Kepada anak cucu dan remaja yang dikasihi!
Tulisan ini Pak Lang tujukan kepada anak cucu yang tidak sempat tahu tentang 'perjuangan' datuk nenek kalian di Felda Guar Napai. Maklumlah balik Guar Napai setahun dua tiga kali sahaja. Ada banyak cerita dan kisah derita datuk nenek yang perlu kalian tahu bahkan memahaminya. Mahalnya pengalaman kesusahan untuk sesiapa yang mahu membina jiwa yang kuat. Inilah yang perlu diketahui kerana datuk nenek kalian sarat dengan pengalaman hidup suka, duka, susah dan senang.
Ada satu hal yang perlu Pak Lang sembangkan hari ini. Berdasarkan pengalaman Pak Lang dan orang-orang yang seusia dengan Pak Lang, ada perkara yang perlu diberi perhatian dalam hidup. Perkara ini ada kaitan dengan kemahiran membuat keputusan dan menetapkan pendirian.
Dalam banyak situasi - dalam menempuh kehidupan, kita akan terdesak untuk membuat pilihan. Proses memilih jadi sukar bila hal-hal yang hendak dipilih itu dilihat mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam keadaan biasa pun, proses memilih ini sentiasa di perlukan. Apatah lagi jika pilihan diperlukan untuk memilih antara yang hak dan yang batil. Risiko tersilap pilih adalah kekesalan berpanjangan yang dihujungnya adalah neraka. (mohon dilindungi Allah).
Sebab itu keupayaan membuat pilihan yang tepat sangat perlu dimahirkan. Biasanya proses ini kita lakukan secara semborono. Hasil pengalaman, kita akhirnya tahu bagaimana memilih yang terbaik untuk diri dan hidup kita. Natijah dari ketepatan memilih yang kita harapkan tentulah kebahagiaan dunia dan keselamatan di negeri yang kekal abadi di akhirat.
Proses memilih ini tidak akan serupa bagi semua manusia. Perkara yang hendak dipilih pun bergantung dengan orang yang terlibat. Jika seseorang itu rakyat biasa seperti petani, pekebun atau nelayan, tentulah berbeza berbanding para menteri. Risiko tersilap tidaklah sama. Walau bagaimanapun, risiko tentulah sangat ingin dielakkan. Kesan tersilap memilih oleh seorang perdana menteri tentu besar kesannya kepada rakyat dan negara. Mungkin akibatnya melangkaui puluhan tahun berbanding rakyat biasa.
Sebab itu, kematangan, pengalaman, pengetahuan serta pimpinan sangat diperlukan oleh setiap manusia. Ianya akan membantu mengurangkan risiko tersilap memilih. Justeru seseorang yang ingin berjaya di dalam hidup, mestilah melengkapkan dirinya dengan hal-hal tersebut. Pak Lang hanya mampu membantu dari sudut ini iaitu sekadar memaparkan panduan dalam blog ini.
Sebagai anak Felda (maksudnya anak peneroka Felda), Pak Lang menyaksikan ramai orang yang awalnya terpilih menjadi peneroka Felda telah tersilap membuat keputusan dan akhirnya mereka menyesal!! Pak Lang ceritakan ini untuk iktibar dan berkongsi pengalaman. Sebagai anak peneroka bagi sebuah rancangan Felda yang diteroka pada tahun 1958, Pak Lang tahu susah payah meneroka tanah hutan belantara untuk dijadikan kawasan tanaman getah.
Kerja-kerja meneroka dan memugar tanah hutan inilah yang membezakan antara 'peneroka' Felda dengan 'peserta' tanah rancangan Felda. 'Peneroka' menggunakan kapak dan gergaji tangan (digerakkan oleh dua orang) untuk menebang pokok balak sebesar dua pemeluk atau lebih!! 'Peneroka' melakukan semuanya dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat.
Tidak ada mesin atau jentolak. Usaha menumbangkan pokok-pokok balak ini berjalan selama berbulan-bulan. Mereka bergotong royong menyiapkan pemugaran mengikut keluasan tanah yang telah dibahagikan kepada blok-blok. Pokok-pokok yang telah ditebang itu setelah kering, dibakar.
Batang-batang balak yang besar itu tentulah tidak mampu diangkat. Ianya dibakar begitu saja, lintang melintang di seluruh kawasan. Berminggu-minggu setiap batang balak itu menyala dan membara siang dan malam. Setelah bersih daripada sebarang tumbuhan dan muka bumi tanahnya hitam legam kesan pembakaran, barulah dibuat teres-teres di lereng bukit dengan menggunakan cangkul.

Ada laluan teres yang melalui kawasan batang-batang balak yang sudah terbakar melintangi laluan teres. Teres tidak diubah manakala batang balak juga tidak mampu digerakkan. Akibatnya setiap kali menoreh getah selepas itu, kami kena melangkahi batang-batang balak tersebut. Memanjat dan melompat di atasnya atau menyusup di bawahnya jika ada ruang.
Jadi para peneroka ini bekerja siang malam, pagi petang. Mereka berpanas berhujan di tengah kawasan hutan yang semakin hari semakin meluas kawasan pemugarannya. Makan hanya sekadar nasi putih dengan ikan kering serta sambal belacan. Itu sudah cukup menyelerakan untuk menambah tenaga meneruskan kerja.
Mereka bekerja tanpa rehat secara berkumpulan membersihkan ribuan ekar tanah. Itulah 'peneroka'. Itulah ibu bapa kami dan datuk nenek kalian. Manakala 'peserta' tanah rancangan Felda pula hanya datang setelah buah kelapa sawit atau pohon getah sudah sedia untuk memberi hasil. Tidak banyak kesulitan berbanding mereka yang dipangil 'peneroka'.
