Untuk memudahkan kita faham bentuk pendidikan yang GISB
sedang lagangkan mari kita lihat perbandingan Abuya tentang ayam daging, ayam kampong
dan ayam hutan. Kiaslah ianya dengan kategori pelajar yang ingin dihasilkan.
Sudah tentulah Abuya inginkan pelajar atau remaja GISB yang berkualiti seperti
ayam kampong atau seboleh-bolehnya ayam hutan!
Ciri-ciri Ayam Daging;
1) 'Manja' – semuanya kena dilayan. Makan minum
disediakan – tidak pandai mencari sendiri. Inilah watak pelajar yang bergantung
dengan mak ayah. Manja!
2) Lahir dari pusat penetasan yang satu;
natijahnya walaupun ratusan ribu tetaplah serupa pada warna, bentuk, besar-kecil
serta berat- ringannya. Inilah wajah pelajar robot.
3) Ayam daging mudah dibela dan dikendalikan. Ini
adalah gambaran pelajar yang rendah IQnya. Lebih tepat pelajar yang bodoh atau
bengap. Pelajar cerdik banyak karenahnya!
4) Jika ada masalah, ayam daging yang banyak ini
akan bising dan riuh rendah. Inilah watak pelajar lemah jiwa, penakut,
menggelabah dan suka mengadu.
5) Tidak tahan dengan kepelbagaian bentuk cuaca.
Bahkan mereka dilayan hidup dalam hawa dingin yang nyaman. Ini watak pelajar
yang lemah dalam menghadapi cabaran.
6) Wajah, rupa serta berat yang sama merupakan
elemen ketara. Ini adalah watak pelajar tak pandai berinteraksi. Tidak pandai
membawa diri. Hanya tahu berkawan dengan kelompoknya sahaja.
7) Wajah yang sebegini juga gambaran remaja atau
pelajar yang tidak menghargai ikatan keluarga. Ramai remaja sudah tidak kenal
keluarga dan kaum kerabat.
8) Ayam daging terpaksa disuntik untuk
menggemukkannya. Ertinya keenakan ayam daging bukanlah semula jadi. Demikianlah
pelajar berwatak ayam daging yang ciri-ciri kualitinya sudah tercemar dengan
pelbagai kemasukan pengaruh pemikiran, akhlak yang tidak tepat. Ini pelajar
yang terkeliru.
9) Jika ayam daging dibiarkan di luar rebannya,
dia tidak tahu mencari jalan sendiri. Inilah watak pelajar yang tidak sedar dia
bermasalah dan tidak tahu mencari jalan menyelesaikan masalah. Semuanya kena
ditunjuk ajar. Tidak kreatif.
10) Ayam daging hidup dalam sangkar yang khas,
kehidupannya nafsi-nafsi. Begitulah watak pelajar ayam daging yang hanya
memikirkan diri sendiri. Apatah lagi untuk membela orang lain.
11) Ayam daging hidupnya singkat. Itulah watak
pelajar yang tidak mempunyai cita-cita besar dalam hidup. Hidup hanya mencari
yang mudah sahaja.
12) Ayam daging, makan dan minum dalam menu yang
sama setiap masa dan hari sehingga dia disembelih ertinya inilah watak pelajar
yang tidak diberi pelbagai pendedahan dan pengalaman semasa belajar. Mereka
kaku dan jumud.
13) Ayam daging hidup dalam suasana masyarakat yang
tidak berstruktur sistem sosial. Tiada hirarki kepimpinan atau orang bawahan.
Status semuanya sama. Inilah watak pelajar yang tidak mendapat pendedahan
kepimpinan atau belajar menjadi anak buah. Mereka akan bermasalah bila hidup di
tengah masyarakat sebenar.
14) Ayam daging tidak pernah keluar dari rebannya
kecuali pergi untuk disembelih. Inilah pelajar yang hanya tahu berkurung dalam
bilik. Tidak berkeinginan meneroka dunia yang lebih mencabar
15) Ayam daging tidak mampu menghadapi wabak
penyakit. Sekali hawar menyerang, ratusan ribu ekjor dalam satu reban
bergelimpangan mati. Inilah watak pelajar yang tidak tahan dengan pengaruh
merosakkan diri mereka. Mereka tidak mampu selamat. Mudah terpengaruh.
