Setiap orang yang beriman wajib berusaha menangani masalah sosial di negara kita. Semua mesti terjun ke gelanggang dakwah dan pendidikan untuk berusaha menyelamatkan remaja muslim di seluruh pelusuk negara!!
KL Jan 17 2010.
SETIAP 17 minit 17 saat, lahir seorang anak haram atau anak luar nikah di Malaysia. Tercatat 83.3 kes setiap hari dan purata bulanan berjumlah 2,500 kes.
Lihat, laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakanterdapat 235,000 kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2006 hingga pada bulan Julai 2010. Jumlah itu merupakan sembilan peratus daripada 2.48 juta kelahiran. Dan ianya terus meningkat.
Cuba lihat statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003). Dan 30,978 dari 70,430 (44%) bayi yang tidak sah taraf itu, adalah anak orang Islam.
Kajian Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga pada 2004 menganggarkan 2.2 peratus daripada 8.7 juta remaja di negara ini atau lebih kurang 190,000 orang didapati telah pernah berzina!!
Adakah statistik ini akan mengatasi remaja di negara barat? Kajian menunjukkan remaja Malaysia berusia antara 15 hingga 25 tahun telah melakukan seks sebelum kahwin sebanyak 21 peratus berbanding Brazil (33 peratus), Amerika (50 peratus) dan Britain (60 peratus)....Ya Allah!!
Jumlah bayi tidak sah taraf di seluruh Malaysia (1999 - 2003):
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
0 ulasan:
Catat Ulasan