Salam semua!!!
Pak lang adalah salah seorang peminat Sasterawan Negara Dato' Prof. Usman Awang (Allahu Yarhamhu). Sajak beliau yang Pak Lang paparkan di bawah ini ada kaitannya dengan anda semua...Cuba kita renung apa kata beliau tentang bangsa Melayu dan perhatikan 12 baris yang akhir. Itulah ciri remaja Ikhwan yang ada pada anda semua!!
Melayu itu
orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
(Hadiahkan Al- Fatehah untuknya)
Ya!! inilah wajah anak remaja
yang telah dan sedang dibina oleh Abuya untuk anda semua. Tentulah remaja luar
biasa!! Tentulah remaja yang sangat berkualiti yang mampu mengubah peta
dunia kepada Islam. Remaja yang bila diberi tanggung jawab akan berkata;
"Ya!" dan dia akan tahu apa yang dia kena buat sehingga berjaya dengan
cemerlang. Remaja Ikhwan ialah remaja yang seorang dari mereka (yang
biasa-biasa sahaja) akan mampu menyamai sekurang-kurangnya 10 orang
remaja yang lain. Kalau remaja ikhwan yang berkualiti, seorang sahaja
pun akan mampu berdepan dengan 100 atau 1,000 atau lebih ramai remaja
biasa yang lain!!!
Nama
Ikhwan ini daripada Rasulullah saw. Disebut dalam hadis ciri-cirinya.
Remaja Melayu yang lain tak ada ciri-ciri tu. (Biarlah mereka cemburu
supaya mereka berusaha mendapatkan infonya - bagi yang ikhlas mencari
kebenaran!!)
Kita
sudah uji remaja Ikhwan dengan berbagai ujian dan cabaran. Mereka
dibantu RSA melepasinya. Contohnya kita kahwinkan dan poligamikan mereka
di awal usia 20an tapi mereka mampu mendidik isteri-isteri menjadi
isteri yang taat dan membantu perjuangan suami. Hal ini pun remaja
Ikhwan sudah mengatasi ramai korporat yang kayaraya tapi terpaksa
berzina kerana takutkan bini!!!
Hakikatnya
kita semua berbangsa Melayu tapi Melayu yang sudah digilap potensi dan
bakat luarbiasanya. Sememangnya hidung, mata, telinga dan tubuh kita
masih tubuh Melayu tetapi Abuya sudah ubah hati kita menjadi hati Ikhwan
yang disebut hadis sebagai kepingan besi. Jiwa kuat dan lasak. Tiada
sekatan yang mampu menghalang, tiada kesulitan yang mampu mengekang
keinginan perjuangan para remaja Ikhwan. Selamat berjuang!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan