Social Icons

Jumaat, 16 Oktober 2015

Bantulah Ibu Tunggal Ini Bersama 7 Anaknya

PASIR PUTEH - Seorang ibu tunggal miskin buntu memikirkan nasib tujuh anaknya selepas kematian suami dua minggu lalu.
Nik Asma Nik Pa, 36, berkata, suaminya, Roslan Rashid, 46, yang menghidap penyakit kencing manis selama hampir tujuh tahun, meninggal dunia akibat angin ahmar pada 20 September lalu.
Menurutnya, kini mereka lapan beranak terpaksa menumpang teduh di rumah saudara untuk sementara waktu kerana bimbang keselamatan mereka sekiranya masih tinggal di kediaman lama yang usang, tanpa suami di sisi.
“Sehingga hari ini saya berbelanja menggunakan duit yang disedekahkan orang ramai pada hari kematian itu, saya tidak tahu nasib kami selepas ini.
“Mungkin saya akan bekerja dengan saudara kerana anak-anak masih kecil dan saya tidak boleh bekerja jauh dari rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal dekat sini, semalam.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya selama 19 tahun, mereka dikurniakan tujuh anak iaitu Nur Salsabila, 18, yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Nur Najihah, 17, Syahira Balqis, 16, dan Iskandar Zulkarnain, 14, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal, Mohd Alif Asyraf, 12, dan Hafiz Muhaimi, 8, yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai dan Mohd Hafiz Iqbal, 4.
Nik Asma berkata, rumah yang mereka diami sejak enam tahun lalu, asalnya di atas tanah milik datuknya tetapi statusnya berubah kerana tidak membayar hasil tanah.
Tambahnya, keadaan rumah itu agak usang dengan sebahagian dinding terpaksa ditutup dengan zink dan lantai yang semakin mereput.
“Kena hati-hati jalan dalam rumah.. kena pilih tempat yang kuat untuk dipijak kerana banyak papan lantai yang sudah reput.
“Dengan keadaan rumah yang begini dan ketiadaan suami, saya rasa keluarga lebih selamat berteduh di rumah saudara,” katanya.
Sinar Harian Ahad 4 Oktober 2015.
No akaun : 03090020182148
Bank Islam..no tel 0145283040..nik asma nik pa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text