Social Icons

Sabtu, 5 Januari 2013

Air Zam-Zam Air Ajaib Di Dunia

Pemilik Istana RSA Mekah, Dr Muhanddis Salim merupakan seorang saintis pakar dalam bidang AIR. Seperti termaklum, air lebih mahal di Saudi. Penduduk Mekah mendapatkan air untuk memasak, mandi dan membasuh dengan membelinya dari pembekal. 
Setahu Pak Lang, Kota Mekah  tidak ada sistem saluran air terus rumah ke rumah seperti di negara kita. Sejak dulu, penghuni Mekah mendapatkan air melalui pembekal.  Zaman 50an, harga air hanya beberapa rial sahaja untuk sebulan di mana dikatakan para badwi akan menghantarnya ke rumah-rumah setiap hari. Air untuk keperluan harian yang bukan untuk diminum diambil dari sumber lain dan dimasukkan ke dalam tin lalu mengedarkannya - dengan cara memikulnya dari rumah ke rumah!!
Jadi istana penginapan kami ini memerlukan air setiap 3 hari  sebanyak 1 lori yang harganya SAR150.00. Jika masa mencuci kolam renang di bahagian bawah, 2,3 lori diperlukan untuk mengisinya. Semua keperluan termasuk menyiram pokok dan membersih sangkar dan kandang binatang peliharaan di istana ini menggunakan air lori ini. 
Air minum? Tentulah air zam-zam. Ianya percuma dengan syarat pergi mengambilnya sendiri. Tugas ini diamanahkan kepada para remaja lelaki di istana ini. Biasanya mereka beramai-ramai akan mengangkut air zam-zam ini di bawa balik dengan van hiace atau toyota pick -up
Menurut Dr Muhandis Salim, kajian mereka terhadap telaga zam-zam; mendapati kapasitinya tidak terhad bahkan dikatakan ianya bukanlah telaga tetapi merupakan satu lautan di bawah bumi yang sangat luas dan dalam yang disebut; 'muhith'. 
Kajian mereka mengenai keupayaan sumber air yang keluar dari mata airnya juga luar biasa kerana air zam-zam itu akan bertambah atau berkurang mengikut kadar ramai tidaknya para jemaah yang bertawaf di Baitullah!!  Bukankah lokasi letaknya Baitullah itu - meenurut kajian sains adalah di titik tengah dunia. Maha Suci Tuhan! Maksudnya lagi ramai manusia mengerjakan tawaf di Baitullah ertinya semakin banyaklah air zam-zam akan membuak-buak keluar. 
Membaca basmalah atau sebarang doa pada air biasa pun sebenarnya sudah memberi 'power' kepada air tersebut apatah lagi jika ianya dilakukan terhadap air zam-zam. Rasulullah saw menyatakan air zam-zam itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana 'powernya' akan bertindak mengikut apa jua niat orang yang meminumnya. Sabda Baginda saw. :"Air zam-zam itu adalah mengikut apa yang diniatkan ketika meminumnya"
Justeru kelebihan air zam-zam ini merupakan anugerah Tuhan untuk umat Islam!! Ia adalah seajaib-ajaib air di bumi ini.... bacalah seterusnya
!
Sila baca cerita menarrik tentang molikul air zam-zam dan artikel mengenai kelebihan air zam-zam. Pak Lang sedang mengumpulkan maklumat ini selengkapnya. Semoga Allah izinkan segala sesuatu tentang air dan telaga zam-zam ini dapat dicatatkan di sini untuk manfaat bersama. 
Saksikan beberapa paparan yang Pak Lang ambil dari blog Penpatah, http://penpatah.blogspot.com/2012/10/keajaiban-dan-keanehan-air-zam-zam.html. Juga ada yang diambil dari blog  mrbelia.pun.bz/kebesaran-allah
 
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.  Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
  • Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  • Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  • Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  • Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
INI PULA PETIKAN DARI BLOG mrbelia.pun.bz/kebesaran-allah KLIK DI SINI
Kebesaran Allah - 
Inilah Molekul Zam Zam Dan Asal Usul Air Zam2


Bertempat di sebuah hotel di kota Kualalumpur, Malaysia, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepang, memaparkan hasil kajiannya mengenai air yang ditulisnya dalam buku "The True Power of Water." Ditayangkan beberapa slaid mengenai kristal molekul air dari berbagai sumber, seperti air dari mata air, sungai, laut, telaga dsb. Ada satu kristal air yang nampak paling indah dan cantik, berbentuk seperti bunga atau cakra, bagaikan bertahta berlian mutu manikam, berkilau-kilau memancarkan belasan warna. "Molekul air apakah ini?" Tanya Masaru Emoto.

Suasana mendadak senyap, hadirin nampak terpana dan tak tahu persis kristal molekul apa gerangan. Namun tiba-tiba seorang dosen dari Universitas Malaysia mengacungkkan tangan, "mungkin itu adalah molekul air Zamzam." Katanya.

Dr. Masaru Emoto balik bertanya, "mengapa Anda berpendapat bahwa itu adalah molekul air Zamzam?"
Kata dosen itu, "Sebab air Zamzam adalah air yang paling mulia di dunia ini, jadi wajar kalau ia memiliki molekul berupa berlian yang berpendar indah."

Ternyata dugaan dosen itu benar. Itu memang air Zamzam. Penelitian Dr. Masaru Emoto telah menunjukkan bahwa air Zamzam memiliki molekul air paling cantik dan indah di antara air lainnya.

"Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan obat yang menyembuhkan penyakit." (HR. Thabrani dan Ibnu Hibban).

Disarikan dari buku "Mukjizat Penyembuhan Air Zamzam." Oleh Badiatul Muchlisin Asti. Penerbit Mutiara Media, 2009.

KHASIAT DAN SEJARAH AIR ZAM ZAM :
Bukan juga satu perkara baru khususnya penduduk Malaysia, pulang daripada mengerjakan haji di Makkah bersama satu atau dua bekas air zamzam yang dipersetujui fuqaha bahawa sunat meminum air berkat itu ketika melakukan ibadat haji atau umrah. Hukum sunat itu disahihkan nas asy-Syafi`eyah bahawa ia bukan hanya selepas mengerjakan tawaf tetapi nikmatnya boleh dikongsi bersama oleh mereka yang tidak berpeluang menunaikan haji di tanah suci.
Tidak hairanlah kalau ada jemaah haji yang pulang dari Makkah menghadiahkan ole-ole air zamzam kepada keluarga terdekat, saudara, handai dan taulan sebagai tanda menghormati khasiat air itu. Mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW gemar untuk meminum air zam-zam. Dalam satu kejadian, baginda pernah mencedok air perigi zamzam menggunakan tangannya. Kerana itu, ramai yang sanggup lakukan apa saja asalkan dapat bawa pulang air zamzam sebagai tanda sudah mengerjakan fardu haji.
Sejarah Wujudnya Air Zam-Zam
Yang nyata, air zamzam hanya ada di kota suci Makkah tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.
Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi perubatan dan kesihatan.

Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam
Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. 

Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata: "Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.

Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.

Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada 2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.

Adab Minum Air Zam-Zam
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan. 

2 ulasan:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text