Social Icons

Sabtu, 28 Mac 2015

Rupa-rupanya Ada Air Terjun Semula Jadi Di Puchong!!

Bila membaca Blog The Vocket, Pak Lang baru tahu ada satu kawasan rekreasi di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Setelah google, tempat itu hanya 16 minit sahaja daripada Rumah Amal Limpahan Kasih, Kg Seri Aman, Puchong. Menarik!!

Melihat video di bawah, ternyata kawasan tersebut sangat bersih, 'suci' dan terpelihara. Khabarnya hutan simpan tersebut tidak mudah dimasuki. Perlu dapat kebenaran. 

Zaman sekarang, tidak ramai manusia yang menghargai alam sekitar yang bersih, nyaman dan indah. Ramai yang mementingkan diri (dalam jangka masa pendek). Mereka suka membuang sampah atau kotoran sewenang-wenangnya. 

Hakikatnya manusia yang berfikir dan insaf, akan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Jika sayangkan anak cucu kita, pastikan kita kekalkan kesegaran udara dan kebersihan alam sekeliling kita. Jika kita mementingkan diri, anak cucu kita akan 'tenggelam' dalam kotor, busuk dan hanyir satu masa nanti.


Saksikan video di bawah. Sekumpulan pemuda telah melawat satu kawasan yang diibaratkan “syurga” tersembunyi di Malaysia yang digelar “blue lagoon”. Mereka mengambil masa dua jam meredah hutan untuk sampai ke air terjun. Seperti yang anda lihat dalam video, air terjun ini berwarna biru kehijauan dan berbentuk seakan seakan kolam mandi, cukup dalam untuk terjun. Air terjun seperti kolam ini pasti memberi pengalaman berenang dan menenangkan diri yang sangat menarik kepada pengunjung.

Air terjun ini terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor. Kawasan ini adalah kawasan larangan dan dijaga oleh renjer hutan. Pengunjung perlu mendapatkan kebenaran khas atau permit untuk memasuki “syurga” ini. Kawasan ini juga menjadi tempat penyelidikan bagi pelajar pelajar UPM. Kami berharap anda semua bijak untuk menjaga dan menghormati alam dan hutan yang cantik seperti ini. Mohon tidak merosakkannya. Pergi Sungai Chilling sudah cukup. 

SUMBER; THE VOCKET

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text