Madu lebah merupakan makanan tambahan yang wajar menjadi amalan seisi keluarga. Bukan mudah mengumpulkan nektar madu dari berjuta bungaan. Semuanya dilakukan sang lebah yang Allah ciptakan untuk menghasilkan madu. Madu hanya untuk pengubatan dan penyembuhan bagi manusia.
Pengalaman Pak Lang, madu asli tidak digemari lalat. Kerap kali tumpahan madu atau lelehan madu asli tidak dikerumuni semut sedangkan jika madu yang bercampur gula, pasti ada semut yang menghurungi bahkan masuk ke dalam botol berkenaan.
Soalnya - Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah dicampur atau memang bukan asli?
Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” - peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana produk yang menyerupai , selain dari nektar bunga yang dikumpul , diproses dan disimpan di dalam sarang lebah oleh lebah.
Persoalan ini sering timbul di kalangan pembeli yang bimbang tertipu atau terbeli yang bukan asli. Yang mana mengakibatkan madu yang sepatutnya menjadi ubat berubah menjadi racun yang mnegembangkan penyakit atau langsung tiada apa-apa kesan sehingga membuang duit begitu sahaja membeli gula yang disangkakan madu.
Hasil dari penipuan terhadap madu bukan kecil, tetapi ianya mengakibatkan seseorang tidak yakin pada Allah dan Rasul , kerana Allah menyebutkan bahawa madu itu
”فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِۗ” – padanya penyembuh bagi manusia manakala Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل : ”penyembuh itu pada tiga : minum madu ….” .
Apabila seseorang itu minum madu dan hasil yang didapati adalah tidak berkurangnya penyakit atau tiada kesan padanya atau bertambahnya penyakit dirinya, maka , dalam hati kecil akan berkata , ‘tak jadi apa-apa pun.” atau lebih parah lagi , akan diwar-warkan bahawa ”madu takde kesan apa-apa dan buat penyakit je” ucapan ini diwar-warkan pada orang lain , seolah-olah sudah menyebut bahawa apa yang Allah katakan itu tidak benar dan Nabi itu palsu dalam kata-katanya sedangkan yang dimakannya itu bukan madu hanyalah gula yang diubahsuai. Nauzubillah.
Ibnu Al-hasan pernah meriwayatkan dari Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : Nikmat yang pertama diangkat dari bumi adalah madu. (Rujuk kitab taarikh Asbahaan)
Di sini beberapa tips walaupun ianya bukan 100% pengujian asli atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit gambaran pada pembeli @ pengguna madu, in sya allah.
0 – Lidah
Jika kalian sudah biasa dengan madu (merasa lebih 50-100 kali madu yang benar-benar asli) , maka lidah kalian tidak akan boleh tertipu lagi selepas itu. Ini cara paling mudah dan asas dalam pengujian madu.
1 – Bentuk Sarang Lebah dalam air – Hexagon.
Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.
Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
Masukkan air kosong/jarang (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan. pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan. Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon. (sekitar 1 minit ). Ada kala, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah.Dan ada kala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon.
Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.
Madu di tengah piring
bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika
**Untuk madu yang kristalized (menghablur) , kami juga telah mencubanya, setakat ini juga jadi bentuk hexagon.
2 – Kertas Putih
Ambil pencungkil gigi atau sudu, celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih. Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu. Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas.
Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak. Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan. Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu. Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya.
Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.
Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas
kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari – boleh lihat perbezaan
3 – Air Kosong / Jarang
Ambil segelas kaca yang tembus dalam dan masukkan air kosong/air jarang ke dalamnya.
Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan ke dalam air. Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.
0 ulasan:
Catat Ulasan