Teks Ucapan
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kempas
YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
di Dewan Undangan Johor.
1hb Jun 2014/ 2 Sha’ban 1432H
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kempas
YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
di Dewan Undangan Johor.
1hb Jun 2014/ 2 Sha’ban 1432H
Bismillahirahmanir Rahim.
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Datuk Speaker,
1. Izinkan saya bagi pihak rakyat diKempas merakamkan ucapan
terima kaseh kami kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam
perbahasan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia
Baginda Sultan di bangunan Sultan Ibrahim tempoh hari.
2. Saya telah hayati dengan penuh keprihatinan titah ucapan Ke
Bawah Duli Tuanku. Ternyata DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar amat peka dengan situasi negara khususnya di negeri Johor Darul
Taqzim.
3. Anak Johor terus menjunjung duli bersetia kepada Baginda Sultan.
Datuk Speaker
4. Sejujurnya, saya mewakili rakyat Johor di bumi Kempas
mengucapkan syabas kepada Dato’ Menteri Besar yang melafazkan ikrar dan
janjinya untuk tidak mengizinkan pembinaan gedung perjudian berupa
“casino” di mana-mana tempat di bumi Johor ini.
5. Sebagai rakyat negeri Johor, kami merasa lega dan amat
bersyukur kerana memiliki seorang Menteri Besar yang kental jiwa raganya
untuk tidak merelakan sebarang elemen kemungkaran berlaku di negeri
ini.
6. Namun begitu, adalah menjadi harapan kita agar lafaz ikrar
Datuk Menteri Besar diterjemahkan secara total, di mana selain tidak
mengizinkan pusat perjudian ala casino dibangunkan, kita juga mahukan
sebarang kegiatan perjudian seperti bercorak mesin judi yang masih
terdapat di beberapa premis atau rumah kedai segera dihapuskan tanpa
sebarang toleransi, samada oleh pengusaha kecil mahupun syarikat2 besar
yang sudahpun bertapak di Johor sebagai yang mempunyai lesen dan sudah
tentunya berkeyakinan akan mendapat kelulusan dari pejabat daerah untuk
berfungsi dimasa akan datang.
7. Kebimbangan saya berputik apabila sejak akhir akhir ini, bumi
Johor sudah dilihat sebagai destinasi tumpuan kalangan beberapa orang
“Tauke Perjudian” berlesen yang berselindung disebalik melakukan
pelaburan hartanah. Jika kita tidak bersiap siaga, ada kemungkinan
mereka turut membangunkan perisian perjudian di tempat yang sudah pun
berlesen menjual arak secara terbuka.
8. Janganlah mentang mentang tempat tersebut di benarkan menjual
arak secara terbuka, kita bagi pula permit membuka tempat “slot machine”
dengan izin di tempat yang sama. Ingatlah jangan kita cuba mengalihkan
dosa kita kepada kerajaan pusat semata2 kerana lesen itu dikeluarkan
oleh mereka. Perlu kita ingat bahawa jika permit tidak di keluarkan oleh
pejabat daerah, walaupun ada lesen dari kerajaan pusatpun, mereka tidak
boleh beroperasi mengikut kepada undang undang.
9. Sia-sia sahjalah jika kita berusaha untuk menukarkan hari
percutian kita kepada hari Jumaat untuk mendaulatkan Agama Islam di
negeri Johor ini, jikalau kita benarkan pula tauke perjudian memulakan
empayar perniagaannya disini.
10. Bukanlah menjadi hasrat saya untuk menzahirkan rasa tidak
yakin di atas kepekaan serta ketegasan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri
Besar, namun ada kalanya kita harus saling tegur menegur dan ingat
mengingati antara satu sama lain.
11. Saya ingin menyarankan dalam kita menjanjikan bumi Johor ini
terhindar dari sebarang elemen perjudian yang mungkin cuba di bawa oleh
pelabur dari luar atas nama pembangunan, seharusnya setiap kegiatan
ekonomi hendaklah dikongsi sama rata sama rasa.
