Social Icons

Ahad, 13 Julai 2014

Serangan Hari Ke5 - Penjenayah Israel Sasarkan Masjid.


ASAP menjulang tinggi akibat serangan tentera Israel di Bandar Gaza kelmarin.

BANDAR GAZA - Angka kematian akibat serangan udara jet-jet pejuang Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 121 orang semalam. Serangan yang memasuki hari kelima itu turut melibatkan tiga orang terbunuh dekat sebuah masjid di barat Bandar Gaza.

Seorang jurucakap tentera Israel di Tel Aviv menyatakan, Israel melancarkan serangan ke atas 60 sasaran semalaman. Serangan udara besar-besaran itu bermula pada Selasa lalu telah menyasarkan lebih 1,000 lokasi sasaran. Sekurang-kurangnya lima buah roket dilancarkan dari Gaza memasuki wilayah Israel.

Pergerakan Hamas menyatakan, lebih dua pertiga kematian di kawasan berpendudukan padat di Semenanjung Gaza ialah orang awam. Lebih 920 orang dilaporkan cedera dalam serangan itu. Dua gadis cacat terbunuh dan lima orang lagi cedera parah apabila sebuah pejabat golongan kurang upaya diserang jet Israel di utara Semenanjung Gaza.

SEORANG budak lelaki cedera dihantar ke sebuah hospital di Bandar Gaza kelmarin.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, kadar serangan pada waktu malam dan pengeboman itu adalah dua kali ganda berbanding serangan Gaza yang dilancarkan rejim Zionis pada tahun 2012.

Menurutnya, Israel tidak akan menghentikan serangan sehingga serangan roket yang dilancarkan para pejuang Palestin dihentikan. Beliau juga berkata, Israel tidak akan tunduk dengan tekanan antarabangsa.

Pesuruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pilay menyuarakan kebimbangan berhubung jumlah kematian orang awam akibat serangan itu. Rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di Gaza semalaman.

"Pengeboman dua buah masjid di Gaza itu menunjukkan betapa tidak bertamadun musuh itu," kata jurucakap Hamas di Doha, Qatar, Husam Badran.
"Keganasan tersebut memberikan kami hak untuk meluaskan lagi tindak balas bagi menghalang tindakan Israel itu," tambahnya.

Pihak tentera Israel menyiarkan gambar masjid yang diserang itu, Dakwa tentera itu, masjid tersebut digunakan untuk menyembunyikan roket.

SEBILANGAN penduduk Palestin melihat tinggalan peluru berpandu milik tentera Israel di Deir El-Balah, Semenanjung Gaza kelmarin. 

Tentera Israel menyatakan, pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api. Dalam pada itu, Menteri-Menteri Luar Arab akan bertemu di Kaherah, Mesir pada Isnin ini untuk membincangkan peningkatan konflik antara Hamas dengan Israel.

Setiausaha Luar United Kingdom, William Hague menyatakan, beliau berasa amat bimbang dengan kehilangan banyak nyawa di Gaza. Beliau menyatakan kebimbangan itu di laman Twitter. Menurutnya, beliau juga telah bercakap mengenai isu itu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text