Social Icons

Khamis, 12 Jun 2014

MAIS-Zarina Berdamai, Saling Menghargai

Wednesday, June 11, 2014


Selepas seminggu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid akhirnya berdamai dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu. Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.

Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.

“Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan,” kata Adzib dan Zarina.

Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga. Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasanya.

“MAIS dan JAIS akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.
Isu ini boleh dikatakan sudah selesai melainkan ada pihak lain yang mahu terus memainkan isu yang sensitif ini. Adalah lebih baik berunding dan bersemuka. Tidak ada kemelut yang tidak boleh diselesaikan. Apa yang penting, setiap pihak perlu saling hormat menghormati dan saling bertolak ansur. 
Isu pertukaran dan kelainan agama sememangnya sangat sensitif yang boleh  merosakkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kita berharap setiap agensi kerajaan dapat berperanan sewajarnya dalam membendung insiden yang tidak diingini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text