Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing melahirkan rasa sedihnya susulan rombakan kecil kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mendakwa formula perdana menteri dalam memberikan jawatan menteri itu “tidak mencerminkan kekuatan parti komponen”.
Presiden salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia Timur itu berkata, peruntukan portfolio menteri yang diberikan semalam juga mengabaikan sumbangan Dayak terhadap kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
PRS pada masa ini adalah parti kedua terbesar dalam gabungan empat parti BN Sarawak. Masing berkata, walaupun beliau senang dengan kemasukan semula MCA dalam kabinet, beliau bagaimanapun kecewa kerana permintaan partinya unauk mendapatkan jawatan timbalan menteri tidak diendahkan.
“Perdana menteri tahu kehendak PRS. Saya sudah menulis surat kepadanya. Saya akan mengingatkan beliau lagi,” kata Masing yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak, ketika diminta mengulas rombakan kabinet semalam.
Masing sedih berikutan hakikatnya ialah pada PRU13, PRS menang semua enam kerusi yang dipertandingkan sementara MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi yang diperuntukkan.
Dengan tujuh ahli Parlimen, MCA diberikan dua jawatan menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet semalam – presidennya Datuk Seri Liow Ting Lai kini menteri pengangkutan sementara timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Parti itu juga diberikan tiga jawatan timbalan menteri. Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Chua Tee Yong sebagai timbalan menteri Kewangan sementara Datuk Lee Chee Leong menjawat jawatan timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Semua tiga timbalan menteri yang baharu itu adalah naib presiden MCA, dengan Chew dan Lee dilantik senagai senator. Masing berkata, sebaliknya, PRS dengan enam ahli Parlimen hanya ada seorang wakil dalam kabinet – Datuk Joseph Entulu Belaun, menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kerajaan ditetapkan oleh jumlah kerusi dimenangi parti ketika pilihan raya umum, bukan dengan berapa jumlah ahli sesebuah parti,” katanya. Masing juga bengang apabila kekuatan partinya disetarakan dengan parti majoriti Cina, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang hanya menangi satu kerusi, kerusi Dayak, dalam tujuh yang diberikan untuk bertanding dalam pilihan raya umum tahun lalu.
Walau hanya dengan satu kerusi, SUPP diberikan jawatan menteri dalam kabinet – Datuk Richard Riot, timbalan presiden SUPP dilantik sebagai menteri Sumber Manusia.
Satu lagi parti BN Sarawak, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), menang empat kerusi dalam pilihan raya itu tetapi tidak mendapat tempat mewakili parti dalam kabinet.
“Tiga parti ini secara kolektif menyumbang 10 kerusi kepada BN, tetapi mereka hanya diberikan empat jawatan menteri penuh dan tiga timbalan menteri.
“Antara PRS dan SPDP, kami menyumbangkan 9 kerusi, tetapi hanya diberi satu jawatan menteri penuh. “Dengan jujur, saya tidak boleh kata PRS gembira dengan peruntukan yang kami terima walaupun kuasa pelantikan menteri terletak di tangan perdana menteri.
“Saya hanya berharap dalam masa terdekat, PRS akan diberikan pertimbangan berikutan sumbangan besarnya dalam berjaya menjadikan BN pentadbir negara ini.
“Jangan terus mengabaikan kami, kalau tidak pengundi kami juga akan mengabaikan kami menjelang pilihan raya umum ke-14,” katanya. ~tmi

0 ulasan:
Catat Ulasan