Cara, syarat dan rukun menyembelih haiwan
Pada akhir- akhir ini, banyak sekali makanan yang ditemukan mengandungi bahan yang haram. Salah satu bahan itu ialah daging babi. Bagi umat muslim, babi adalah haram dari sekecil-kecil juzuk hingga keseluruhannya bahkan haram menyentuhnya dengan sengaja. Kalau sentuh dgn tangan yang basah atau lembab maka wajib di sertu dengan 7 kali cucian air yang diawali dengan air tanah.
Menurut kajian, di dalam daging babi terdapat kuman penyakit dan cacing pita yang dapat mengganggu kesihatan kita. Bakso merupakan salah satu makanan yang sangat popular di Indonesia bahkan ianya juga sudah semakin diminati umat Islam Malaysia. Bakso asalnya diproses hancur menggunakan daging lembu. Namun akhir-akhir ini banyak terbongkar daging sapi dicampur atau diganti dengan daging babi. Pastinya demi mendapatkan keuntungan yang lebih. Kejujuran sukar bertahan tanpa iman yang teguh.
Mari kita tinjau hal ehwal binatang yang
A. Binatang/ haiwan yang halal dan haram
1. Binatang/ haiwan halal
Binatang/ hewan yang halal iaitu binatang yang boleh untuk dimakan menurut syariat islam. Binatang yang halal ada 2 macam, yaitu :
– Yang hidup di darat
a. Binatang ternak
– Kambing
– Sapi
– Kerbau
– Unta, dll.
b. Unggas
– Angsa
– Ayam
– Bebek
– Burung
c. Serangga
– Belalang
– Laron
– Yang hidup di air
– Kepiting
– Belut
– Ikan gurame
– Ikan lele, dll.
2. Binatang/ haiwan haram
Binatang/ haiwan yang haram iaitu haiwan yang diharamkan untuk dimakan yang disebut di dalam Al-Quran, contohnya :
1. Babi
2. Bangkai
3. Darah
4. Haiwan yang mati kerana dicekik, dipukul, jatuh, ditanduk haiwan lain, haiwan yang dimakan binatang buas, haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT.
5. Binatang yang kotor dan menjijikan, contoh: cacing, ulat, tikus, dll.
6. Haiwan buas dan bertaring, contoh : harimau, singa, macan, serigala, dll.
7. Burung yang berkuku tajam untuk memangsa haiwan lain, contoh: helang, rajawali, burung hantu, gagak, dll.
8. Haiwan amfibi (dua alam), contoh : katak, buaya, dll.
9. Haiwan yang sunnah untuk dibunuh, contoh : ular, tikus, anjing, dll.
10. Haiwan yang dilarang untuk dibunuh, contoh: semut, lebah, burung hud- hud.
B. Cara penyembelihan haiwan yang diharuskan dimakan dagingnya
1. Cara tradisional
Iaitu cara penyembelihan yang dilakukan dengan menggunakn pisau yang tajam dan hanya untuk memenuhi keperluan individu / keluarga dalam jumlah yang sedikit.
2. Cara moden
Iaitu penyembelihan yang dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan teknologi moden. Ianya dilakukan di tempat pemotongan haiwan dengan tujuan untuk mempercepat proses melapah, memotong, membungkus dan menyimpan bagi memenuhi keperluan pasaran yang lebih banyak.
C. Syarat dan rukun dalam menyembelih haiwan
Dalam penyembelihan haiwan mestilah memenuhi rukun dan syarat sah yang ditentukan oleh ajaran islam.
1. Rukun menyembelih haiwan
a. Orang yang menyembelih beragama islam
b. Haiwan yang disembelih adalah haiwan yang halal.
c. Alat atau pisau yang digunakan mestilah tajam.
d. Metod / cara penyembelihannya secara islami dengan membaca bacaan Basmallah.
2. Syarat sah menyembelih haiwan
a. Haiwan yang disembelih mestilah haiwan yang halal dan masih hidup.
b. Orang yang menyembelih adalah orang islam dan diawali dengan menyebut nama Allah SWT.
c. Menggunakan alat / pisau yang tajam.
d. Penyembelihan dilakukan dengan tujuan yang baik dan diredhai oleh Allah SWT.
e. Menyembelih pada pangkal pinang di bahagian leher binatang hingga putus urat dan saluran pernafasan dan saluran makanan.
0 ulasan:
Catat Ulasan