mereka selepas diberitahu mengenai perkara itu. Jamaliah dan Septi menganggap pertemuan semula dengan Raudhatul itu adalah satu keajaiban dan kini berharap agar dipertemukan dengan anak lelaki mereka.
“Kami sangat berharap dapat bertemu semula dengannya. Laporan polis sudah dibuat agar mereka dapat membantu mencarinya,” kata Septi.
Mereka mengakui agak sukar untuk mempercayai yang Raudhatul masih hidup ketika diberitahu mengenainya oleh abang Jamaliah. “Tidak mungkin dia masih hidup kerana sudah 10 tahun dia hilang dihanyutkan Tsunami. Namun ketika kami melihatnya, kami dapat merasakan hubungan tali kekeluargaan itu masih kukuh,” kata Septi.
Tragedi Tsunami yang melanda Acheh meragut lebih 170,000 nyawa dan memusnahkan hampir keseluruhan wilayah itu. - AFP

0 ulasan:
Catat Ulasan