Social Icons

Isnin, 17 Jun 2013

Pemilihan UMNO Guna Kaedah Baru

Menarik untuk kita ikuti episod pemilihan UMNO tidak lama lagi. Bacalah!
KLIK SUMBER

Pemilihan UMNO guna kaedah baru
2013/06/16 - 06:06:29 AM

Alor Setar: Kaedah baru pemilihan untuk pelbagai jawatan dalam UMNO akhir tahun ini, tidak bermakna sesiapa saja boleh menawarkan diri untuk bertanding.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh, berkata kaedah yang akan dilaksanakan hanya terbuka kepada mereka yang berkelayakan dan tidak terbuka secara am kepada semua ahli kerana ia dikhuatiri akan mengundang masalah lain yang lebih besar.

“Ada syarat lain yang diperincikan, ia tidak terbuka secara am tetapi terbuka secara khas kepada mereka yang berkelayakan. Tidak semestinya semua orang boleh bertanding tanpa syarat dan kelayakan. Namun, ia tidak sampai ke peringkat menyusahkan mana- mana pihak untuk bertanding. Saya tidak boleh bagi contoh, cuma dapat beritahu ia dipermudahkan daripada biasa."

Ahli parti yang berminat (bertanding) tidak perlu gusar,” katanya selepas menyampaikan taklimat tertutup, memperjelaskan kepada ahli dan pemimpin UMNO Kedah/Perlis mengenai kaedah baru proses pemilihan parti, di Bangunan Tunku di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan pemimpin UMNO Kedah/Perlis dari semua sayap parti.

Siri jelajah

Abd Rauf berkata, kaedah dan syarat bertanding di semua peringkat jawatan dalam UMNO sudah diperincikan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 2009 dan disahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Siri jelajah ini khusus untuk memperkenalkan kaedah baru yang sedang berjalan bagi memastikan ketika pemilihan nanti, ia berjalan lancar.

Siri jelajah ini dijangka selesai pada 30 Jun ini sebelum kita membentangkannya dalam mesyuarat MT untuk menentukan tarikh pemilihan.

“Selain itu kita juga akan melantik seramai kira-kira 4,000 sukarelawan bagi membantu tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pemilihan UMNO mengendalikan pemilihan parti,” katanya.

Pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009 membolehkan jumlah ahli mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada 145,000 berbanding hanya 2,500 ahli mewakili UMNO bahagian pada pemilihan sebelum ini.

Di Georgetown, Tajol Rosli dan Ab Rauf memberi taklimat sama untuk kira-kira 1,000 ahli UMNO Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas.

Ab Rauf berkata, semua cawangan UMNO disarankan mengadakan mesyuarat pemilihan bermula 15 Julai hingga 31 Ogos ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text