Jadi sejumlah 144 orang telah terpilih untuk menjadi peneroka di Felda Guar Napai - nama bagi perkampungan Felda orang tua Pak Lang. Sebenarnya Felda ini dibuka seawal tahun 1956 atas inisiatif Kerajaan Negeri Kedah yang kemudiannya diserahkan untuk dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA).
Memugar hutan tebal bukanlah suatu kerja yang mudah. Binatang buas, ular dan sebagainya adalah ancaman biasa. Makan minum hanya sekadar. Kesusahan sangat membebankan tapi mereka bersatu hati dan bekerja beramai-ramai. Berlakulah ikatan ukhwah dan kasih sayang yang erat di kalangan mereka. Hiduplah mereka bermasyarakat seperti adik beradik.
Apa yang berlaku, ketika susah memugar hutan itulah, ramai daripada mereka tidak sanggup menghadapi kesusahan dan kepayahan sebegitu rupa. Memanglah tanpa jiwa yang kuat serta tekad yang bulat, seseorang akan mudah kecundang. Itulah yang berlaku kepada mereka yang tidak sanggup menempuhnya. Mereka memutuskan untuk berpatah balik ke belakang. Mereka tidak mahu meneruskan kerja awal memugar hutan belantara untuk mengubahnya menjadi tempat mendatangkan hasil kemewahan.
Pilihan ada di tangan mereka. Adakah mahu memilih kepayahan dan azab derita yang di depan mata atau kemewahan serta kesenangan pada masa depan yang belum tentu benar-benar menjelma. Orang yang berjiwa lemah akan mudah menyerah kalah. Mereka akan hanya fokus pada kepayahan, kesulitan, penderitaan yang di depan mata. Mereka tidak mampu melihat sesuatu yang jauh. Mereka tidak mampu melihat bahawa di sebalik setiap kesulitan adalah kesenangan dan kelapangan.
Pada mereka, yang jauh itu tidak pasti. Pada mereka yang jauh itu belum tentu sedangkan realiti yang sedang dihadapi ialah lapar dahaga serta letih derita. Lalu ramailah yang pulang ke kampung asal. Mereka kembali menumpang hidup dengan orang tua di kampung. Hakikatnya mereka gagal menempuh cabaran. Mereka gagal untuk turut serta menempa sejarah.
Bahkan mereka sanggup dan tergamak meninggalkan kawan rakan yang kecewa dan sedih dengan sikap mereka meninggalkan 'medan perjuangan'. Tidaklah dihairankan kerana itulah watak orang-orang yang lemah jiwa. Mereka tidak mampu menjadi kawan di kala susah.
Mereka lebih rela melarikan diri mencari kerehatan diri dengan membiarkan orang lain terus menderita. Apa pun, kelompok yang tinggal itu memang orang-orang pilihan. Kerja-kerja tetap diteruskan. Mereka tidak pandang belakang sebaliknya membayangkan kejayaan di sebalik peluh dan air mata penderitaan. Jiwa mereka sangat positif. Kecekalan mereka sungguh luar biasa dan ajaib! Kami, generasi kedua Felda Guar Napai mengkagumi orang-orang tua kami yang gigih dan kuat jiwa. Mereka tabah, lasak, gagah dan patriotik!!
Sememangnya Tuhan menjanjikan selepas kesulitan ada kesenangan. Itulah yang terjadi kepada para peneroka Felda di seluruh negara. Ketika harga getah naik di seluruh Malaysia di awal tahun 70an, para peneroka yang sabar menempuh susah ini mula menerima hasilnya. Mereka mula menempuh kesenangan hidup dan dapat mengecap erti kemewahan. Oleh kerana sudah lama diasak susah payah, mereka tahu menghargai erti kesenangan yang datang.
Semuanya tahu berjimat cermat dan berbelanja mengikut keutamaan. Masing-masing akhirnya mampu mendirikan rumah yang baru dan cantik! Anak-anak mereka berjaya diberi pelajaran sampai di peringkat tertinggi. Demikianlah limpahan kesenangan yang dikurniakan Tuhan kepada mereka yang sabar. Hari ini, nilai tanah yang diteroka itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit!! Ya, hanya beberapa tahun mereka bersabar, akhirnya mereka mengecapinya. Menariknya moto Felda iaitu, "Bakti Disemai, Bukti Dituai"....
Pak Lang ceritakan ini sekadar untuk diambil pengajaran. Banyak sangat hal tersirat di sebalik kisah ini. Pastilah anak cucu sekelian tahu apa yang terjadi kepada yang lari meninggalkan tanah rancangan ketika sedang diteroka dahulu? Hanya 2,3 tahun sahaja susah yang terpaksa ditempuh, tetapi mereka memilih untuk balik kampung. Akhirnya mereka juga yang menyesal. Itu memang sudah diberitahu awal-awal oleh kawan rakan yang memberi nasihat. "Hangpa jangan menyesai nanti no!!" Benarlah bahawa mereka yang menyesal hanya mampu menggigit jari sahaja!!
Jadi, berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Buatlah keputusan yang tidak akan mengundang penyesalan. Bersabarlah dahulu, jangan gopoh mengambil pendirian. Jika tersilap, tentulah malu dan tidak akan mampu berpatah balik semula. Ketika berjalan, pandanglah yang jauh di hadapan di sebalik gunung dan kabus. Nanti lambat laun pastilah kabus akan hilang, kita akan sampai ke destinasi tujuan - jika kita sabar untuk terus berjalan walaupun di dalam kepayahan!!!

0 ulasan:
Catat Ulasan