Social Icons

Sabtu, 17 November 2012

Hidup untuk saling kenal mengenal







Sepanjang hidup, kita menempuh berbagai pengalaman, Kita juga mengenali ramai orang. Semuanya datang dan pergi dari memori kita. Hanya sedikit daripada mereka yang kita selalu bersamanya terutama jiran-jiran dan kenalan di sekitar kehidupan kita yang terkini. Kenalan yang berlalu pergi, ramai yang terus hilang dari pengetahuan dan ingatan. Sekali sekala kita mungkin terserempak dengan seorang dua dari mereka; ingatan lama pun terhimbau kembali.
Dalam mengenang saat-saat manis kita sampai terpacul inginkan situasi sebegitu berulang semula. Demikian juga kenangan pahit, sulit dan sukar yang pernah ditempuh di dalam hidup merupakan suatu azimat penguat semangat pada masa kini. Kadang-kadang rasa syukur yg teramat sangat menyelinap masuk ke hati mengenangkan kasih sayang Tuhan melepaskan kita dari semua masalah tersebut.

Inilah hakikat kehidupan. Kita dipertemukan untuk saling kenal mengenal. Kepelbagaian latar belakang, watak dan budi pekerti adalah untuk menguji ketulusan kita berkawan, kerana dan untuk Tuhan. Orang yang hatinya kuat dengan Tuhan akan mampu berhadapan dengan siapa sahaja. Berperangailah seperti syaitan di hadapannya, dia akan tetap tenang seperti malaikat! Hakikatnya perkenalan sesama manusia adalah ujian kesabaran dan kesetiaan. Ramai yang hanya berkawan ketika senang dan selesa. Ketika susah dan ujian datang menimpa kita, barulah kita kenal siapa kawan sejati dan setia. 
Berguru dan bermursyid lebih-lebih lagilah!! Apatah lagi mursyid yang mengajak berjuang dan berkorban. Di kala perjuangan dilihat santai, ada pula kepentingan diri yang mahu diisi, ramai yang berkata sanggup menjadi murid sejati. Tetapi bila kapal perjuangan menempuh ombak badai,ribut  taufan yang bergelora, pengikut dan kawan setia yang tinggal hanya boleh dibilang dengan jari. 
Setiap orang sedang diuji oleh  Tuhan dengan berbagai ujian perkenalan dan kesetiaan. Mampukah kita melepasinya? Diwaktu kita bertemu kawan lama, adakah terfikir kita juga akan bertemu semula di Padang Mahsyar; diperhitung nilai perhubungan kita sesama kita. Walaupun teman atau rakan kita itu  sudah lama terputus hubungan tetapi selagi ada dosa dan kesalahan sesama kita, pastilah nanti di depan Tuhan kita dipertemukan. Apatah lagi dosa dengan mursyid! Walau ke hujung dunia kita menyembunyikan diri, pastilah dosa itu menyesakkan hati sendiri. Orang yang ikhlas dengan Tuhannya akan selalu memurnikan nilai hatinya berkaitan hal ini!  Justeru hubungan sesama kita sangat besar kesannya pada keselamatan kita di dunia dan akhirat.


Sent from my BlackBerry® smartphone from Zain





Klik di sini untuk Balas atau Kirim semula
0% penuh
Menggunakan 0 GB daripada 10.1 GB anda
©2012 Google - Syarat & Privasi
Aktiviti akaun terakhir: 15 minit yang lalu
Butiran

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text