16) Ayam daging ada sayap tapi tidak boleh terbang.
Ertinya inilah pelajar yang ada ilmu tapi tidak pandai hendak
mengaplikasikannya dalam hidup.
17) Ayam daging dibela untuk disembelih. Inilah
watak pelajar yang disiapkan untuk menjadi hamba pecacai orang lain. Sedihnya!!
Cukuplah Pak Lang senaraikan
setakat itu. Sebenarnya ada 40 ciri lebih! Mari kita lihat apa ciri ayam kampong
pula
Ciri-ciri Ayam Kampung:
1) Ayam kampong cari makan sendiri. Tanpa dijamu
tuannya pun ayam kampong boleh hidup sendiri bersama anak-anaknya. Ini watak
jiwa merdeka. Mereka tidak bergantung dengan orang lain untuk hidup
2) Ayam kampong lahir dari sistem kekeluargaan
(cara ayam la). Dia mengenal ibu dan adik beradiknya. Inilah watak pelajar yang
rasa kuat hubungan dengan keluarga. Bahkan sanggup bersusah payah dalam membela
keluarganya.
3) Ayam kampong tidak mudah untuk ditangkap. Dia
cekap dan pantas melarikan diri dari bahaya. Ini watak pelajar yang hebat yang
tahu mengelak dari sebarang pangaruh jahat atau hal-hal yang membahayakannya
4) Ayam kampong tidak bising sebarangan. Hanya
keadaan terdesak sahaja baru dia terbang atau berbunyi.
5) Ayam kampong bangun di awal pagi. Sebelum fajar
ia sudah berkokok mengingatkan manusia tentang kewajipan mereka kepada Tuhan.
Ini watak pelajar yang taat perintah Tuhan dan memulakan harinya dengan bangun
awal. Berkat hidup pelajar sebegini.
6) Ayam kampong tahan cuaca dan tahan penyakit.
Virus tidak mudah menyerang mereka. Mereka mampu bertahan dalam apa jua keadaan
cuaca. Ini watak pelajar yang tahan lasak, sihat dan cergas
7) Ayam kampong hidup dalam persekitaran makan
minum yang pelbagai menu. Ini watak pelajar yang matang dan penuh pengalaman
8) Ayam kampong mampu terbang seperti burung. Ini watak
pelajar yang mampu meneroka dunia luar sendirian. Mereka boleh dihantar ke mana
sahaja seorang diri dengan yakin dan berani.
9) Ayam kampong bertelur dan menetaskan anaknya
dengan rasa tanggungjawab. Anak-anaknya di ajar mencari makan sendiri dan
dikawal dari helang yang ingin menyambar. Inilah watak pelajar yang
bertanggungjawab, mampu menjadi pembela kepada orang lain.
10) Ayam kampong telurnya banyak. Setiap bulan ayam
kampong bertelur antara 15 – 20 biji. Ia mula bertelur apabila usianya 6 bulan.
Telur itu adalah'sumbangannya' setiap bulan bertahun-tahun. Ini lambang pelajar
yang berjasa. Pengorbanannya kepada Tuhan, sumbangannya kepada masyarakat tidak
pernah putus. Sentiasa ada dan istiqamah.
11) Berbanding dengan ayam daging, ayam daging
lebih enak dimakan dan sedap. Harganya di pasaran lebih mahal. Ianya
berkualiti. Inilah betapa berkualitinya diri pelajar berciri ayam kampong. Ia
menjadi rebutan dan dihargai masyarakat.
12) Ayam kampong menempuh kehidupan tanpa memilih.
Bahkan dia bersedia melaluinya dalam apa jua situasi dan keadaan. Keupayaan
sebeginilah yang ingin dilahirkan dalam diri remaja kita. Serba boleh.
13) Ayam kampong boleh dilatih menjadi ayam sabung.
Ertinya pelajar berwatak ayam kampong mampu dididik, diasuh menjadi pejuang
yang tangkas, menjadi 'ayam tambatan' dalam pasukannya, menjadi wakil umat
berdepan dengan musuh dan penyelamat bagi kaumnya!!
Cukup
dulu post kali ini. Nanti Pak Lang akan sambung (edit –tambah) dengan ciri-ciri
ayam hutan pula ya!!
0 ulasan:
Catat Ulasan