Social Icons

Khamis, 12 Jun 2014

Mari Kira Jumlah Dosa Zina!! - 6,275 Pelacur Pelbagai Negara Ditahan

Baca dulu, nanti kira kemudian!!


KUALA LUMPUR: 
Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.
Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini. "Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16). Wanita negara lain yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Pakistan, Nepal, Kampuchea, Uzbekistan, Nigeria, Singapura, Rusia, Sri Lanka, Venezuela dan Perancis.

Roslee berkata polis melakukan 18,520 serbuan (tangkapan?-sm) bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959 diikuti Kuala Lumpur (3,518), Johor (3,074) dan Perak (2,426). Beliau berkata wanita tempatan turut terbabit dengan gejala pelacuran iaitu seramai 621 orang sepanjang empat bulan lepas (Januari hingga April 2014).

"Tahun lepas, polis tahan seramai 934 wanita tempatan sepanjang tempoh masa yang sama," katanya sambil menambah polis sedang giat mengumpul maklumat berkaitan ejen persendirian dan sindiket pelacuran terbabit. (mStar).
 
KIRAAN DOSA ZINA DI IBU KOTA KUALA LUMPUR DAN DI SELURUH MALAYSIA:
(Ini hanya satu jenis dosa sahaja iaitu dosa zina. Bagaimana dengan dosa bunuh orang, rompak, samun, ragut, pecah rumah, curi, dera, tipu, rasuah, rogol, minum arak, berjudi, dadah, bergaul bebas dan segala macamnya?)
Pelacur: Warga asing (bukan warga tempatan - berapa ramai pelacur warga tempatan?)
Jumlah pelacur warga asing yang ditahan 18,520 orang selama 4 bulan? tetapi kewujudan bisnes pusat hiburan ini sepanjang masa tanpa cuti. Kiralah berapa banyak kejadian zina berlaku setiap saat, setiap hari, setiap minggu dan bulan di seluruh negara kita? Ertinya bukan sekadar di Kuala Lumpur sahaja tetapi di seluruh bandaraya dan bandar biasa, di seluruh daerah dan pekan kecil, di seluruh desa dan kampung, di setiap inci bumi Malaysia!! Adakah kejadian dosa besar ini terjadi 1,000 kali? 10,000 kali? 100,000 kali? 1juta??? Ya Allah ampunkan kami!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text