Social Icons

Selasa, 7 Mei 2013

Haruan Makan Anak, Datuk Rogol Cucu Apa Puncanya?

Pak Lang teringat orang-orang tua di kampung yang tidur berasingan suami isteri!!

Untuk anak cucu dan remaja janganlah tidak mahu membaca paparan ini. Ada banyak hal yang anda semua kena tahu tentang golongan tua. Paling tidak anda juga akan tua satu masa nanti. Anda patut tahu perkara sebegini kerana anda pasti ada datuk dan nenek atau saudara mara yang dekat yang sudah berumur.

Kita semua selalu mendapat cerita datuk rogol cucu, haruan makan anak dan sebagainya! Nah! inilah puncanya. Masyarakat Melayu sangat pemalu dan selalu menyebut. "Apa orang kata!" Jadi kebanyakan suami isteri yang berumur lanjut atau berusia emas memilih memendam rasa, tidur berasingan. Nenek di dalam bilik, datuk di katil 'singgle' di mana-mana ruangan pun. Mereka malu untuk dilihat tidur bersama. Apatah lagi jika ada cucu cilik yang suka mengusik, "Kenapa atuk dan nenek tidur sama-sama macam abah dan emak. datuk kan sudah tua.....!!"

Apa-apa pun situasi ini biasanya bermula bila sinenek sudah habis kitaran haidnya. Nenek yang sudah monopouse ini akan semakin hilang keinginan atau kemahuan seksual. Ianya berlaku sedikit demi sedikit. Walaupun sisuami yang biasanya melebihi usia sinenek akan terus minta dilayan keinginan seksnya, sinenek ini akan cuba mengelak dan mengelak. 

Ada seorang kawan Pak Lang bermalam di rumah keluarganya yang sudah berusia lanjut. Di tengah malam dia terjaga dari tidur mendengar orang berlari di dalam rumah. Walaupun rumah batu tapi derapan kaki dua orang manusia berlari di tengah malam tentulah sangat mengejutkan. Rupa-rupanya sidatuk mengejar sinenek. Sidatuk minta 'dilayan', sinenek tak mahu. Tiba-tiba terdengar suara si anak kepada pasangan tersebut yang berusia 30an berkata selamba kepada maknya iaitu sinenek, "Mak 'bagi' sahajalah apa yang bapa hendakkan itu, jika tidak kami semua tak boleh tidur." Mujurlah sianak itu bersikap sedemikian. sekurang-kurangnya memahami keperluan keinginan seks bapanya. Tidaklah Pak Lang ketahui bagaimana akhirnya kisah mereka.

Masyarakat Islam perlu disedarkan perlunya poligami untuk lelaki yang mempunyai keinginan seks yang kuat. Tanpa poligami bagaimana keinginan dan keghairahan itu mahu disalurkan?

Tentulah kita tahu jawapannya! Apa yang lebih penting, didiklah masyarakat kita memahami kehendak Allah dan Rasul untuk kita di akhir zaman ini. Islam ada jalan penyelesaiannya yang tersendiri. 

Dalam isu warga tua yang inginkan layanan seks dari siisteri, tidak ada jalan lain melainkan poligami. Baginda Rasulullah saw berbangga dengan umat Baginda yang ramai di hari kiamat. Usahakanlah beristeri ramai dan mempunyai anak yang ramai. Untuk itu usahakanlah menjadi orang yang 'mampu' jika mahu menempuh poligami.

Untuk anak cucu semua, pekalah dengan situasi datuk atau bapa kita yang sudah berumur. Tanyalah mereka dengan berterus terang jika mereka mahu atau sanggup berpoligami. Jika mereka hanya tinggal seorang diri setelah kematian isteri, segerakanlah carikan pengganti secepat yang dapat. Hormati dan sayangilah emak tiri atau nenek tiri anda sebaik mungkin. Janganlah dilihat sangat kelemahan dan kekurangannya kerana yang penting bagaimana dia sahaja yang mampu melayan dan menguruskan bapa atau datuk anda...

Jika anda sanggup menghormati, menyayangi dan mengasihi emak tiri atau nenek tiri anda, itulah tandanya anda dipimpin Tuhan untuk menuju jalan ke syurgaNya...




RSA dan BW ar, kami mohon dengan keberkatan dan ketinggian maqam tuan-tuan, bantulah semua warga tua agar tidak terjebak dengan dosa zina di hujung hayat mereka!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text