YB Datuk Speaker
12. Kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor
yang sentiasa taat setia selama ini terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali
dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama mengamit pelaburan.
13. Walaupun kita mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor
dari negara mana sekali pun, kita seharusnya bijak menilai pelaburan
asing tersebut. Soalan utama yang harus dijawab adalah samada pelaburan
tersebut boleh memenafaatkan rakyat Johor seperti menyediakan peluang2
pekerjaan, menjana peluang perniagaan industri kecil, dan sederhana, di
sektor perkhidmatan sokongan (support services) melalui kerjasama dengan
syarikat tempatan, pemindahan teknologi dan sebagainya.
14. Penjualan hartanah kepada pelabur asing tidak dilihat seperti
mempunyai nilai tambahan secara langsung maupun tidak langsung kepada
rakyat dibumi Johor. Sebaliknya ia hanya menguntungkan pihak yang
membuat transaksi tersebut dan sekaligus menghijrahkan Rakyat yang
kurang berkemampuan ke kawasan2 luar bandar dan terpencil kerana kos
kehidupan dikawasan bandar sudah tentunya akan meningkat kelak. Ini
belum lagi diambil kira budaya yang hendak di bawa oleh warga asing yang
mungkin tidak serasi dengan Rakyat tempatan, jika mereka berhasrat
untuk membanjiri kawasan dan bandaraya yang terlibat.
Datuk Speaker
15. Baru baru ini saya juga terbaca laporan berita di dalam dan
luar negara mengenai ujudnya percaturan kuasa asing terhadap untung
nasib bumi bertuah ini.
16. Laman sesawang luar negara tersebut menyiarkan berita seorang
hartawan hebat dari negara jiran telah memeterai memorandum
persefahaman @ MOU dengan pihak tempatan di Johor bagi mengujudkan
sebuah syarikat keselamatan di Wilayah Pembangunan Iskandar.
17. Khabarnya syarikat milik jutawan itu juga sedang “mengintai”
peluang melebarkan jaringan perniagaannya bukan hanya untuk membekalkan
tenaga pengawal keselamatan dengan kekuatan sejumlah enam ratus orang
lengkap bersenjata, malahan ia bakal mengujudkan jaringan peralatan
serba canggih termasuk sistem perisikan.
18. Pasukan kawalan keselamatan milik jutawan tersebut hampir
menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah
Pembangunan Iskandar, jika beliau berjaya memperolehi kontrak tersebut.
19. Dan jika tidak silap kefahaman saya, berita tersebut turut
menyatakan syarikat milik jutawan negara jiran itu juga, di jangka
memperolehi kontrak untuk membekalkan anggota dan sistem keselamatan dan
jaringan peralatan di negeri Pulau Pinang dan ibunegara kita Kuala
Lumpur atas nama perkongsian intelektual. Fikirkanlah, Wilayah Iskandar,
Pulau Pinang dan Kualal Lumpur, Tiga wilayah yang strategic yang boleh
menyenangkan kegiatan “international sabotage” jika perlu.
20. Dan jika benarlah seperti yang diberitakan, ini bererti
negeri Johor tidak lagi berperanan sebagai benteng utama negara. Malahan
negeri Johor berkemungkinan menjadi jambatan terpenting bagi negara ini
melebarkan jaringan wilayahnya secara langsung.
21. Dengan menerima pakai sistem keselamatan serta kehadiran
gerombolan pengawal keselamatan milik syarikat tersebut di bumi ini
nanti, dapatkah di jamin bahawa setiap rahsia kerajaan terpelihara dari
sebarang kegiatan intipan? Mampukah pihak berwajib yang bertanggung
jawab terhadap kedaulatan dan kerahsiaan negara menjamin kesiagaan kita?
