Selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDING Sdn Bhd merangkap Yang DiPertua YKPPM, Puan Ibu Hatijah Aam sedang mewibawakan semua staf dan ahli dengan pembinaan unsur ruhaniyah di dalam diri mereka. Ini adalah aktiviti utama kedua-dua entiti yang diterajui Puan Ibu Hatijah. Bagi orang yang mengenali beliau, orang akan tahu bahawa kualiti staf di bawahnya adalah kualiti yang berbeza dengan cara penilaian konvensional.
Puan Ibu Hatijah Aam suka melakukan sesuatu yang berpijak di bumi nyata. Justeru membina jiwa, semangat, motivasi, kesungguhan, komitmen dan hati setiap individu di dalam GISB dan YKPPM merupakan agenda utama beliau sejak Al-Marhum Abuya masih ada. Tidaklah menghairankan jika seseorang pengarah akan ditanya tentang apa yang dilakukannya jika projek yang dikendalikan pengarah tersebut mengalami masalah.
Apa yang ditanyakan bukan soal lahiriah tetapi sebaliknya bagaimana hubungannya dengan Tuhan. Jika baik hubungan hati dan jiwanya dengan Tuhan, pastilah Tuhan akan membantunya dalam tugasan yang diberikan. Jika dia gagal membawa rasa hamba - iaitu rasa yang wajib ada dalam setiap insan, dia dikira gagal di dalam pekerjaannya. Sifir ini memang mudah tapi amat sukar untuk dilaksanakan. Sebab itu hanya Puan Ibu Hatijah yang sanggup melakukannya di dalam GISB dan YKPPM yang dikepalainya.
Inilah konsep pengurusan tenaga manusia (modal insan) yang berbeda dari syarikat lain. Menariknya kerana Puan Ibu Hatijah - ketika bersama Abuya telah berjaya menjadikan syarikat perniagaan yang dijalankan adalah berteraskan ikatan kekeluargaan yang menjadikan Tuhan sebagai matlamat mereka. Siapa pun jua di dalam syarikat dianggap sebagai keluarganya. Beliau malah tidak membeza-bezakan antara staf dan ahlinya. Itulah yang dilakukan Abuya sejak lama.
Kasih sayang dan hubungan ibu dan 'anak-anak" menjadikan setiap orang staf merasakan mereka disayangi, diberi perhatian dan harapan untuk terus meningkatkan diri. Alangkah beruntungnya rakan-rakan di syarikat lain, jika Pengerusi syarikat mereka atau CEO mereka boleh berbuat seperti yang dilakukan oleh Puan Ibu Hatijah pada kami.
Dari masa kesemasa, Puan Ibu Hatijah akan memberikan panduan bagaimana menjadikan perniagaan atau YKPPM sebagai wadah untuk mendapatkan Tuhan. Masing-masing didorong bekerja dan berkhidmat demi untuk mendapatkan cinta dan takut Tuhan. Banyak pakej pembinaan individu yang mesti dilakukan bermula sembahyang berjemaah di awal waktu. Ini semua digerakkan untuk kami semua melakukannya dari hati masing-masing yang ingin mencari kasih sayang dan keredhaan Tuhan.
Justeru kami tidak perlu dikawal dengan apa jua alat teknologi. Kami cukup dengan 'cip komputer' hati yang sentiasa disedarkan tentang hakikat Tuhan maha mengetahui. Berbuatlah apa saja untuk segalanya dipersembahkan kepada Zat yang setiap waktu solat kami ucapkan "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, kupersembahkan untuk Allah owner seluruh alam".
Esok dan lusa (9 dan 10 Muharram), kami di GISB HOLDING Sdn Bhd dan Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) akan berpuasa sunat Asyura atau sunat 10 Muharram. Kami digalakkan berpuasa sebagai latihan mendapatkan jiwa yang kuat hatinya dengan Allah swt. Puasa yang dihayati dengan rasa hati yang sangat takutkan Tuhan, rasa rindukan Nabi saw akan mampu memberi kesan pada hati dan peribadi kita. Inilah yang diharapkan dalam ibadah puasa sunat ini. Kami akan bersahur beramai-ramai dan berbuka puasa secara berjemaah. Tentu suasananya meriah.
Tubuh badan fizikal yang berpuasa di harapkan akan mempengaruhi hati, jiwa untuk turut berpuasa. Diharapkan hati akan sensitif dengan kelemahan diri dan bersungguh-sungguh bertaubat mengubahnya. Diharapkan juga hati yang insaf akan terus bangkit untuk mewibawakan Islam di atas muka bumi. Syarikat dan Yayasan akan mendapat staf dan ahli yang semakin komited dengan kerja-kerja mereka merealisasikan cita-cita menggembirakan hamba Allah di atas muka bumi.
Manusia yang hatinya hidup akan menjadikan seluruh apa yang ada sebagai laluan untuk menghiburkan manusia yang ramai. Senyum, bermanis muka, bertegur sapa, bersusah payah membantu dan menolong adalah elemen menggembirakan pelanggan yang menjadi prinsip asas dalam GISB HOLDINGS dan juga YKPPM.
Kepada semua pembaca blog ini, ketahuilah bahawa banyak yang sedang berjalan di dalam GISB dan YKPPM yang semakin dikagumi syarikat lain. Dan mereka sedang mendekati Puan Ibu Hatijah untuk mengambil pengalaman bagaimana bangunkan jiwa staf yang begitu komited berbanding staf mereka. Tentunya kami merasakan kami masih lemah dan tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan tetapi itulah realitinya.
Syarikat lain yang selama ini menguruskan ribuan stafnya akan tahu hakikat pengurusan sumber manusia yang sebenarnya. Apa yang ada dalam GISB dan YKPPM adalah jawapannya. Sudah ada senarai para pengarah syarikat besar yang ingin bertemu Puan Ibu Hatijah. Ada beberapa orang tokoh korporat yang sudah bersetuju bekerjasama dalam pelbagai bidang dengan GISB. Allahu Akbar!!
Semuanya ini berlaku ekoran pematuhan Puan Ibu Hatijah serta semua ahli GISB HOLDINGS Sdn Shd kepada Fatwa. Program taubat dan proses pemulihan oleh JAIS telah membuka pintu bagi era baru GISB HOLDINGS Sd Bhd. Terima kasih tidak terhingga dan tahniah yang setinggi-tingginya kepada pihak JAIS!!
Syarikat lain yang selama ini menguruskan ribuan stafnya akan tahu hakikat pengurusan sumber manusia yang sebenarnya. Apa yang ada dalam GISB dan YKPPM adalah jawapannya. Sudah ada senarai para pengarah syarikat besar yang ingin bertemu Puan Ibu Hatijah. Ada beberapa orang tokoh korporat yang sudah bersetuju bekerjasama dalam pelbagai bidang dengan GISB. Allahu Akbar!!
Semuanya ini berlaku ekoran pematuhan Puan Ibu Hatijah serta semua ahli GISB HOLDINGS Sdn Shd kepada Fatwa. Program taubat dan proses pemulihan oleh JAIS telah membuka pintu bagi era baru GISB HOLDINGS Sd Bhd. Terima kasih tidak terhingga dan tahniah yang setinggi-tingginya kepada pihak JAIS!!
Tunggulah berita-berita sebegini akan Pak Lang paparkan dari masa ke semasa.
0 ulasan:
Catat Ulasan