PROJEK memperluas ruang sembahyang di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah menelan belanja lebih RM63 bilion manakala enam pembinaan projek hartanah juga kini dilaksanakan di sekitar Masjidil Haram dianggar lebih RM46 bilion.
Selepas segala projek itu selepas kawasan ibadat Masjidil Haram dijangka mencecah lebih 300,000 meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 700,000 jemaah pada satu masa.
Demi melaksanakan projek itu, 1,000 hartanah di kawasan Al-Shamiya dimusnahkan dan kira-kira RM5.5 bilion diperuntukkan sebagai pampasan kepada pemilik hartanah yang diambil alih untuk digunakan sebagai kawasan ibadat baru Masjidil Haram.
Proses menebus tanah itu bagaimanapun tidak lari daripada kontroversi apabila pemilik hartanah Al-Shamiya menolak pampasan RM13,000 hingga RM17,500 semeter persegi yang dianggap terlalu rendah.
Projek lain
1) Jabal Khandama di timur Masjidil Haram membabitkan pembinaan beberapa menara
hotel.
2) Jabal Omar di barat daya Masjidil Haram dibangunkan dengan membina kediaman baru
yang boleh menampung 100,000 penduduk dengan kawasan ibadat berhawa dingin
manakala tanpa hawa dingin 120,000 jemaah.
3) Kawasan di tenggara Masjidil Haram membabitkan sekitar Hospital Ajyad dengan
rancangan membina hospital berteknologi tinggi dan pusat perubatan tambahan.
4) Lebuh raya Raja Abdul Aziz di timur masjid akan menjadi pusat kemudahan
pengangkutan jemaah dan penduduk ke kawasan masjid.
5) Projek di selatan Masjidil Haram pula akan meningkatkan ruang ibadat daripada 1,170
kepada 30,000 meter persegi dan menyediakan ruang yang mampu menampung 1,000
kereta pada satu masa.
6) Menara Abraj Al Bait yang mengandungi tujuh menara terletak di kawasan selatan
Masjidil Haram diubahsuai dengan ketinggian 595 meter dan lantai seluas 15.6 juta kaki
persegi, ia bakal menjadi bangunan terbesar dunia apabila siap tahun depan.
7) Selain itu kawasan Abraj Al Bait juga akan dibangunkan dengan kediaman yang mampu
menampung 65,000 penduduk, memiliki pusat persidangan dan empat menara jam
tertinggi setinggi 380 meter dan menjadikan ia jam tertinggi di dunia.
0 ulasan:
Catat Ulasan