22. Janganlah hendaknya percaturan politik serta salah urus
tadbir meletakkan untung nasib masa depan kepimpinan, bangsa dan rakyat
Johor berada di laluan sukar dan menghampiri suatu jurang kehancuran
yang sebenarnya boleh kita elakkan sekarang sebelum ianya terjadi.
Insh’Allah.
Datuk Speaker
23. Kempas Menjunjung Kaseh sekali lagi keatas Titah Ucapan
KBDYMM Baginda Sultan tempuh hari tentang Pulau Batu Putih. Kita telah
pun kehilangan hak kedaulatan kita di atas Pulau Batu Putih yang kini
dikenali sebagai “Pedra Branca” kepada Singapura apabila pasukan Peguam
Negara yang arif lagi bijak pandai tewas perbicaraan di International
Court of Justice di The Hague.
24. Jikalau Pulau Batu Putih yang secara fisikalnya kita boleh
lihat, boleh terlepas dari tangan kita, dan terpaksa diusahakan
Insh’Allah untuk memenanginya kembali, bagaimanakah dan dimanakah kita
merujuk jika kita kehilangan sebahagian atau keseluruhan kuasa dan
keselamatan negeri kita kerana perisikan musuh yang tidak boleh dilihat
secara fizikal?Adakah kita bersedia untuk kehilangan sekali lagi
sebahagian besar dari kedaulatan Negeri kita?
25. Adakah kita hendak berjudi pula dengan kemerdekaan yang kita
kecapi selama ini, dengan memberi kuasa asing yang sudah tentunya tidak
ada ketaat-setiaannya kepada negari kita dan memberinya ruang untuk
menyusup dan merisik segala rahsia kerajaan dan rakyat negeri Johor ini?
Naudzubillahiminaalzalik.
26. Jika ianya berlaku, maka tiada satu mahklukpun dimukabumi Allah ini, yang boleh memulihkannya kembali, kerana mengikut kepada maksud suatu firman Allah SWT, “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasib mereka sendiri.”
26. Jika ianya berlaku, maka tiada satu mahklukpun dimukabumi Allah ini, yang boleh memulihkannya kembali, kerana mengikut kepada maksud suatu firman Allah SWT, “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasib mereka sendiri.”
27. Dari itu kitalah yang harus berusaha dahulu untuk menjaga keselamatan negeri kita, sebelum kita bertawakal kepada Allah SWT.
28. Berbekalkan pengalaman serba merencam dan kepelbagaian
kontroversi, apakah kehadiran jutawan yang memeterai memorandum
persefahaman bersama pihak tempatan itu boleh sekadar dipandang sepi
serta tidak wajar dipertikaikan?
YB Datuk Speaker,
29. Dalam kerancakkan kita membangunkan hartanah dan lain2
pelaburan di Johor ini khususnya di kawasan saya di Kempas, saya
menuntut agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pentadbiran Yang
Amat Berhormat Datuk Menteri Besar tidak akan merelakan mana-mana pihak
untuk membuat rakyat Johor, khususnya di bumi Kempas menitiskan airmata
mereka.
30. Sesungguhnya apabila kita melaungkan “ Luaskan Kuasamu ” yang
sudahpun menjadi mantra Keramat kita, Wajiblah Kerajaan Negeri ini
menentukan bahawa laungan itu adalah exclusive dan khusus hanya untuk
rakyat negeri ini sahaja dan bukan nya suatu undangan terbuka kepada
mana2 warga asing untuk Meluaskan Kuasanya dibumi Johor ini.
31. Kempas Berdo’a, Jangan Sampai Rakyat diNegeri Johor Ini Hanya
Menang Bersorak Tetapi Negerinya Tergadai. Barang Di Jauhkan Allah.
Akhirkata YB Datuk Speaker, Luaskan KuasaMu! Kempas Mohon Menyokong.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum WBT. - The Patriot
p/s Ini baru betul-betul Yang Berhormat yang harus disokong dan dihormat.
0 ulasan:
Catat Ulasan