Social Icons

Sabtu, 2 November 2013

Mengejutkan! Ramainya Remaja Hilang dari Rumah - Lihat Statistik Kes

Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis dilihat membimbangkan ketika ini. dari 2008 dan tahun lepas, sejumlah 7,662 orang dilaporkan hilang di seluruh negara. Daripada 1,097 yang dilaporkan hilang sejak sepanjang tahun 2011, hanya 406 sahaja berjaya ditemui semula. Purata seramai dua orang dilaporkan hilang setiap hari di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, amat mengejutkan apabila seramai 3,226 orang yang hilang adalah remaja berusia antara 14 dan 17 tahun. Hasil analisis polis mendapati punca orang hilang ini terdiri daripada 3 faktor iaitu mengikut kekasih, mencari kebebasan di luar rumah dan pengaruh rakan-rakan.Tetapi, sebahagian besar daripadanya lari mengikut kekasih.

Malah, sejak 2000, purata setiap tahun dianggarkan seramai 3,310 orang hilang atau 65.9 peratus kes membabitkan golongan wanita.

Bahkan tahun lalu, jumlah kes orang hilang melibatkan wanita adalah tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu 66.46 peratus atau 3,559 orang.

Sumber : Utusan Malaysia, 28 Mac 2012

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam PDRM, daripada 25,243 orang dilaporkan hilang lima tahun lalu, seramai 3,957 atau hampir 16 peratus membabitkan kes mengikut kekasih.

Paling menarik, 99.9 peratus orang hilang demi cinta buta ialah perempuan



, namun ada juga lelaki yang lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Kesemua kes melibatkan Bumiputera bukan Islam.

Namun perangkaan ini amat menakutkan kerana ia menunjukkan bahawa kini semakin ramai gadis sanggup melarikan diri semata-mata ingin bersama kekasih, yang menjadi faktor paling tinggi kes orang hilang di Malaysia setiap tahun sejak 2000.

"Tahun lalu saja, seramai 868 daripada 5,355 kes orang hilang kerana faktor itu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun. Pada 2003, kes lari kerana cinta mencatat peratusan terendah iaitu 14.1 peratus atau 698 daripada keseluruhan 4,939 kes," jelas jurucakap jabatan itu.

Faktor kedua yang mendorong kes orang hilang ialah pengaruh kawan sebaya, diikuti perselisihan faham dengan keluarga terutama ibu bapa. Seramai 3,741 kes orang hilang dalam tempoh lima tahun itu akibat pengaruh rakan sebaya dan 69.4 peratus atau 2,598 orang adalah wanita.

Kes lari kerana bergaduh dengan ahli keluarga pula membabitkan 2,636 wanita atau 74.4 peratus daripada 3,540 kes yang dilaporkan dan antara puncanya kerana ingin mencari kebebasan di luar.

"Ada juga kes hilang akibat pergi cari pekerjaan, tidak siuman atau bodoh, tidak minat belajar dan paling melucukan dibawa lari oleh ibu atau bapa sendiri. Punca lain ialah tertipu dijadikan pelacur, penagih dadah dan mangsa cabul oleh keluarga," ujar jurucakap itu.

Sehingga kini terdapat 20 punca spesifik untuk kes orang hilang yang diketahui secara jelas antaranya akibat bencana alam, hilang di laut atau hutan, berasa malu terhadap masyarakat sekeliling, merajuk atau kurang diberi perhatian keluarga.

Remaja berumur 14 hingga 17 tahun merupakan golongan yang terbanyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum-kaum lain, tetapi merupakan kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.

Tahun lalu merupakan angka tertinggi kaum Melayu teramai dilaporkan hilang iaitu 3,454 orang atau 64.5 peratus daripada keseluruhan 5,535 kes di seluruh negara.

 
Dalam pada itu, Johor dan Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kes orang hilang. Malah kedua-dua negeri tersebut sering bertukar kedudukan tempat pertama dan kedua setiap tahun.

Misalnya, pada tahun 2000, Johor mencatatkan 996 kes, angka terbesar dalam sejarah, diikuti Selangor dengan 955 kes. Tahun berikutnya, posisi itu diambil alih pula oleh Selangor dengan 958 kes dan Johor hanya 918 kes.

Tahun 2002, keadaan bertukar lagi antara dua negeri itu yang silih berganti lagi termasuk senario serupa direkodkan pada tahun 2003 dan 2004.

Terengganu merupakan negeri tertinggi kes orang hilang dijumpai semula, diikuti Perlis. Setiap tahun, purata dua negeri ini menyaksikan lebih 80 peratus kes orang hilang berjaya ditemui semula, berbanding kadar nasional hanya kira-kira 60 peratus.

Sumber : kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text