Social Icons

Isnin, 16 Jun 2014

Piala Dunia: Hasil Dakwah - Empat Orang Peminat Bola Memeluk Islam Di Brazil

Dicatat oleh ustazcyber di 9:34:00 PTG



Setidaknya ada empat orang dari para peminat sepak bola Piala Dunia (Piala Dunia 2014 di Brazil) yang telah memeluk agama Islam. Mereka dikatakan tertarik dengan ajaran islam setelah membaca mengenai Islam ketika meneroka alam siber. 

Menurut ketua Dewan Tertinggi Imam dan Hal Ehwal Islam di Brazil, Khaled Rizq Taqiyudin, dalam sebuah kenyataannya bahawa pertandingan Piala Dunia telah di buka di negaranya pada hari Khamis lalu, dan kempen yang bertajuk “Kenalilah Islam” telah berhasil menyampaikan Islam ke ribuan peminat bola yang datang.
  
Dewan Tertinggi Imam dan Hal Ehwal Islam di Brazil, memutuskan langkah memperkenalkan Islam. Brazil menjadi fokus dunia dan mereka mahu mengambil kesempatan di atas keadaan itu untuk memperkenalkan Islam. 
John Fontaine, menulis di akaun Facebooknya,”dua orang telah memeluk Islam selama hari-hari pertama piala Dunia di Brazil.” Ia menambahkan,”dua orang tersebut telah mencari kebenaran selama bertahun-tahun, dan kami bertemu dengan mereka lalu kami perkenalkan dengan Islam hingga mereka menyatakan syahadat setelah meyakini bahawa agama ini (Islam) adalah memang Agama yang paling benar.”

Fontaine menunjukkan bahawa salah seorang yang masuk Islam bernama Amir, telah mencari kebenaran Islam selama empat tahun, dan ia masuk islam melalui saya dan saya mengetahui darinya bahawa ia datang ke Brazil sebagai peminat bola. Ia adalah orang Amerika dari kota San Pinto di Wilayah Analdino.

Ia melajutkan.”orang kedua bernama Onlandino dari California, sebelumnya ia telah mengunjungi sebuah masjid di Ibukota Brasil, Brasilia, dan menemukan kedamaian dalam hatinya, dan setelah melakukan percakapan yang singkat, kami memberinya Al-Qur’an terjemahan, dan akhirnya ia memeluk Islam.”

Fontaine tidak merinci kebangsaan orang-orang yang masuk Islam selain mereka. Namun sementara itu, Faisal Al-Hashemi, Pengarah kempen “Jadilah Da’i Dalam Piala Dunia”, mengatakan, ”masuknya sejumlah peminat bola ke dalam Islam setelah yakin dengannya, adalah merupakan tujuan nyata dari kempen ini.”

Kempen ini menyaksikan persepsi yang sangat signifikan dari para peminat bola dari berbagai bangsa. Semuanya mengakui mereka melihat papan tanda atau kenderaan yang menyertai kempen memperkenalkan Islam kepada masyarakat. Ianya sangat membantu setiap orang yang ingin mengetahui kebenaran tentang agama Islam.”

Sebelumnya Dewan Tertinggi Imam dan Hal Ehwal Islam Brazil telah mengedar hampir 28 juta buah buku tentang Islam dan maklumat mengenai 21 Islamic Center di beberapa kota di Brazil. Ianya dicetak dalam sepuluh bahasa yang berbeda, yang di edarkan sepanjang kegiatan Piala Dunia.

Dewan Tertinggi Iman dan Hal Ehwal Islam Brazil didirikan oleh sejumlah muslim yang tinggal di Brazil dengan tujuan mempertemukan komunitas muslim di negara ini, yang jumlahnya telah mencapai 1,5 juta orang (dari total jumlah penduduk Brazil 199 juta orang, menurut bancian 2012), Umat Islam di Brazil tinggal bertebaran di berbagai wilayah dan memiliki lebih dari 100 masjid yang melibatkan 60 orang Imam dan Da’i.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text