Social Icons

Khamis, 18 Julai 2013

Hendak Tahu? Kenapa Utusan Malaysia Semakin Dilupakan Orang

Ledakan teknologi maklumat menjadikan sesuatu yang benar dilihat salah atau suatu yang salah ditonjolkan benar. Kadang-kadang usaha menipu dengan mudah terdedah dan diketahui umum dengan cepat. Dalam banyak hal, apa saja yang berlaku akan dapat diketahui hakikat sebenarnya melalui kecanggihan teknologi maklumat ini. 

Masyarakat hari ini sangat sensitif dengan kebenaran dan fakta. Tidak mudah mengelabui masyarakat di era internet ini. Orang-orang tua di kampung pun sudah tahu 'klik' di alam siber. Justeru apabila akhbar harian memaparkan sesuatu tajuk, tidak semuanya diterima sebagai benar. Ada tapisan di minda bawah sedar untuk tidak terus mempercayainya. Keadaan ini berlaku berterusan dan masyarakat akhirnya terbiasa untuk menolak terlebih dahulu apa yang disampaikan oleh akhbar yang sebegini. Malah ramai yang membacanya secara terbalik!!

Terbaru Utusan Malaysia tersilap menyangka masyarakat boleh diperbodohkan. Seolah-olah apa saja yang mereka paparkan mampu ditelan bulat-bulat oleh para pembaca!! Tentulah tidak. Hakikatnya rakyat Malaysia sudah celik dan jemu dengan cara Utusan 'mencetak' pemikiran rakyat dengan cara yang tidak cerdik dan tidak terhormat. 

Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi". KLIK UNTUK SUMBER



Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:



 
Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.

Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".

Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text