Social Icons

Isnin, 30 Mac 2015

Alangkah Bahagianya Rakyat Malaysia Jika Semua Menterinya Hidup Begini

Syarat utama menjadi pemimpin ialah bertanggung jawab dengan amanah yang dipikulkan. Malangnya ramai yang menjadi pemimpin dengan niat mengaut kekayaan, keuntungan dan laba berganda. Menggunakan kedudukan untuk mengumpul kemewahan menjadi agenda utama golongan sebegini. 

Tidak ramai yang insaf dengan amanah kepimpinan mereka sebab itu kita mudah berjumpa rakyat susah menderita di mana-mana. Ramai pemimpin tidak buat kerja membela rakyat. 

Dalam keadaan segolongan pemimpin berebut-rebut mengkayakan diri dan kroni, kita rasa bahagia melihat ada menteri yang masih kekal merendah diri dan beralah. Biarlah orang lain hendak berlumba-lumba mempamerkan kemewahan 'macam nak rak'. 

Bagi orang baik sebegini, cukuplah sekadarnya. Yang penting tunaikan amanah dengan penuh rasa tanggung jawab. Tidak perlu berebut habuan yang bukan hak kita. Allah yang menentukan rezeki kita. Kalau ada rezeki lebih dari sumber halal dan berkat, banyakkan bersedekah, berzakat, buat wakaf untuk bekalan di negeri yang kekal abadi. 

Suka baca kisah menteri ini. Pak Lang pernah jumpa dengannya. Orangnya tawadhuk dan mesra. Memang sesuai diamanahkan sebagai menteri untuk tengok hal ehwal wanita, keluarga, masyarakat dan kebajikan rakyat!!

Rumah ‘Mewah’ Menteri Malaysia Didedahkan
Inilah Rumah Menteri Saya

Apabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya-raya. Mungkin ada asasnya disitu kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar serta kenderaan yang mewah.

Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.

Pagi tadi, saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching. Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun yang lalu. Tiada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.

Kenderaan Land Cruiser Ninja, itu pun milik jabatan.


Dalam tempoh itu, YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari Universiti of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya membuat pengubahsuaian sebanyak tiga kali. Itu pun di bahagian porch dan dapur.

Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yang pegawai ini pula beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman.

Jadi kepada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd Karim, lihatlah sendiri dan inilah jawapannya.

Artikel di atas dipetik sepenuhnya dari: Facebook Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia







0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text