Social Icons

Rabu, 16 Julai 2014

Isu Pertukaran MB Selangor Sudah Selesai Dengan Kenyataan Tan Sri Khalid

Isu menukarkan MB Selangor sudah dianggap selesai apabila Tan Sri Khalid membuat kenyataan terbuka mengenai hal ini. Beliau menyatakan bahawa beliau akan terus kekal memegang jawatan MB Selangor sehingga pilihanraya akan datang. Termanggu-manggulah semua yang sedang cicir liur untuk duduk di kerusi MB Selangor. Apa yang dihajat tidak kesampaian, malu pula yang dapat.


 
Kata Tan Sri Khalid, beliau mahu mengambil masa bagi menunaikan janji kepada rakyat Selangor, yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Ini bulan Ramadhan. Saya dah nyatakan dulu yang saya mahu kekal sampai tamat penggal saya sepertimana saya janjikan kepada rakyat Selangor. "Saya telah mengangkat sumpah untuk menguruskan negeri ini sehingga pilihan raya akan datang," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor hari ini.

Katanya lagi, beliau tidak gusar dengan tekanan ke atasnya agar berundur dari jawatan tersebut. "Saya dah biasa dengan tekanan ini," kata beliau ketika ditanya lanjut mengenai kritikan yang timbul ke atas pentadbirannya, termasuk dari rakan sekutu dan pemimpin partinya sendiri.

Berikut pula adalah ulasan seorang penulis blog - Pak Aspan Alias mengenai isu pertukaran MB Selangor...

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini lebih tegas dengan mempertahankan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang telah beliau janjikan kepada rakyat Selangor semasa mengangkat sumpah jawatan itu selepas pilihanraya yang lalu. Selama ini semuanya membuat kenyataan dalam ‘riddle’ baik dari Khalid sendiri mahupun dari kumpulan yang ingin menjatuhkan beliau.

Semalam Tuanku Selangor berkata supaya tidak ada sesiapa yang perlu menunjukkan arah kepada beliau terutamanya dalam isu yang beliau mempunyai hak untuk membuat keputusan termasuk perlantikan Menteri Besar Negeri Selangor itu. Apa yang di titahkan Tuanku Selangor itu semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang semalam, menunjukkan yang Tuanku Sultan mahu masing-masing manjaga lopak masing-masing.

Melantik seorang Menteri Besar itu adalah lopak baginda sendiri dan tidak siapa yang wajar memaksa baginda untuk melakukan yang lain dari apa yang telah diperuntukkan untuk baginda. Itu telah diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri dan jika ada mana-mana pihak untuk merencatkan perlaksanaan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang tubuh itu, pihak itu sememangnya mengundang krisis perlembagaan dinegeri itu yang sangat besar implikasinya kepada rakyat Selangor dan Persekutuan kita ini.

Mungkin oleh kerana keyakinan Khalid itulah yang menyebabkan hari ini beliau membuat kenyataan tegas yang beliau akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang terkandung dalam sumpah jawatan beliau mac Tahun lepas. Apa yang boleh kita fahami ialah Tuanku Selangor tidak akan melayan kehendak mana-mana pihak yang ingin melakukan apa-apa yang tidak secocok dengan kehendak rakyat Selangor. Biar Selangor menentukan nasib Selangor itu sendiri.

TS Khalid hari ini mengingatkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menghormati sistem Raja Berperlembagaan Negeri Selangor, tentunya dalam usaha memperkuatkan natijah yang beliau mendapat sokongan kuat dari pihak istana.

Anwar, kata seorang rakan saya, tidak akan beberapa faham tentang isu ini kerana beliau tidak mempunyai Raja di Pulau Pinang itu, dan tidak boleh juga di salahkan beliau jika beliau tidak menjiwai isu ini.

Bagi beliau, jika berjaya mengumpulkan manusia untuk berdemonstrasi itulah pemimpin sebenarnya. Tetapi dalam isu Selangor ini membuktikan yang tidak semua kehendak sesiapa dapat dipenuhi dengan tikam menikam dari belakang ini.

DAP dan PAS kena faham siapa yang bermain api dan siapa yang hendak memadamkan api ini. Kena faham ada pihak yang mahukan keuntungan dari kemelut yang dihadapi oleh Selangor sekarang ini.

Dalam politik ini ‘wisdom’ itu penting. Itu sebabnya sesiapa yang lemas dengan publisiti dan telag merasakan kehebatannya, ia akan murudum kerana yang tidak mempunyai ‘wisdom’ untuk melakukan sesuatu tindakan politiknya. SAMBUNG BACA DI SINI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text