Bacalah tulisan Ustaz Ridhuan Tee seperti berikut sebelum Pak Lang menjawab persoalan anih yang dikemukakannya. Justeru ramai yang menghentam Ustaz ini kerana dia keliru dalam banyak perkara. Dia tidak faham tetapi cuba berbicara soal yang menjadi asas dalam perbincangan ilmu Islam. Soal selawat yang mudah pun sudah tidak tepat kefahamannya...Jadi bacalah dulu untuk mengenal pasti 'point-point' yang keliru tersebut...Seelok-eloknya berilah pandangan dan komen anda terlebih dahulu.
Selawat Nabi, bukan puja
Selawat Nabi, bukan puja
SAYA ucapkan tahniah atas inisiatif menganjurkan
Selawat Perdana Putrajaya, Malam Cinta ALLAH dan Cinta Rasul, dengan
tema Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan, yang sedang menjelajah
seluruh negara masa kini, yang dijayakan hampir seratus peratus oleh
pendakwah seberang.
Saya tidak pasti sama ada ia telah menjadi ‘fenomena’ ataupun tidak di kalangan anak muda, seperti rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis. Saya juga tidak mahu termasuk dalam golongan ‘membidaahkan’ program yang sebegitu baik ini, dalam mendidik hati-hati manusia.
Sejujurnya, program ini amat baik sebagai ‘hiburan’ alternatif kepada masyarakat. Tetapi, agak stereotaip. Jika tidak diberikan penambahbaikan, sekali itulah sahaja. Ia sukar untuk menarik perhatian buat kali kedua, kerana semuanya sama, termasuk tazkirah yang disampaikan sebelum ini,
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah;
Pertama, penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada ALLAH SWT.
Pada hemat saya, perkara ini patut diperbaiki. Majlis ini sepatutnya membawa kita mengingati ALLAH, kemudian baharulah utusanNya, Rasulullah SAW, seperti mana temanya, Malam Cinta ALLAH dan Cinta Rasul. Dalam kata lain, utamakan ALLAH dalam segala hal.
Kita memang diminta dan dituntut berselawat ke atas Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW, barang siapa yang berselawat ke atas ku sekali, nescaya ALLAH akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Ini tidak termasuk mendapatkan syafaat Baginda di akhirat nanti.
Cuma, persoalannya, Selawat Perdana terlalu ‘over’ menonjolkan Rasulullah SAW. ‘Lagu-lagu’ Cinta Rasul yang disampaikan seperti Qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap ‘pemujaan’ terhadap Nabi.
Adakah Rasulullah mahukan kita memuja Baginda? Sudah tentu tidak.
Memang tidak dapat dinafikan, kita memang dituntut mencontohi Nabi dalam apa jua keadaan dan cara hidup Baginda, tetapi janganlah terlalu berlebih-lebihan sehinggakan mengidolkan Baginda.
Kita perlu ingat, perkara yang utama dalam Islam adalah akidah. Sebab itu Rukun Islam dan Rukun Iman disusun sedemikian rupa. Rukun Iman misalnya, pertama Percaya kepada ALLAH, diikuti dengan mengimani yang lainnya termasuk kepada para Rasul.
Begitu juga dengan Rukun Islam, pertama mengucap dua kalimah syahadah, diikuti kedua adalah solat. Kalimah Syahadah adalah paling utama.Solat bukan penanda seseorang itu telah beramal dengan Islam, jika akidah tidak betul. Misalnya, soal mentauhidkan ALLAH SWT, Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah.
Bersolatlah dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia. Sebab itu, akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada ALLAH SWT, sebelum kenalkan kepada PesuruhNya iaitu Baginda, Rasulullah SAW.
Kedua, nawaitu menganjurkan program ini hendaklah betul. Jika benar malam perpaduan atas nama Islam, lakukanlah, tanpa ada agenda politik tersirat dan tersurat.
Saya difahamkan semua pemimpin pembangkang mahu hadir dalam Selawat Perdana. Tetapi PRK Kajang telah menguburkan segala-galanya. Kita lebih sibukkan PRK. Tak apalah, mungkin kita boleh buat kedua kalinya. Apapun, pengalaman yang dilalui pada malam tersebut, selaku ‘pendakwah-pendakwah Astro Oasis, Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku, begitu pahit sekali.
Jadual kami telah disusun oleh pihak Astro Oasis bermula jam 7 hingga 9 malam. Malangnya semua tidak menjadi. Seolah-olah ada tangan-tangan yang tidak mahu kami menonjol. Program kami hanya bermula selepas jam 8 malam, itu pun dalam keadaan begitu kelam-kabut.
Selepas azan Isyak, pihak kami tidak dibenarkan meneruskan program seperti yang dijadualkan. Kesihan pendakwah yang datang dari jauh tidak dapat memberikan persembahan.
Atas nama Islam, kami menerima jemputan tersebut. Kami lakukan kerana ALLAH. Tidak ada keinginan langsung mahu bersaing dengan stesen TV yang mahu berhijrah. Kami sudah ada ‘trade mark’ sendiri. Tidak perlulah terasa terancam dengan kehadiran kami di situ.
Apapun sekalung tahniah daripada saya kerana telah menjayakan majlis ini. Walaupun targetnya setengah juta tidak kesampaian, dapat lima puluh ribu pun kira jadilah.
SUMBER: SINAR HARIAN

Mungkin dia sebahgian dr pemikiran dr.kassim ahmad.. kesiannye,betapa xberadapnya kata2 itu utk seorang kekasih Allah..
BalasPadamBila baca je tulisan diatas membuatkan saya terfikir, adakah bila kita berselawat kepada nabi dengan hati yg mengharapkan kerinduan terhadap Rasulullullah akan membuatkan fikiran kita melayang teringatkan selain Allah?
BalasPadamRisaukn tauhid umat islam atau risau prgm tv mrk x laku?wallahualam...
BalasPadamaku seoarang yang miskin ilmu, tapi aku sayang Nabi Muhammad SAW. Drpd kritik program yang baik ni adalah lebih baik kritik konsert2 maksiat, arak.
BalasPadam