Social Icons

Selasa, 9 Disember 2014

Pelik!! Ramai Yang Membaca Bismillah Sebelum Mengucapkan Salam!!

السلام قبل الكلام
"SALAM SEBELUM KALAM ( BERCAKAP)"

Akhir-akhir ini kita selalu dapati penceramah atau ustaz-ustazah yang memulakan ucapan mereka dengan menyebut 'Bismilah' terlebih dahulu kemudian baharulah mereka lafazkan ucapan "Assalamualaikum".

Niat mereka mungkin baik untuk mendapatkan keberkatan 'Bismilah'. Memang ada hadis yang menyebut mana-mana pekerjaan yang tidak didahulukan dengan 'Bismilah' adalah terputus dari mendapat keberkatan.

Bagi mereka yang biasa bermu'asyarah (bergaul) dengan ulama tradisional dan ulama yang Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia, amalan membaca 'bismilah' sebelum mengucap salam adalah suatu yang janggal dan pelik. 

Tetapi hari ini, ramai ustaz muda sudah tidak berpengalaman bergaul dengan ulama-ulama lama. Mereka sekadar membaca kitab dan melakukannya dengan 'ijtihad' mereka sendiri. Jadi tidaklah hairan kenapa di negara kita hampir semua ustaz-ustaz penceramah memulakan bicara mereka dengan bismilah sebelum mengucap salam. 

Paparan berikut dapat menjelaskan tentang hukum salam sebelum kalam atau berbicara..:Hakikatnya tidak disunnahkan mengucapkan salam ketika didahului oleh pembicaraan. Kerana tempatnya atau kedudukan salam itu adalah sebelum berbicara.

روى الترمذي عن جابر قال النبي السلام قبل الكلام قال الغزيري يحتمل أن المعنى يندب السلام قبل الكلام لانه تحية هذه الأمة فاذا شرع المقبل في الكلام فات محله. الفالحين ج 4 ص 343

"Diriwayatkan dirI Imam Turmudzi dari Jabir bahawasanya Nabi SAW bersabda: Salam itu sebelum kalam / berbicara." Menurut Imam Ghazali, hadis ini melingkupi bahawasanya disunnahkan salam sebelum kalam, kerana itu merupakan penghormatan buat ummat, namun jika ada yg melakukannya setelah kalam, maka gugurlah sunnahnya memberi salam itu.

Dari Sayid Umar RA Bersabda Rasulullah SAW :

السلام قبل السؤال٠ فمن بدا بكم بالسؤال قبل السلام فلا تجيبوه
"Salam diucapkan sebelum pertanyaan. Siapa saja diantara kalian mengawali dgn pertanyaan sebelum mengucapkan salam,maka janganlah kalian jawab salam itu."
[HR. Ibnu Najjar ]

sumber :
Ktb.Muchtarol ahadis nabawiyyah I/ hal. 87 Huruf Sin.

Tidak disunahkan membaca basmalah sebelum salam, karena salam itu sebahagian dari perkara yang tidak dijalankan dengan membaca bismillah. Dan jika membaca bismillah, maka putuslah fadhilat sunat memberi salam serta kewajiban menjawab salam

ﻓَﺼْﻞٌ : ﺍﻟﺴُّﻨَّﺔُ ﺃَﻥَّ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻢَ ﻳَﺒْﺪَﺃُ ﺑِﺎﻟﺴَّﻼَﻡِ ﻗَﺒْﻞَ ﻛُﻞِّ ﻛَﻼَﻡٍ ِﻷَﻧَّﻪُ ﺗَﺤِﻴَّﺔٌ ﻳَﺒْﺪَﺃُ ﺑِﻪِ ﻓَﻴَﻔُﻮْﺕُ ﺑِﺎْﻹِﻓْﺖِﺡﺎَﺗِ ﺑِﺎﻟْﻜَﻼَﻡِ ﻛَﺘَﺤِﻴَّﺔِ ﺍﻟْﻤَﺴْﺠِﺪ

"Adalah sunnah bagi setiap muslim memulakan cakapnya dengan ucapan salam terlebih dahulu - sebelum berbicara apa-apa …. Karena salam adalah penghormatan yang dibuat pada permulaan perbicaraan. Sunnahnya sudah luput jika sudah dimulai dengan bicara yang lain terlebih dahulu. Keadaannya sama seperti sunnahnya sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid, sebelum melakukan apa-apa".

Al-Adzkar An-Nawawi I/168

RUJUKAN:
السلام قبل الكلام ) ( 1 ) لأن في الابتداء بالسلام إشعارا بالسلام وتفاؤلا بالسلامة وإيناسا لمن يخاطبه وتبركا بالابتداء بذكر الله قال الله تعالى { فإذا دخلتم بيوتا فسلموا } قال ابن القيم : ويذكر عن المصطفى صلى الله عليه و سلم أنه كان لا يأذن لمن لم يبدأ بالسلام قال في الفردوس : والسلاممشتق من السلامة وهي التخلص من الآفات فكانوا في الجاهلية يحيي أحدهم صاحبه بقوله أنعم صباحا وعم صباحا ويبيت اللعن ويقول سلام عليكم فكأنه علامة للمسالمة وأنه [ ص 150 ] لا حرب ثم جاء الإسلام بالقصر على السلام وإفشائه اه فالمسلم كأنه يقول للمسلم عليه أحييك بأن السلام أي السلامة محيطة بك مني من جميع جهاتك فأنا مسالم لك بكل حال ومنقاد فاقبل عقد هذا التأمين برد مثله ت عن جابر ) وقال : إنه منكر وقال في الأذكار : حديث ضعيف وأورده في الميزان في ترجمة محمد بن زاذان قال : قال البخاري : لا يكتب حديثه وضعفه الدارقطني وحكم ابن الجوزي بوضعه وأقره عليه ابن حجر ومن العجب أنه ورد بسند حسن رواه ابن عباس في كامله من حديث ابن عمر باللفظ المذكور وقال الحافظ ابن حجر : هذا إسناد لا بأس به فأعرض المصنف عن الطريق الجيد واقتصر على المضعف المنكر

بل الموضوع وذلك من سوء التصرف يحتمل أن المعنى يندب قبل الشروع في الكلام لأنه تحية هذه الأمة فإذا شرع المقبل في الكلام فات محله
شرح الجامع الصغير Juz 4 / 149

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text