Social Icons

Selasa, 24 Jun 2014

Datuk Ustaz Haji Abu Bakar Chik Meninggal Dunia

KREDIT SUMBER; MALAYSIAKINI
 
23 Jun 2014
Kereta terbakar, Abu Bakar Chik meninggal dunia


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh Raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau, 64, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya Hasmizi Hasan, 18, cedera, lapor portal berita PAS, Harakahdaily.

 
Portal itu melaporkan kereta yang dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van yang dinaiki enam penumpang. Laporan itu juga menyebut, sejurus selepas Abu Bakar yang juga pengerusi lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki mereka itu terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.

Bekas exco kerajaan negeri Terengganu itu meninggal seorang isteri Toh Puan Zaitun Salleh dan lapan Orang - lima lelaki dan tiga perempuan.

Beliau pernah ditahan ISA pada 1984 hingga 1986 dan menjadi ketua Pemuda PAS dari 1989 hingga 1999.

Tokoh PAS itu juga pernah menjadi timbalan pesuruhjaya Terengganu bermula 1999 hingga 2011 juga aktif dalam bidang kemasyarakatan dan pendidikan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama pembantunya Hasmizi Hassan, 18, dalam perjalalan dari arah Bukit Besi menuju ke Kuala Terengganu.

Katanya kereta Toyota Camry yang dipandu Hasmizi dipercayai merempuh sebuah sebuah van yang dinaiki lima penumpang dari arah yang sama.

"Ekoran daripada itu kita tidak menolak kemungkinan kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbakar. Namun kedua-duanya berjaya dikeluarkan sebelum kereta terbakar," katanya di Hulu Terengganu hari ini.

Dalam kenyataannya, MP Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata solat jenazah akan berlangsung di maahad yang diasaskan oleh Abu Bakar, selepas Asar.

"Saya menyeru seluruh tuan guru, para ulamak, para pejuang dan umat Islam khususnya di Kuala Nerus hadir beramai-ramai sebagai hadiah buat sang pejuang mujahid ummah," katanya.

Dalam laporan lain, Bernama turut melaporkan isteri Allahyarham, Zaitun, 63, berkata beliau dimaklumkan suaminya akan pulang pukul 9 malam ini selepas selesai menghadiri kuliah di Kuala Lumpur namun tidak menyangka suaminya akan pulang lebih awal.

Katanya beliau terkejut selepas menerima berita suaminya terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.

Menurut beliau berita kemalangan yang menimpa suaminya diketahui pukul 5 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya mengatakan arwah terlibat dalam kemalangan.

Sejurus selepas itu mereka bergegas ke Hospital Hulu Terengganu dan semasa dalam perjalanan mereka dimaklumkan Allahyarham hanya mengalami kecederaan ringan.

"Bagaimanapun, selepas itu anaknya memaklumkan suaminya telah meninggal dunia, namun saya reda dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman.

Katanya arwah pergi ke Kuala Lumpur bersama pembantunya pada Jumaat lepas dan setiap hari beliau akan menghubunginya namun arwah tidak memaklumkan akan pulang awal seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Jenazah dikebumikan di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman di Tok Jiring petang ini. 
 
SILA BACA TULISAN SAUDARA MSO MENGENAI ALLAHYARHAM DI SINI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text