Social Icons

Jumaat, 30 November 2012

Tun Dr Mahathir Mohammad


Para remaja atau generasi anak cucu di dalam GISB kenalah membanyakkan pengetahuan am. Banyak maklumat, perkara atau peristiwa yang berlaku di dalam jemaah, di dalam negara dan di dunia yang perlu difahami dan di analisa dengan tepat. Penggunaan blackberry dan internet hendaklah dimanfaatkan sepenuh untuk meningkatkan pengetahuan serta kematangan diri. Dalam beberapa post akan datang Pak Lang akan kemukakan beberapa isu berkaitan politik di negara kita. Untuk kali ini kita mulakan maklumat berkaitan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pak Lang kutip maklumat ini dari laman web berikut; www.freewebs.com/sejarahkita/drmahathir.htm


Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)



Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir
Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah
rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti
Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan
Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan
Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak. Dr. Mahathir anak mereka yang
bongsu

Pendidikan Awal Tun Dr. Mahathir Dr. Mahathir mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki
Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab
Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar
sekolah itu yang pertama. Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi
guru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan
menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr
Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara
mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan
mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tun Dr
Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki

Mahathir di zaman kanak-kanak
Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim.
Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin
Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan
barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua,
Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun
1945 sehingga Senior Cambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun
1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya,
Singapura . Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazah perubatan
MBBS.

Pengalaman Tun Dr. Mahathir Dr. Pernah meletakkan jawatannya dengan kerajaan. Beliau
pernah berniaga buah-buahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah. Beliau telah dilantih duduk
dalam jawatankuasa Pekan Rabu. Beliau melihat sendiri betapa susahnya orang Melayu
mendapatkan ruang niaga. Beliau kemudianya membuka klinik sendiri. Pengalaman berniaga
yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf
hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang
politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

Latar Belakang Politik Tun Dr. Mahathir

Dr. Mahathir semasa muda
Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang Malayan Union
dengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu
Kedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNO
yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak
mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak
menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-
akhbar tempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait
Times dan Sunday Times bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu. Bakat kepimpi-
nannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Pertubuhan
Islam, Kolej Kedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan
 forum dan tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar.

Keistimewaan Tun Dr. Mahathir Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir
dan revolusiner. Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal
rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan
rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang
Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara
Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai
sektor industri. Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia
di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan peme-
gang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar
kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah
meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-
langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor
industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini
merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan
saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka
masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Dr. Mahathir
merasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera dalam
ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan
menubuhkan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan
Bumiputera dalam perniagaan.

Wawasan 2020
Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita.
Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni
yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah
pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.

Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru
  • Dasar Pandang Ketimur
  • Dasar Penerapan nilai-nilai Islam
  • Dasar Kependudukan 70 juta
  • Wawasan 2020
  • Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih
memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah
memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah'
dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni
di kalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan
penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah
menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong
pengeluarannya.

Anwar dipujuk masuk UMNO , tetapi akhirnya dipecat dan disingkir
oleh Dr. Mahathir
Dr. Mahathir telah berjaya memujuk En. Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO. Hasil daripada
kerjasama erat antara dua tokoh muncul beberapa perubahan dasar dan perlaksanaan baru
dalam kerajaan antaranya ialah Dasar 'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah
menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran Islam. Penubuhan Universiti Islam
 Antarabangsa dan perlaksanaan sistem bank alternatif Bank Islam.

Dasar pandang Ke Timur
Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik
Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di
atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya
memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat
Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan
produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Dasar Penswastaan
Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur ialah melihat bagaimana Negara Jepun
dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis
industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu
usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan
perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat
mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan.
Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih
cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan

kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga        
diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa.
Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan
menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan
kongsi dalam pembangunan.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia
yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya
saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran
produk Malaysia. Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah
sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang
bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi
mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan
teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan bebera-
pa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.

Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat
menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini maka lahirkan
kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri
otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport
kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta
terkenal bagi rantau Asia Tenggara. Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga
menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi
grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia
terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat
mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas.
Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan
terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah
mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai
tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada
Oktober 1996.

Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Dr. Mahathir
- Mengubah masa kerja
- Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam
- Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu
- Mengarahkan penggunaan kad tanda nama
- Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak.                                                                    Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar                                   waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan                              Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah                                     diyakinkan untuk turut serta.
Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah
kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat
semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara
yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi
apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur. Memperkenalkan bandar
pentadbiran moden. Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan
bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah
bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan
produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.  

Pencapaian bertaraf dunia
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila
struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan
pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan
semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini
juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di
situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek
hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan
tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas
lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang
lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia
bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang. Malaysia pada
tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun,
sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah
diisytiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia
dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari bahawa industri
penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan
terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada
tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan
tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya,
ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan
Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia
Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di
pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun
1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan
Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul
di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglingkup industri teknologi maklumat dalam
sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno
'Cyberjaya' telah dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia .
Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta
menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat
pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia. Dr. Mahathir berhasrat
agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri pendidikan. Malaysia diharap menjadi
tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran
pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri bersaing mewujudkan satu budaya ilmu yang baru.
Aspek pembangunan akademik menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah
negara. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba
ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada
dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi
pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan
tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecemerlangan
pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah
bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.
Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha
membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat
Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan
teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur
terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan
berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar Afrika
Selatan, Zimbabwe dan Maldives.
Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau
negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum
antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah
menindas dengan prejudis. Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan
beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang
konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja
dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.

Tun Dr. Mahathir di pentas dunia

Semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan untuk
mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM,
Kumpulan Selatan-Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996. Beliau juga adalah pencetus
idea program 'Dialog antara bangsa Langkawi' dengan membawa konsep menang menang.
Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya
meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan
negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu
falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir
falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan
dari luar dan bukan disebaliknya.
Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay
Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang
pacuan negara. Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan
 sering dirujuk untuk memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun.
Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang
membangun terhadap polisi-polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan
negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan
 politik antarabangsa.

Keluarga Dr. Mahathir

Dr.Mahathir di hari perkahwinannya
Dr. Mahathir melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos,
1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak
beliau ialah : Marina Mahathir Mirzan Mahathir Melinda Mahathir Mokhzani Mahathir Mukhriz
Mahathir Maizura Mazhar

Mukhriz menyusuri jejak politik bapanya

Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya
dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO. Dr. Mahathir menamatkan penglibatan
aktifnya dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22
tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan
seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri
Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau.Dr. Mahathir juga pernah mengambil tindakan
berani yang mengejutkan ramai pihak dengan membubarkan UMNO untuk menyelamatkan
politik beliau semasa krisis kepimpinan UMNO. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah
parti baru yang dinamakan UMNO Baru yang dikenali kini sebagai UMNO juga. Dr. Mahathir
telah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan penggantinya walaupun beliau
sering dihujani oleh media tempatan dan luar negara tentang siapakah bakal pengganti.
Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau dapat meneruskan agenda dan wawasan
yang telah diasaskan oleh beliau. Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton .
Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi
seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Kini beliau masih aktif
menulis blog dan berucap dalam forum-forum dan persidangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text