Social Icons

Selasa, 6 Mei 2014

Adun Umno Ini Mungkin Sertai PAS.. Ikuti Penjelasannya


Pelik tapi benar. Apabila ADUN Umno terlantar di hospital, sepatutnya lebih ramai pemimpin Umno yang menziarahinya. Sebaliknya bagi ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) yang terlantar di hospital di Ipoh, beliau lebih ramai dikunjungi pemimpin PAS.

Beliau berasa tenang dan sejuk sekali dalam hati ketika dikunjungi pemimpin-pemimpin PAS semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. “Ada yang datang membawa air tawar dan tidak ketinggalan mereka mendoakan saya sepanjang 11 hari dirawat di sana,” kata ADUN Paloh itu ketika dikunjungi anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di rumahnya di Chiku 3 , Gua Musang petang semalam.

Hadir sama pada kunjungan itu Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad, Penyelia DUN Galas, Ustaz Abdullah Husain dan Penyelia DUN Paloh, Noraini Hussin. Nozula bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan di Km 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 17 April lalu ketika dalam perjalanan ke Perak.

Kemalangan itu menyebabkan isterinya, Datin Maziah Din meninggal di tempat kejadian, manakala ADUN Paloh mengalami kecederaan serius pada dada, paru-paru dan tujuh tulang rusuknya patah. 

Nozula yang kini sudah mampu berjalan namun masih mengadu sakit di bahagian dada memberitahu semasa dirawat di Ipoh, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat PAS menziarahinya. Dan paling ramai pemimpin PAS Perak termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Ketika Tengku Razaleigh Hamzah datang melawat saya di sana, saya sebut kepadanya, kita mungkin tidak lama lagi dapat berkawan kerana ramai pemimpin PAS datang menziarahi dan mendoakan saya. “Mungkin saya juga boleh bersama mereka,” katanya sambil berseloroh diikuti ketawa rombongan Che Abdullah yang menziarahinya.

Nozula juga memberitahu tiga minggu sebelum kejadian, isterinya beriya-iya benar mahu menukar perabot dan cat di bahagian dalam rumahnya kepada warga putih.

“Segala kusyen, dinding rumah dan perabot ditukar kepada warna putih. Pada suatu malam dia menunggu sehingga jam 1 pagi melihat pekerja sedang mengecat rumah. “Saya tanya mengapa tidak tidur lagi, dia kata mahu tengok orang mengecat rumah,” kata Nozula.

Suasana putih jelas kelihatan di bahagia dalam rumahnya. Hampir kesemua ruang termasuk perabot dan perhiasan dalaman juga kelihatan putih. Pada kunjungan itu Che Abdullah turut menghulur sumbangan atas simpati kematian isterinya. ~fmt  KLIK SUMBER
(http://addindeen.blogspot.com/2014/05/adun-umno-ini-mungkin-sertai-pas-ikuti.html)

LIHAT GAMBAR KEMALANGAN BELIAU...

ADUN Paloh cedera, isteri meninggal dunia terbabit nahas di Cameron Highlands

Ipoh: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Kelantan, Datuk Paduka Norzula Mat Diah cedera manakala isterinya, Datin Paduka Maziah Din meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, kereta yang dipandu Norzula, dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit. 
kejadian itu berkata, kenderaan berkenaan dipercayai terbabas berikutan kerana permukaan jalan yang licin. 

Ketua Polis Negeri,Datuk Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu berkata kenderaan berkenaan dipercayai terbabas berikutan kerana permukaan jalan yang licin.

 "Beliau (Norzula) kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh serta berada dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi," katanya.

Acryl Sani berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung kejadian itu dari semasa ke semasa.

SUMBER SINI 

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH DARIN PADUKA MAZIAH DIN........







Macam penulis sebutkan dalam tajuk diatas,KOMEN komen  begini  YANG KITA TIDAK MAHU.....pen
- See more at: http://www.jomgelakfm.my/2014/04/6-gambar-terkini-kemalangan-datuk.html#sthash.fNZRydB2.dpuf

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text